Facebook

Petang tadi saya layan permintaan isteri untuk daftarkan akaun facebooknya. Katanya kawan lama di universiti nak berhubung melalui facebook. Jadi, sambil2 daftar saya print screen sekali cara-cara nak daftar tu. Ramai yang dah tahu ni tapi


saya percaya ramai lagi yang sama kategori dengan isteri saya, kurang ambil peduli dengan facebook ni disebabkan kekangan masa. Bila nak gunakan baru la tercari2 tutorial..kalau ada suami atau kawan2 yang tahu mujur la.

Berikut ialah cara nak daftarkan akaun facebook anda.

Langkah 1
Buka laman web facebook. Alamat url dia www.facebook.com. Anda akan dapat paparan seperti di bawah.


Langkah 2
Isikan maklumat yang diminta di ruangan sign up.


Langkah 3
taipkan dua perkataan yang diberi sebagai security check. Jarakkan perkataan tersebut dengan satu spacing.


Langkah 4
Bila anda dapat papapran seperti ini, anda boleh mulakan carian kawan2 anda melalui akaun emel anda. Jika anda tidak mahu boleh klik pada skip this step.


Langkah 5
Sekarang anda boleh masukkan nama sekolah dan juga ipt atau kolej tempat anda pernah belajar. Ini adalah untuk memudahkan facebook mencari kawan2 anda seterusnya memaklumkan kepada anda wujudnya akaun kawan2 anda itu.


Langkah 6
Seterusnya anda boleh masukkan gambar anda samada yang sedia ada dalam hard disk atau anda boleh gunakan webcam untuk snap photo anda.


Langkah 7
Now, it's done! Anda boleh gunakan akaun facebook anda tetapi sebelum itu pastikan anda semak mailbox emel anda dan klik comformation link dalam emel yang dihantar facebook kepada anda.



3 ulasan :

  1. salams

    Bagus-bagus...saling tolong menolong antara satu sama lain..

    kadang-kadang kan cikgu,di luar sana meme ramai yang dok dengar pasai facebook nie..Namun segan nak bertanya ..Alhamdulillah....dengan keperihatinan cikgu nie dapat membantu mereka yang masih belum biasa dengan bab-bab mendaftar facebook nie..Mudah-mudahan dapat memanfaatkan semua..InsyaAllah..

    Begitulah seorang cikgu yang berjiwa PENDIDIK ...x kira kat mana-mana pun sure nak tolong orang.Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. dah bukak acc. senyap gitu je...tp sari dua ni, aktifkan balik....tu pun belajar dengan anak

    BalasPadam
  3. Salam. Ilmu yang berguna tu. Sharing is caring..

    BalasPadam

Pengikut