Chromebook | Bagaimana untuk delete

Bagi sekolah yang mendapat bekalan chromebook, anda mungkin perasan yang chromebook tidak mempunyai butang delete, ia hanya mempunyai butang backspace. Dalam silibus DST Tahun 1, ada dinyatakan murid perlu mengetahui perbezaan di antara butang delete dan backspace. Jadi bagaimana untuk mengatasi keadaan ini?

Walaupun chromebook tiada butang delete, kita boleh gunakan kombinasi butang Alt + backspace untuk fungsi delete. Jadi, boleh jelaskan kepada murid bagaimana butang delete berfungsi.

 
Satu penambahan yang menarik juga, chromebook juga membolehkan kita memadam satu perkataan sekaligus berbanding memadam huruf demi huruf. Caranya, tekan burang Ctrl + Alt + backspace.
Read more

DST Tahun 1 | Lagu Cara Haiwan Bergerak

Saya kongsikan video lagu yang saya hasilkan untuk P&P Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1| unit 3 | Tajuk : Haiwan.



Read more

P&P Frog VLE | English Year 5 : Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Learning Outcome :
By the end of the lesson, pupils should be able to construct 5 simple sentences about the picture with guidance.

Specifications :
1.1.4 Able to talk about related topics with guidance
3.1.1 Able to write in neat legible print with correct spelling:
(a) sentences






* Langkah penyediaan lembaran kerja :
1. Taip lembaran kerja meggunakan MS Office Word.
2. Upload lembaran kerja ke Google Drive. Sila baca tutorial ini.
3. Share lembaran kerja. Sila baca tutorial ini.
4. Buat satu site Frog dan letakkan external link ke lembaran kerja.Sila baca tutorial ini.
5. Jalankan P&P. Sila baca di sini.

Read more

P&P Frog VLE | DST Tahun 1 : Kemahiran Menggunakan Tetikus

Standard Kandungan :
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

Standard Pembelajaran :
2.5       Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua kali.
2.6       Melancar dan menutup perisisan grafik, pemproses kata atau persembahan

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Menggunakan touchpad untuk klik dan klik dua kali.
2) melancar dan menutup Google Document dan Google Slide melalui Google Drive.





Read more

Frog VLE | Widget SCORM Untuk Bahan e learning Yang Interaktif

Dalam kita membina site Frog, kita perlukan material yang mampu menarik minat pelajar. Selain gambar, video mahupun audio yang kita boleh masukkan menggunakan widget Media, kita juga ada satu pilihan lain yang menggabungkan ciri-ciri multimedia tersebut selain bersifat interaktif melalui widget SCORM.

SCORM (Sharable Content Object Reference Model) secara umumnya adalah bahan interaktif e-learning yang telah sedia ada di internet. Widget SCORM membolehkan kandungan SCORM dipaparkan dalam laman. Widget SCORM mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM.

Bagaimana untuk meletakkan bahan SCORM ke dalam site?

Langkah 1
Seret widget Scorm ke ruang layout yang kita sediakan



Langkah 2

(A) Klik ikon Scorm untuk mencari bahan fail yang hendak dimuatnaik sebagai bahan pengajaran atau tugasan yang ada dalam modul KPM.
(B) Paparan ruang carian akan dipaparkan di sebelah kiri dan taipkan bahan modul yang hendak dicari seterusnya klik butang carian , contoh Interrogative Pronouns
(C)senarai tajuk yang berkaitan akan disenaraikan dibawah.



Langkah 3

(1) Klik tajuk yang ingin digunakan, tajuk akan dipaparkan (2) dan klik butang Save dan klik X (3).



Langkah 4
Apabila pengguna klik ikon scorm tadi, satu tab baharu akan dibuka dan kandungan SCORM akan dimainkan.



TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA. 
Read more
Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Recent Comments

Recent Comments Widget