Jom mulakan bina laman web

Ok..skarang rasanya korang dah dapat basic info ttg php fusion ni..dan masanya dah tiba untuk kita bina laman web kita..sebelum tu sila pastikan:
1. Korang dah download web package php fusion samada versi 6 atau 7
2. Korang dah install easyphp
3. Korang dah run easyphp dan pastikan dua2 fungsi apache dan mysql stattus dia "started" dan minimisekan easyphp tu(bila minimise korang akan nampak icon dia kat taskbar sebelah kanan)
4. Korang dah betul2 nekad nak guna php fusion ni..jangan separuh jalan kang nak tukar cms lain plak..

ok..now let's start



1. mula2 unzip atau extract dulu content web package php fusion yg korang dah download.


Hasilnya akan dapat camni..

2. Buka folder php files..Select semua folder dan files yang ada..dan kemudian copy


3. Sekarang pergi ke direktori c:\Program files\EasyPHP1-8

4. Paste yang korang copy tadi dalam folder www

5. Then bila dah paste, pergi semula ke direktori c:\Program files\EasyPHP1-8 dan drag folder phpmyadmin ke dalam folder www.

6. Next step, bukak internet browser korang (firefox, internet explorer atau lain2) dan taipkan alamat localhost/phpmyadmin

7. ..tekan enter dan paparan macam kat bawah akan keluar.


8. Sekarang kita akan create database untuk laman web kita..pilih la nama yang korang rasa sesuai..biasanya orang tak guna nama panjang2 dan takde space antara words tapi letak _ cth sek_saya(letak underscore between the words)Taip nama database korang kat box create new database..pastu klik create


9. Sekarang database dah ada..seterusnya kena create table..taipkan fusion_ (yang ni korang mesti taip nama ni..fusion_) kat kotak name pastu ltak nombor kat ruangan fields..(yang ni tak kisah nombor bape nak letak tapi aku letak 1). Pastu klik button Go

10. Paparan ni akan kuar dan korang hanya perlu klik button save



11. Bila korang nampak warning error macam kat atas jangan panik..rileks je..abaikan je warning tu..(aku pun sampai sekarang tak tau camner nek solve warning tu..sebab aku tengok tak de effect pe2 pun warning tu..)


12. Sekarang taip plak alamat http://localhost/setup.php dan tekan enter


13.Isi maklumat macam kat paparan di bawah..klik next


14. Bila dapat paparan macam kat bawah isi la username, password dan alamat emel korang..pastu klik next


15. Sekarang setup dah complete...korang klik kat link Click here tuBila dapat paparan macam kat atas isi la username, password dan alamat emel korang..pastu klik next


16. Tahniah! sekarang korang dah berjaya set up laman web dalam localhost(maknanya dalam harddisk korang)..delete setup.php file dalam folder www...





Bagaimana nak install easyphp



1. cari dulu kat mana korang save installer easyphp yang korang dah download.
Bila dah jumpa tu macam biasa la..klik dua kali kat ikon easyphp tu. Korang akan dapat paparan macam kat bawah ni..




2. Kat sini korang pilih la bahasa pe yang korang paham..tapi mintak maaf la kalau tak jumpa bahasa melayu dalam tu..sebab bukan aku yang create software ni..hehe..



3. Bila dapat paparan macam kat atas, klik next




4. Kat sini baca la dulu perjanjian lesen (licence agreement)...kurang-kurang bertambah la vocab english korang..hehe..bila dah baca atau dah buat2 baca tu klik radio button I accept the agreement...then, klik next




5. Haa..yang ni pun sama gak..baca jangan tak baca...dah baca klik next lagi daa..




6. Pilih kat mana korang nak install easyphp ni..kat c ke..d ke..ikut suka hati..




7. Masanya untuk install...apa lagi..klik la install..




8. Bila dah install paparan macam ni akan kuar..pastikan dua2 apache dan mysql started...kalau tak maknanya ada something wrong la tu...bila dah sampai step ni maknanya korang dah aktifkan servis internal webhosting untuk buat laman web php..
tak sabar nak teruskan?saba dulu deh..lain kali kita sambung..cuma aku nak ingatkan nanti bila kita nak ke step seterusnya yang easyphp ni korang minimisekan..jangan klik pangkah..

Pengikut