Tips Blogging - Ping Your Blog To Increase Traffic


Anda mempunyai blog anda sendiri? Anda sentiasa mengemaskini blog anda tetapi anda dapati bilangan pengunjung yang melawat blog anda masih kurang? Pening bagaimana memikirkan cara untuk menarik trafik ke blog anda? Salah satu cara yang anda boleh gunakan ialah ping blog anda. Apakah ping?


Menurut wikipedia, dalam konteks blogging, ping adalah satu mekanisma berpaksikan XML-RPC di mana sebuah weblog memberitahu sesebuah pelayan yang content/isinya telah dikemaskini. Jadi, untuk ping blog anda adalah suatu kemestian. Selepas anda mengemaskini blog anda dengan kandungan baru, anda harus ping blog anda dengan perkhidmatan ping sehingga mesin pencari (search engine seperti yahoo atau google) menyedari tentang maklumat terbaru di blog anda.

Ada begitu banyak perkhidmatan ping yang disediakan di internet dengan kualiti dan kemampuan yang berbeza. Jika anda mencari satu yang baik, mungkin anda perlu cuba Pingler. Perlu ditegaskan bahawa setiap perkhidmatan ping memiliki kualiti dan kemampuan yang berbeza. Kualiti mereka didasarkan pada kelajuan, dan jumlah perkhidmatan ping yang mereka sediakan. Saya menggunakan Pingler sebagai perkhidmatan ping blog saya kerana kelajuan luar biasa, dan menawarkan begitu banyak perkhidmatan ping. Jika anda tertarik, anda boleh melawat Pingler dan mencubanya.

Namun begitu anda perlu ingat dua perkara ini:

1. Hanya ping blog anda jika anda telah menambah kandungan baru pada blog anda,
2. Jangan cuba untuk melakukan ping ke blog anda lebih dari 1 kali dalam satu hari (24 jam)

Anda tidak perlu melakukan dua hal di atas, melainkan jika anda ingin blog anda dianggap sebagai spam blog. Jadi, terus mengemaskini blog anda sehari-hari, sehingga anda boleh ping sekerap mungkin (sekali sehari), dan akan memberikan kesan baik untuk kedudukan anda pada enjin pencari.

Selamat berblogging!

4 ulasan :

Pengikut