Placenta Praevia


Isteri saya hari ini genap mengandung 36 minggu. 2 minggu yang lalu, beliau telah dikesan dengan kes placenta praevia ataupun istilah biasanya uri bawah. Di sini saya kongsikan artikel dari Utusan Malaysia tentang PP ini.

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,” jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.

Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.

Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.

Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.

Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.

Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim – pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

Kalendar Persekolahan 2011

Lebih kurang 3 minggu lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula. Saya kongsikan kalendar persekolahan untuk tahun 2011 di sini.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kumpulan A - Kelantan, Terengganu dan Kedah

Kumpulan B - Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Ingat Tarikh 28 Februari 2011

Kenapa tarikh tu penting sangat? Bila saya semak status saman dari PDRM di laman web MyEG, baru saya notis tentang tarikh tu. Pada 28 Februari 2011 nanti, PDRM akan kuatkuasakan proses penyenaraian hitam saman-saman yang tidak dibayar. So, semak saman anda..dan apa lagi yang kita boleh buat..just bayar je la.



2 hari lepas baru pergi settlekan bayaran satu kompaun sebab salah parking. Kerani tu cakap mulai tahun 2010 memang dah takde diskaun...hmmm...

semak kat MyEG..ada satu saman speeding tahun 2006 yg belum dibayar..masa bila tah kena saman..takde sampai surat pun...pening..pening...

Tutorial : Daftar e-Penyata Gaji

Mengikut amalan sebelum ini, penyata gaji bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji. Mulai Oktober 2010, berkuatkuasa dengan keluarnya Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010, Penjawat Awam perlu mencetak sendiri penyata gaji mereka melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mendaftar di laman web tersebut (Pengguna perlu daftar dahulu sebelum dapat mencetak penyata gaji masing-masing).

Langkah 1 : Pergi ke laman web e penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Langkah 2 :Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan



Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.

Panduan Mengisi Medan

No Kad Pengenalan atau No. Pasport
Isikan No Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji
Contoh:
No K/P Baru - 811212111234
No K/P Lama - 8102010
No Pasport - A1234567
No lain - RF12345

No Gaji
Isikan nombor gaji anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, guna satu daripada nombor-nombor gaji anda.

Kata Laluan
Minima 8 dan Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan.

Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk
membantu anda mengingati kata laluan anda
sekiranya anda telah lupa.

Jawapan
Anda memberi jawapan kepada soalan keselamatan
yang anda pilih seperti di atas.

Setelah selesai mengisi semua medan, klik ok. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat paparan berikut.


Selamat Mencuba!

Gambar : Estima Terbakar di PLUS Expressway


Tadi sewaktu pulang dari KL ke Simpang Renggam, terserempak dengan satu kes kebakaran kereta berhampiran RnR Seremban. Kereta Toyota Estima bernombor plet Singapura telah hampir separuh terbakar. Tidak diketahui sebabnya kerana bukan kes kemalangan.

Tahun ni sahaja dengarnya banyak sangat kes kenderaan terbakar. Ada yang mengaitkan dengan penggunaan minyak RON95 yang baru diperkenalkan tahun ini. Namun, bukti saintifiknya masih tiada, cuma analogi orang ramai begitu. Pihak berkenaan sepatutnya menidakkan persepsi sebegini dengan ujian-ujian makmal seumpamanya agar orang ramai tidak bimbang menggunakan RON95.

370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil mulai tahun depan

Salinan dari MyMetro

MELAKA: Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar itu selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.


"Mereka akan melihat bagaimana guru-guru mendidik anak-anak kita dalam bahasa Inggeris, ini kita akan mulakan pada tahun depan," katanya pada sesi dialog program Titipan Naluri bersama guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini, hari ini.


MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012 selepas mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak bimbang untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana sebahagian besar guru yang sedang berkhidmat sudah terlatih dalam bahasa itu.


Yang agak mencabar bagaimana hendak kita perkukuhkan bahasa Inggeris?. (Oleh itu) kita juga mahu guru yang sudah tersedia dalam sistem pendidikan mesti didedahkan semula dengan kursus-kursus dalam cuti supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mahir lagi," katanya.

Beliau juga berkata, penguasaan guru pelatih di IPG dalam bahasa Inggeris juga akan ditingkatkan agar mereka tidak menghadapi masalah apabila mengajar di sekolah.


"Secara terperincinya, kita akan kemukakan kepada orang ramai tidak berapa lama lagi supaya rakyat tahu dan mereka dapat membantu supaya dasar MBMMBI kita dapat dilaksanakan secara terbaik," katanya.

PHP Fusion - Embed youtube video in news section

Step 1 - Get the embed code from youtube.


Step 2 - Copy and paste the code in a notepad. Replace all the " with '. (not sure the reason why to replace).


Step 3 - Disable TinyMCE html editor in your php fusion site setting.


Step 4 - Now, you can embed the youtube video in the news section.


Antara lega, resah dan pelik

Alhamdulillah, semalam 23 September 2010 telah berakhirnya peperiksaan UPSR bagi tahun ni. Lega rasanya. Rasa hilang semua kepenatan mengajar murid siang dan malam sejak awal tahun hinggalah ke detik-detik akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Melihat reaksi murid sebelum masuk ke dewan, rasanya ekspresi muka cikgu lebih cuak dan gementar berbanding murid. Maklumlah budak yang baru berumur 12 tahun, manalah memikirkan masa depan lagi jika orang-orang di seklilingnya tidak mengingatkannya. Kalau hanya guru di sekolah yang mengingatkan tentang pentingnya UPSR, tetapi bila pulang ke rumah bebas bermain sana-sini, apalah yang tinggal dalam kepala?

UPSR tahun ini agak mencabar kerana dijalankan selepas cuti panjang dan murid masih dalam mood hari raya. Bagi guru yang mengajar murid kelas depan mungkin tiada masalah besar tapi bagi yang mengajar murid yang datang sekolah tanpa ada tujuan selain bermain ataupun murid-murid yang dikesan memang agak lemah tahap IQnya(saya mengajar murid begini), memang mendatangkan masalah besar.

Keluar saja murid dari dewan peperiksaan, saya terus mengumpulkan kertas soalan Paper 1 Bahasa Inggeris dari murid. Rasa nak sangat tahu bagaimana prestasi murid.. terus saya semak satu persatu jawapan murid. Akhirnya, selepas habis 35 buku soalan saya semak rasa resah sangat-sangat. Rasa kecewa dengan prestasi murid. Agak lama juga terkedu sambil memikirkan bagaimanalah nanti keputusan mereka. Harap-harap mereka dapat menjawab Paper 2 dengan lebih baik.

Hari yang sama juga semalam, terbaca headline di Harian Metro bertajuk "Tetap Sayang Pembunuh Anak", rasa pelik muncul. Terus capai suratkhabar yang ada dan baca. Antara petikannya :

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.



“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.



Petikan dati Utusan

Sementara itu, ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, yang juga teman wanita tertuduh semasa ditemui pemberita memberitahu, dia tidak dapat menerima keputusan itu.

Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang penyayang dan dia sayangkan Syafiah,” katanya.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.

Pelik..pelik..pelik dengan kes ni. Teman lelaki? ada anak bersama? sayang kepada pembunuh anak sendiri?

Na'uzubillahi min zalik...


Salam Aidilfitri


Salam ingatan tulus ikhlas,

Selamat menyambut hari raya buat semua yang singgah di blog saya ini.
Dengan rasa rendah hati, saya mohon maaf atas segala ketelanjuran perkataan yang mungkin menyinggung perasaan.
Sama-sama kita raikan Syawal yang tiba dengan penuh kesyukuran kepadaNYA.

Semoga kita semua mendapat keampunanNYA. Ameen.

Cara highlight koding pada blog post



Salam buat semua.

Posting ini adalah berkaitan dengan tajuk post sebelum ini iaitu Cara meletakkan koding pada blog post. Jika anda biasa melayari blo-blog yang memaparkan tutorial berkaitan koding, kadang-kadang anda lihat paparan kodingnya adalah seperti ini

<table border="1">
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table>

ataupun ada background colour seperti ini

<table border="1">
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table>

Apa pendapat anda? Yang manakah lebih senang dibaca? Pada saya, jika koding tersebut ada background colournya sendiri lebih mudah dibaca. Bagaimana caranya kita hendak highlight koding yang kita taip tadi?

Caranya,

a) Tambah koding pada blog layout anda :

1. Login ke blogger, klik pada Layout-->Edit HTML
2. Kemudian, copy koding dibawah ini dan letakkan sebelum kode ]]></b:skin>


.alert {
background: #54a8ef;
text-align: left;
padding: 5px 5px 5px 5px;
border: 1px solid #223344;}



* Anda boleh tukar warna background yang anda suka dengan cara edit pada
background: #54a8ef; --->tukarkan #54a8ef kepada code warna pilihan anda.

3. Kemudian, klik Save.

b) Cara semasa membuat posting dalam blog

Taip<p class="alert">

sebelum koding yang anda ingin highlight, kemudian taip </p>

diakhir koding tersebut.


Contohnya :

<p class="alert"><table border="1">
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table></p>



Sekian.

Cara meletakkan koding pada blog post

Salam buat semua.

Mungkin ada antara anda yang ingin meletakkan tutorial yang melibatkan pengubahsuaian atau penambahan koding pada blog ataupun laman web. Seperti saya, ada beberapa posting yang saya buat adalah catatan saya mengenai koding seperti posting saya yang bertajuk Hilangkan Vertical line antara imej di website.

Jika kita menaip koding tertentu dalam post kita as it is, contohnya seperti kita taip html code untuk buat table :

<table border="1">
<tr>
<td>row 1, cell 1</td>
<td>row 1, cell 2</td>
</tr>
<tr>
<td>row 2, cell 1</td>
<td>row 2, cell 2</td>
</tr>
</table>



Jika kita preview, apa yang terpapar ialah table itu sendiri dan bukannya kodingnya. Jadi bagaimanakan caranya kita hendak memaparkan koding?

Caranya kita mesti encode dahulu koding tersebut. Pergi ke sini dan paste atau taip code yang anda ingin paparkan dan kemudian klik encode. Selepas itu, copy koding yang telah diencode dan paste pada blog post kita.

Code untuk table seperti di atas yang telah diencode.

Hilangkan Vertical line antara imej di website

Projek terkini saya dalam mengemaskini susunatur website sekolah adalah untuk mewujudkan satu panel akhbar online. Panel tersebut akan memaparkan imej-imej kecil akhbar dan pengunjung boleh klik pada imej tersebut untuk pergi ke pautan yang ditetapkan. Mencari kelainan, saya gunakan photoshop untuk menyusun imej-imej akhbar tersebut agak senget seperti di bawah.

Selepas itu, imej akhbar tersebut saya crop kepada imej berasingan bagi setiap akhbar.
Apabila saya uploadkan imej tersebut dalam website sekolah, saya letakkan kodingnya seperti berikut.


<a href='http://www.utusan.com.my/' target='_blank'><img src='...utusan.gif' /></a>
<a href='http://www.bharian.com.my/' target='_blank'><img src='...bharian.gif' /></a>
<a href='http://www.hmetro.com.my/' target='_blank'><img src='...metro.gif' /></a>
<a href='http://www.kosmo.com.my/' target='_blank'><img src='...kosmo.gif' /></a>
<a href='http://www.nst.com.my/' target='_blank'><img src='...nst.gif' /></a>
<a href='http://www.thestar.com.my/' target='_blank'><img src='...star.gif' /></a>

Namun, hasilnya saya dapati ada gap berwarna putih di antara imej tersebut.
Saya cuba tukarkan koding kepada bentuk table seperti berikut dan saya setkan border sebagai ='0'.

<table border='0' >
<tr><td><a href='http://www.utusan.com.my/' target='_blank'><img src='...utusan.gif' /></a> </td>
<td><a href='http://www.bharian.com.my/' target='_blank'><img src='...bharian.gif' /></a> </td>
<td><a href='http://www.hmetro.com.my/' target='_blank'><img src='...metro.gif' /></a></td>
<td><a href='http://www.kosmo.com.my/' target='_blank'><img src='...kosmo.gif' /></a> </td>
<td><a href='http://www.nst.com.my/' target='_blank'><img src='...nst.gif' /></a> </td>
<td><a href='http://www.thestar.com.my/' target='_blank'><img src='...star.gif' /></a> </td>
</tr>></table>

Hasilnya, tetap sama seperti sebelumnya.

Akhirnya, setelah meng'google' berjam-jam, saya dapat caranya bagaimana iaitu dengan letakkan koding seperti ini..

<table frame='Void' Cellpadding='0' border='0' RULES='none' cellspacing='0'>


Hasilnya...
Tiada lagi line atau gap di antara imej tersebut.

Alhamdulillah..

Kenapa mesti berpuasa di bulan Ramadhan

Salam buat semua..

Mulai lusa, Rabu, 11 Ogos 2010 insya Allah semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagai orang Islam, kita wajib berpuasa seperti arahan yang Allah berikan dalam ayat :

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

Terdapat beberapa hikmah yang terbit dari amalan berpuasa iaitu :

1) Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terhindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

2) Puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Selain hikmah di atas, banyak lagi hikmah dari amalan berpuasa yang kita sebagai hambaNya tidak nampak dengan mata kasar kita. Sesungguhnya apa yang diperintahkan oleh Allah itu mengandungi seribu satu macam hikmah samada yang tersurat ataupun yang tersembunyi.

Akhirnya, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya. AMIN.

Cikgu Kurang Mesra Murid = Kena Tumbuk Dengan Murid



Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan video klip seorang murid yang menumbuk gurunya. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Sarawak.

Apa yang saya nak highlightkan dalam entri ini adalah tentang komen yang diberi oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan yang mengatakan guru yang ditumbuk itu kurang mesra murid. Selain itu beliau turut menyelar tindakan seorang lagi guru yang hanya duduk dan memerhatikan insiden itu tanpa berbuat apa-apa untuk menegur murid tersebut.

Itu adalah pandangan wakil kepada ibu bapa. Saya simpulkan beliau meletakkan kesalahan di bahu guru tersebut dengan komen beliau.

Sebagai seorang guru, hati kecil saya berkata.."Apa nak buat, terima jelah nasib kita guru-guru zaman sekarang. "

Ada virus dalam MS Word

Antara perisian word processing yang paling banyak digunakan pengguna ialah Microsoft Word. Bagi kami yang bertugas sebagai guru, rasanya perisian inilah yang paling biasa kami gunakan. Kalau tidak sampai ke tahap expert, at least kebanyakan functions dan tools dalam Word, guru-guru dah tahu.

Tiga hari lepas, saya didatangi seorang rakan guru mengadu masalahnya. Nampak mukanya berkerut. Mungkin masalahnya berat gak. "Akak punya komputer kena virus la.." Saya tanya dia kembali, "Macamana akak tahu ada virus?". "Bila akak menaip guna Word, ada lambang P terbalik penuh satu mukasurat. Pas tu setiap kali akak takan space bar, keluar titik." balasnya. Dalam kepala saya terbayang, mesti jadi macam ni.


"Oh..macam tu bukan virus kak. Itu lambang untuk paragraph." Saya beritahu. Dia tanya balik, "Habis tu, macamana nak hilangkan?". Tak nak tambahkan lagi pening rakan tu, saya pun redakan keadaan. "Tak pe kak, nanti saya hilangkan."

Confusing English Words : Lay vs. Lie

Salam to all readers..

Lay and lie are always confusing. For instance, both words can be used to describe the picture above.

1. He lays himself on the bed.
2. He lies on the bed.

What makes them differ?

Lay is a transitive verb, which means that it must be used with a direct object. The past tense of lay is laid.

Examples:
  • Every day I lay the book on the table.
  • Yesterday I laid the book on the table.
  • I have laid the book on the table many times.
  • I am laying the book on the table right now.

In all these examples, the verb is a form of the word "lay," and the direct object is "book."

Lie is an intransitive verb, which means it cannot have a direct object. The past tense of lie is lay.

Examples:
  • Every night I lie down.
  • I lay down last night.
  • I have lain down many times.
  • I am lying down right now.

Bila kelawar bersarang..

Salam buat semua..

Sejak 2 minggu ni, saya agak pening dengan masalah yang mula membelenggu kepala ni. Semuanya gara-gara si kelawar yang sedap-sedap melepak kat bumbung rumah saya ni. Kalau setakat melepak tu tak apa la jugak. Ini tidak..sedap je 'membuang' merata-rata. Akibatnya...

Hmm..kalau dulu boleh gak la nak menyapu or vakum rumah ni selang 3, 4 ari. Sekarang ni, kalau hari-hari tak menyapu, maknanya penuh la lantai ni ngan najis dia.

Borak-borak dengan kawan, dengarnya kalau nak panggil expert dtg settlekan masalah ni kena keluar kos banyak gak. Maklumlah dah namanya pun expert..boleh la charge lebih atas nama expert tu. Kawan tu cadangkan buat sendiri je. Dia cakap kalau panggil org datang pun..apa yang dia buat mula-mula halau kelawar tu then pasang jaring. So, kalau buat sendiri pun boleh gak.

Camne nak halau kelawar tu? Satu petuanya, pasang lampu kalimantang kat bumbung rumah. Katanya kelawar akan lari kalau terang. Setakat hari ni belum ada daya lagi nak memanjat..tunggu la weekend kalau takde extra class kat sekolah baru buat projek memanjat.

Kawan2...ada cadangan lain tak?

How to go to specific line in Notepad

Salam kepada semua..

Entri ini saya buat selepas saya temui satu ilmu baru yang mungkin biasa pada web admin yang biasa deal dengan php. Katalah anda membuka fail .php menggunakan Notepad dan anda perlu edit kod tertentu pada baris tertentu dalam fail tersebut. Saya bagi contoh :

Dalam kes di atas, saya perlu pergi ke baris 756 untuk edit kod di situ. Bila kita buka gunakan Notepad, tiada panduan baris untuk kita seperti ini.


Jadi bagaimana kita hendak pergi ke baris 756?satu cara jika anda rajin, gunakan jari anda untuk mengira baris demi baris hinggalah ke baris 756..hehe..banyak tu..rasanya belum half way anda akan berhenti mengira.

Cara yang mudah ialah gunakan command CTRL G. Tapi sebelum tu, pastikan anda untick word wrap.

Selepas itu tekan CTRL G dan anda boleh pergi ke baris mana yang anda mahu.

Puyol bawa Spain ke final

Fuh! rasa berdebar-debar dah mula hilang lepas referee tiup wisel penamat sekejap tadi. Akhirnya Spain berjaya mengekang barisan muda Jerman untuk melangkah ke final dengan bergaya. Terima kasih kepada Kapten Barcelona, Carles Puyol dengan tandukan hebatnya pada minit ke 73.


Saya berpendapat Spain memang layak ke final berdasarkan statistik perlawanan tadi.

Walaupun agak tak bersetuju dengan statistik yang dikeluarkan di laman web rasmi FIFA ni terutamanya ball possession yang mana dikatakan Spain hanya menguasai bola sebanyak 51% sahaja sedangkan pendapat saya (mungkin saya naif dalam hal ini), sekurang-kurangnya ball possesion oleh Spain ialah 65%.

Apa-apapun, telahan dan jangkaan saya dalam entri sebelum ini hampir menjadi kenyataan. Mungkinkah Spain akan jadi juara?

World Cup 2010 - Spain juara?

Salam buat semua..

Sejak dua malam lepas, nampaknya peminat-peminat bola dapat tidur dengan cukup. Malam esok dah mula nak berjaga lagi tapi dah tak lama lagi World Cup pun dah nak sampai ke penghujung. Meriah sana-sini orang bercerita tentang bola. Selak-selak suratkhabar pun bahagian sukan penuh cerita dan gambar tentang bola.

Rasa terpanggil, saya pun tuliskan entri tentang bola. Bukan nak mengulas statistik perlawanan, prestasi player yang dianggap bintang..cuma nak berkongsi pasukan yang diramal akan muncul juara.

Saya bukanlah peminat fanatik mana-mana pasukan. Pasukan yang saya sukakan corak permainannyalah pasukan yang saya sokong. Semasa World Cup 2006 di Jerman, saya kagum dengan corak pertahanan kental team italy dan kehebatan counter attack mereka. Jadi, selepas peringkat kumpulan tamat, saya mula menyokong Italy dan saya beli t-shirt ni.

World cup 2010 ni..saya amat sukakan cara permainan pantas team Spain dengan hantaran pendek mereka sejak Euro 2008 lagi. Pada saya, pemain-pemain dalam team yang ada sekarang ni bukan saja punyai skill permainan yang hebat malah cara mereka berfikir juga hebat. Bukan senang untuk mengatur gerakan yang cantik dengan hantaran pendek yang pantas.

Jadi, untuk tahun ni..saya beli t-shirt ni..

Mungkinkah Spain akan jadi juara World Cup edisi 2010 ni?

Commonly Misspelled English Words - advice vs advise


Advice --> noun

It means an opinion that someone offers you about what you should do or how you should act in a particular situation.

For example: "I need someone to give me some advice."

Advise --> verb

It means to give information and suggest types of action.

For example: "I advise everybody to be nice to their teacher."

Note - In British English the noun form often ends in ...ice and the verb in ...ise.

Kuda..

Salam buat semua pembaca..

Setelah seminggu lebih saya tak dapat update apa2 dalam blog ni kerana pulang bercuti ke kampung, kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang saya snap sewaktu bercuti di rumah mertua di Terengganu.


Gambar-gambar ini saya snap sewaktu bersiar di waktu petang di kawasan pantai Tok Jembal (di sini terletaknya airport Sultan Mahmud). Apa yang menarik perhatian saya ialah kuda-kuda ini dibiarkan meragut rumput di halaman rumah tanpa diikat. Fenomena yang biasa dilihat di kampung saya di Johor biasanya lembu yang diperlakukan begini.

Kuda-kuda ini biasanya akan dibawa ke tepi pantai pada waktu petang di mana orang ramai akan datang berkunjung untuk berehat sambil makan sotong celup tepung, ikan dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin mencuba untuk menunggang kuda ini, sedikit bayaran akan dikenakan untuk satu dua pusingan.

Maaf fidak dapat balas kunjungan anda

Salam buat semua..

Cuti sekolah dah makin ke penghujungnya.
Minggu pertama masih bertugas di sekolah dengan kelas tambahan.
Minggu kedua baru ada kesempatan pulang ke kampung.
Alhamdulillah dapat juga menjenguk keluarga mertua yang jauh beratus kilometer.
Dapatlah 4, 5 hari anak-anak bermesra dan bermanja dengan tok ki dan nenek mereka.
Lepas 4, 5 hari, anak yang sulung mulalah berubah slang nyer..makan..jadi..makang
Sebabnya, kami sekeluarga akan pulang ke
Thanks mektie pinjam gambar ni.
lepas subuh nanti.

Kepada penjenguk blog saya, mohon maaf tak dapat balas kunjungan anda minggu ini.
Apapun, jutaan terima kasih sudi datang ke sini.

Apakah maksud di sebaliknya?

Salam buat semua pembaca..

Sedang saya buat sesi blogwalking tadi, saya terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya di sini. Atas rasa terusik hati saya untuk menambahluaskan lagi sebaran isi artikel tersebut, saya postkan entri tersebut mengikut acuan saya (risau jika copy n paste mungkin penulis artikel asal tidak bersetuju). Tujuan saya hanyalah untuk kita sama-sama berkongsi jika kita belum maklum akan hal ini dan sama-sama kita fikirkan apakah pengajaran yang kita boleh ambil dari isu ini. Terima kasih kepada tuan punya blog yang telah membuat entri tersebut.

Isunya di sini adalah url blog kita. Kita maklum url kita adalah www.namaygkitapilih.blogspot.com.

Contohnya blog saya ini www.mishafie.blogspot.com



Cuba anda taipkan url blog anda tanpa huruf b pada perkataan blogspot. Contohnya blog saya -->www.mishafie.logspot.com

Anda akan dapati url yang anda taipkan tadi akan didirectkan ke laman web seperti di bawah.


Sama-sama kita fikirkan.

Begini nasib saudara kita di Gaza


Salam buat semua..

Semalam saya mendapat kiriman emel dari seorang rakan dengan tajuk Sebarkan. Bila saya buka emel tersebut, ianya mengandungi lebih kurang 30 keping gambar yang memaparkan satu kejadian di mana sebuah sekolah di Gaza yang telah dibom oleh pihak Zionis laknatullah. Dalam address list emel saya tidak ada banyak address yang boleh saya hantar, jadi saya ambil keputusan untuk postkan dalam blog ini. Untuk lebih mudah, saya jadikan gambar2 tersebut satu slideshow. Sama-samalah kita doakan agar Allah selamatkan saudara-saudara kita di sana.



Commonly Misspelled English Words - Stationary vs Stationery

One of the girls in my class always does spelling mistakes in her writings. Although i have reminded her several times, it still happens the same way. In English, there are words that look similar but actually they have different spelling. For example, stationery and stationary. These two words carry different meanings.

-->What is stationery
• It is a noun.
• It means the items needed for writing, such as paper, pens, pencils and envelopes.

-->What is stationary
• It is an adjective.
• It means not moving, or not changing.
• Example : A stationary car/train.
"The traffic got slower and slower until it was stationary."


* Is there any ways for us to make sure that we won't misspell the words? Yes. Just relate the "e" in stationery with envelope. Hope this will help you.

Lambang Israel dalam komputer kita?

Salam buat semua pembaca.

Malam tadi saya berkesempatan melayari beberapa blog berunsurkan perjuangan dan saya terjumpa satu artikel bertajuk Buang Logo Israel Dari Desktop & Laptop Korang... dari laman blog ini. Dalam artikel tersebut, penulis menyarankan agar kita delete satu image file dalam komputer kita yang memaparkan lambang Israel.

Saya pun browse komputer saya seperti yang dinyatakan dan saya jumpa image ini :


Ingin lebih tahu lebih lanjut tentang image itu (saya tertanya-tanya kenapa perlu diletakkan lambang bendera Israel sebagai background kepada gambar pemegang lilin), saya pun cuba google image tersebut dengan gunakan keyword israel logo. Terpapar beberapa gambar pemegang lilin (candelabrum) tersebut, dan salah satunya menamakannya sebagai hanukkah.

Saya pun teruskan google dengan keywords hanukkah dan dari wikipedia saya dapat maklumat berikut.

Hanukkah juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, ialah perayaan orang Yahudi selama lapan hari bermula pada hari ke-25 dalam bulan Kislev menurut kalendar Yahudi, yang mungkin jatuh pada bila-bila masa daripada akhir bulan November hingga akhir bulan Disember. Perayaan ini meraikan kebaktian semula Haikal Kedua pada masa Pemberontakan Maccabee.

Perayaan ini dirayakan dengan menyalakan lampu pada setiap malam perayaan: satu pada malam pertama, dua pada malam kedua dan seterusnya.

Dengan itu terjawab persoalan dalam kepala saya apakah maksud pemegang lilin tersebut dan kaitannya dengan lambang bendera Israel.

Jadi, jika anda rasa anda ingin delete image file tersebut, browse komputer anda ke :(saya nyatakan ingin kerana mungkin anda rasa ianya perkara remah dan anda tidak perlu delete dari komputer anda, jadi terpulang kepada anda)

drive C: ----> ProgramFiles ----> Microsoft Office ----> MEDIA ----> CAGCAT10 ----> J0285926.WMF.

Saya menggunakan Microsoft Office 2007, saya tidak pasti versi Office sebelumnya juga mengandungi image tersebut.

Saya perlukan pendapat anda..


Salam buat semua pembaca..

Agak lama saya tidak pos entri baru untuk blog ini. Selain sibuk menyediakan murid-murid yang sedang menduduki ujian percubaan UPSR kali kedua (25 - 27 Mei), saya juga sedang berkira-kira (sedang buat sebenarnya) beberapa perubahan kecil pada laman web rasmi sekolah saya. Sebenarnya, theme untuk laman web itu telah saya tukar akhir tahun lepas dan setakat ini saya masih lagi puas hati dengan paparannya. Satu perkara yang saya masih fikirkan, adakah pengunjung yang datang melawat laman web itu sama pendapatnya dengan saya.

Setelah diupdate dan ditambah sana sini, sekarang saya rasakan yang laman web itu terlalu banyak gambar dan saya tidak pasti adakah orang yang datang melawat terganggu dengan kewujudan gambar dan lain-lain grafik yang ada.

Rakan-rakan blogger saya rasa ada macam-macam pendapat yang boleh bantu saya dapatkan idea terbaik bagaimanakah sepatutnya paparan laman web sekolah. Jika anda ada masa, lawatilah laman web sekolah saya di sini dan harap dapat beri saya komen ya.

Thanks in advance.

Skrin biru?

Salam buat semua pembaca..

Hari ni saya nak kongsikan satu masalah komputer/laptop yang mana skrin berwarna biru akan terpapar semasa komputer/laptop tersebut sedang loading windows. Lihat paparan di bawah:


Saya mendapat satu task siang tadi dari seorang cikgu di sekolah, minta bantuan saya laptop yang digunakannya menghadapi masalah tersebut. Laptop tersebut adalah hakmilik kerajaan jenis Dell hitam. Warga guru semestinya kenal laptop Dell hitam ni. Model sebenarnya ialah Dell Latitude C600. Yang membuatkan laptop jenis ni senang diingati ialah kerana ianya merupakan model yang mula-mula dibekalkan oleh kerajaan untuk program PPSMI, sekolah saya mendapat bekalan model ini pada tahun 2002.


Berbalik semula pada permasalahan skrin biru (blue screen) tadi, mulanya saya agak blur apa yang hendak dibuat kerana lama dulu saya pernah hadapi masalah yang sama pada pc saya dan ianya berfungsi semula selepas saya restart pc tersebut. Kali ini, saya dapati masalahnya agak berlainan kerana selepas restart atau kita cuba load dengan safe mode atau last good configuration, skrin biru akan terpapar juga.

Saya cuba gunakan cd windows untuk repair windows installation pada laptop tersebut. Awalnya saya tidak memilih untuk menggunakan option recovery console sebaliknya saya teruskan seperti hendak fresh install windows namun saya tidak dapat paparan seperti di bawah. Jadi, saya restart laptop kemudian cuba gunakan recovery console.


Biasanya jika kita memilih option recovery console, kita akan diminta mengesahkan windows installation mana yang kita hendak repair namun kali ini saya tidak dapat seperti itu.


Saya menjadi semakin pelik dengan masalah itu. Pada fikiran saya mungkinkan hard disk telah 'kong' yang menyebabkan windows installation tidak dapat dikesan.

Saya kemudian menaip command CHKDSK (check disk) dan paparan berikut keluar.



Akirnya setelah check disk, windows dapat load seperti biasa..masalah selesai. Alhamdulillah.

Pengikut