Photoscape - Gambar lukisan pensel


Anda berminat jadikan gambar anda seperti di atas? Tutorial kali ini saya akan menunjukkan bagaimana caranya untuk menjadikan gambar anda seperti lukisan menggunakan pensel menggunakan perisian Photoscape. Selepas membaca tutorial ini anda akan dapati caranya amat mudah semudah menyebut ABC or some people say it's a piece of cake.


Walau bagaimanapun, hasil yang anda akan dapati nanti tidaklah secantik yang anda bayangkan kerana ianya bergantung kepada kualiti gambar yang anda akan ubah seperti tahap contrast, pencahayaannya dan lain-lain. Selain itu, Photoscape adalah perisian percuma, jadi tools yang ada tidaklah sehebat perisian berbayar seperti Adobe Photoshop.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

Langkah 1 - Run Photoscape, kemudian pilih option Editor.


Langkah 2 - Browse gambar yang anda ingin tukarkan dan klik pada gambar tersebut. Paparannya akan keluar pada work space di sebelah kanan.



Langkah 3 - Jika anda rasa saiz gambar anda terlalu besar, anda boleh kecilkan saiznya. Klik di sini untuk cara kecilkan gambar. Seterusnya, klik Filter-----> Pictorialization-----> Pencil



Langkah 4 - Pilih amaun Pen Thickness dan Deepen dengan cara gerakkan slider ke kiri dan kanan. Pastikan checkbox preview ditick untuk anda lihat hasil yang akan anda dapat. Setelah selesai, klik OK.



Tahniah! Anda telah berjaya mencipta kelainan pada gambar anda. Anda memang HEBAT!

1 ulasan :

  1. wah cantik gmbr 2..tutorial yg bagus..thanks cikgu :)

    BalasPadam

Pengikut