Jom mulakan bina laman web

Ok..skarang rasanya korang dah dapat basic info ttg php fusion ni..dan masanya dah tiba untuk kita bina laman web kita..sebelum tu sila pastikan:
1. Korang dah download web package php fusion samada versi 6 atau 7
2. Korang dah install easyphp
3. Korang dah run easyphp dan pastikan dua2 fungsi apache dan mysql stattus dia "started" dan minimisekan easyphp tu(bila minimise korang akan nampak icon dia kat taskbar sebelah kanan)
4. Korang dah betul2 nekad nak guna php fusion ni..jangan separuh jalan kang nak tukar cms lain plak..

ok..now let's start



1. mula2 unzip atau extract dulu content web package php fusion yg korang dah download.


Hasilnya akan dapat camni..

2. Buka folder php files..Select semua folder dan files yang ada..dan kemudian copy


3. Sekarang pergi ke direktori c:\Program files\EasyPHP1-8

4. Paste yang korang copy tadi dalam folder www

5. Then bila dah paste, pergi semula ke direktori c:\Program files\EasyPHP1-8 dan drag folder phpmyadmin ke dalam folder www.

6. Next step, bukak internet browser korang (firefox, internet explorer atau lain2) dan taipkan alamat localhost/phpmyadmin

7. ..tekan enter dan paparan macam kat bawah akan keluar.


8. Sekarang kita akan create database untuk laman web kita..pilih la nama yang korang rasa sesuai..biasanya orang tak guna nama panjang2 dan takde space antara words tapi letak _ cth sek_saya(letak underscore between the words)Taip nama database korang kat box create new database..pastu klik create


9. Sekarang database dah ada..seterusnya kena create table..taipkan fusion_ (yang ni korang mesti taip nama ni..fusion_) kat kotak name pastu ltak nombor kat ruangan fields..(yang ni tak kisah nombor bape nak letak tapi aku letak 1). Pastu klik button Go

10. Paparan ni akan kuar dan korang hanya perlu klik button save



11. Bila korang nampak warning error macam kat atas jangan panik..rileks je..abaikan je warning tu..(aku pun sampai sekarang tak tau camner nek solve warning tu..sebab aku tengok tak de effect pe2 pun warning tu..)


12. Sekarang taip plak alamat http://localhost/setup.php dan tekan enter


13.Isi maklumat macam kat paparan di bawah..klik next


14. Bila dapat paparan macam kat bawah isi la username, password dan alamat emel korang..pastu klik next


15. Sekarang setup dah complete...korang klik kat link Click here tuBila dapat paparan macam kat atas isi la username, password dan alamat emel korang..pastu klik next


16. Tahniah! sekarang korang dah berjaya set up laman web dalam localhost(maknanya dalam harddisk korang)..delete setup.php file dalam folder www...





Bagaimana nak install easyphp



1. cari dulu kat mana korang save installer easyphp yang korang dah download.
Bila dah jumpa tu macam biasa la..klik dua kali kat ikon easyphp tu. Korang akan dapat paparan macam kat bawah ni..




2. Kat sini korang pilih la bahasa pe yang korang paham..tapi mintak maaf la kalau tak jumpa bahasa melayu dalam tu..sebab bukan aku yang create software ni..hehe..



3. Bila dapat paparan macam kat atas, klik next




4. Kat sini baca la dulu perjanjian lesen (licence agreement)...kurang-kurang bertambah la vocab english korang..hehe..bila dah baca atau dah buat2 baca tu klik radio button I accept the agreement...then, klik next




5. Haa..yang ni pun sama gak..baca jangan tak baca...dah baca klik next lagi daa..




6. Pilih kat mana korang nak install easyphp ni..kat c ke..d ke..ikut suka hati..




7. Masanya untuk install...apa lagi..klik la install..




8. Bila dah install paparan macam ni akan kuar..pastikan dua2 apache dan mysql started...kalau tak maknanya ada something wrong la tu...bila dah sampai step ni maknanya korang dah aktifkan servis internal webhosting untuk buat laman web php..
tak sabar nak teruskan?saba dulu deh..lain kali kita sambung..cuma aku nak ingatkan nanti bila kita nak ke step seterusnya yang easyphp ni korang minimisekan..jangan klik pangkah..

Berkenalan dengan EasyPHP

EasyPHP ni satu software yang dipanggil WAMP software. Software ni akan install satu servis "web server'ke dalam komputer yang menggunakan windows. Ia akan membolehkan pengguna membina PHP (scripting language atau orang melayu panggil skrip bahasa yang digunakan bukan dlam drama atau filem tapi untuk menghasilkan laman web yang dinamik/dynamic website)dan MySQL (program yang bertindak sebagai 'server' yang membolehkan capaian pelbagai pengguna/multi-user access kepada sejumlah database)di localhost (url dia 127.0.0.1).

Pakej EasyPHP mengandungi Apache server, datebase MySQL database dan PHP extension.

Dipendekkan cerita..tak nak pening-pening, easyphp ni adalah alternatif kepada mereka-mereka yang nak belajar buat laman web guna php tapi takde tapak web (web hosting). So, bila install easyphp satu tapak web akan diwujudkan dalam komputer anda dan anda tak perlukan talian internet untuk buat laman web..bila rasa2 bersedia nak pamerkan laman web 'canggih' anda nanti baru la cari web hosting samada yang free atau berbayar. Masa tu baru la bleh kongsi laman web anda dengan seluruh pengguna internet di dunia.

Kenapa perlu install easyphp pulak ek..zaman dulu2 bila pergi kursus laman web anjuran ppd takde pun dengar pasal ni ek..haa..yang tuan2 pergi kursus dulu buat laman web guna frontpage..takpun guna word(Kursus BPPT la ni)..pastu ada gak la kursus guna dreamweaver(basic dreamweaver je)..masa tu kita belajar buat laman web guna html je..html ni tak perlukan database mcm php..zaman sekarang orang dah tak buat laman web macam tu lagi..(ye ke?ada la jugak yang masih buat..mungkin diaorang belum dapat ilmu php lagi..atau mungkin takde kursus?)

Bersambung...tungggguuuu....

Bersedia untuk mula?

Sebelum kita mulakan tutorial bagaimana nak bina laman web guna php fusion ni ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan beberapa aplikasi dan pakej php fusion yang perlu dimuat turun dulu.

Pertama sekali yang paling penting mesti ada keazaman untuk bina laman web ni. Jangan separuh hati je nak buat sebab anda mungkin akan alami beberapa masalah yang menguji kesabaran anda. SO, kalau takde keazaman susah la nak belajar. Nasihat saya jika ada masalah dengan installasi atau pengurusan laman web nanti, first and foremost don't be panic. Try to surf thru the web to find the solution. Sekarang banyak forum pasal php fusion ni..yang penting hati mesti mau deh..

untuk install pakej php fusion ni anda perlu muat turun dulu web pakej nye..anda ada pilihan samada nak gunakan versi 6 atau the latest versi 7. Saya sendiri masih gunakan versi 6 sebab belum biasa dengan pengurusan versi 7 ni sebab baru g..nak cari infusion untuk versi 7 pun tak banyak lagi..

Di mana nak muat turun?

versi 6
versi 7

Bila dah ada web package tu..anda kena ada easyphp sebab tutorial kita nanti berkenaan bagaimana nak install di local hosting.

bersambung.....

Web content management system?

A Web content management system (WCMS or Web CMS) is content management system (CMS) software, usually implemented as a Web application, for creating and managing HTML content. It is used to manage and control a large, dynamic collection of Web material (HTML documents and their associated images). A WCMS facilitates content creation, content control, editing, and many essential Web maintenance functions.

Usually the software provides authoring (and other) tools designed to allow users with little or no knowledge of programming languages or markup languages to create and manage content with relative ease of use.

Most systems use a database to store content, metadata, and/or artifacts that might be needed by the system. Content is frequently, but not universally, stored as XML, to facilitate reuse and enable flexible presentation options.[1][2]

A presentation layer displays the content to regular Web-site visitors based on a set of templates. The templates are sometimes XSLT files.[3]

Administration is typically done through browser-based interfaces, but some systems require the use of a fat client.

Unlike Web-site builders like Microsoft FrontPage or Adobe Dreamweaver, a WCMS allows non-technical users to make changes to an existing website with little or no training. A WCMS typically requires an experienced coder to set up and add features, but is primarily a Web-site maintenance tool for non-technical administrators

Sumber : wikipedia

Apa yang menariknya PHP Fusion ni

Korang sure tertanya-tanya apa yang menarik sangat PHP-Fusion ni kan..pada aku yang masih hijau bab2 wat website guna cms ni..PHP fusion ni kira senang la nak belajar..ada basic html sket dah kira ok la..

Antara elemen menarik yang ada dalam pakej PHP Fusion ni :

* News - berita; sesuai la untuk webmaster sekolah..
* Articles - artikel;
* Forums - ruangan berforum; ni yang menarik ni
* Photogallery - sure guru besar korang suka
* Web Links - nak wat pautan le laman web lain
* Downloads - ruangan muat turun
* Polls - nak mengundi;
* Shoutbox - ni lagi satu yang best..bleh borak2
* PM- private message..
* Search - carian
* Themes - theme yang pelbagai..

Satu g elemen yang paling best dipanggil "infusions". Yang ni kalau sesetangah cms dipanggil module..atau panel..nak letak jam ke..kalendar ke..sume tu dipanggil infusion...nak cari infusion ni senang je..search..download then install la..biasa setiap infusion tu akan ada manual cara nak install..so, don't worry...

Selain infusion, satu g dipanggil "mods",yang ni akan alter core code(for dummies..yang rasa2 kurang ilmu coding ni..be careful k..)yang penting ikut manual yang diberi..

Contoh laman web yang menggunakan cms php fusion

1. Laman web rasmi SK Kg Dato Ibrahim Majid

2. Laman web SK Pasir Puteh

3. Laman e-informasi

* Banyak lagi sekolah-sekolah yang gunakan php fusion ni..especially sek under ppd pasir gudang and jb sbb sifu dia ada kat sana..mr.japaruddin, webmaster sk pasir puteh..yang aku listkan kat atas tu member2 nyer..termasuk la sek aku punye

What is PHP Fusion?

PHP-Fusion is a light-weight open-source content management system (CMS) written and developed by Nick Jones (also known as Digitanium) in PHP. It uses a MySQL database to store a web site's content and comes with a simple but comprehensive administration system. PHP-Fusion includes features common in many other CMS packages.

As of 2006, PHP-Fusion is supported in about a dozen languages besides English. There are official support forums in Denmark[1], Italy[2], Hungary[3], Bulgaria[4]and 18 more sites.

Version 6 is licensed under the terms of the GNU General Public License however, version 7 is licensed under the Affero General Public License

Mukadimah

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog saya nie..insya Allah saya akan berkongsi ilmu yang ada tentang bagaimana nak bina laman web menggunakan salah satu CMS (content managemant system) iaitu PHP Fusion. Ramai member2 yang nak belajar tapi kalau nak mengadap sorang2 memang la tak sempat..maklum la cikgu sekarang ni bukan macam cikgu zaman dulu2 (cikgu2 dulu jangan marah ek..) sekarang masa yang ada banyak dihabiskan di sekolah..siang malam pagi petang..so, kawan2 kita kongsi2 ilmu di alam maya la..ilmu yang sedikit ni kalau tak dikongsi memang hilang dari memori..

Pengikut