Kesibukan yang melampau


Dalam satu hadith, Rasulullah saw bersabda,

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.

” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu”
riwayat Muslim.

Dalam pada kita meniti kehidupan sehari-hari, ada kalanya kita terasa betapa begitu masa menghambat kita. 24 jam yang diperuntukkan kepada kita dalam sehari bagaikan tidak cukup untuk kita menyelesaikan segala perkara yang dirancang ataupun terbeban di bahu kita untuk dilaksanakan.

Bila keadaan itu berlaku, kita harus menguruskan masa kita sebaik mungkin. Perkara yang penting harus didahulukan selain perkara rutin yang biasa kita lakukan setiap hari. Mari kita renungkan beberapa kata-kata hikmah mengenai masa : a) Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
b) Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
c) Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.

p/s : Dalam beberapa hari ini, saya mengalami kesibukan yang melampau. Mohon maaf pada rakan-rakan blogger tidak sempat menjenguk anda.

Sabun Tahan Mengantuk - Betul ke tahan?




Saya taipkan entri ni mungkin di luar skop pendidikan namun rasanya kita boleh ambil sedikit sebanyak pengalaman yang saya ingin kongsikan. Sekarang di Malaysia orang kita memang berminat dengan multi level marketing. Macam-macam produk yang dipromosikan dari ubat-ubatan hinggalah barang-barang kereta. Salah satu yang saya nak cerita di sini tentang sabun tahan mengantuk Aqura. Sebelum tu, saya bukan nak promosikan produk ni just nak share pengalaman saya menggunakannya.

Saya beli sabun ni dari tukang masak kantin sekolah. Katanya sabun ni memang diakui berkesan, tahan mengantuk hingga 4 jam. Saya pun agak berminatlah sebab tiap kali cuti sekolah saya dan family akan travel jauh dari Johor ke Kuala Terengganu (kampung isteri). Isteri memang boleh drive tapi biasalah kita suami-suami ni, agak kurang yakin bila wife yang drive. Betul tak? So, the journey usually takes 10 to 12 hours (termasuk berhenti rehat uruskan anak-anak kecil). Start driving dari Johor ok lagi..masuk Pahang still maintain. Masuk Terengganu mata dah mula berat je.


Semalam baru ada chance nak cuba keberkesanan sabun tahan mengantuk ni. Saya dan family nak jemput mak saya yang baru balik dari umrah di KLIA. Ikut jadual penerbangan, dijangka landing kat KLIA dalam pukul 5 petang. Saya bertolak dari rumah di Simpang Renggam jam 8.00 pagi. (Bertolak awal sebab nak singgah2 Melaka dan Nilai3 bawa anak-anak berjalan. Orang kampung saya cakap "killing two birds with one stone". Sambil menyelam minum air lah tu). Masa tu belum guna lagi sabun tahan mengantuk ni.

Sampai Melaka dalam jam 10 pagi, round2 then pas lunch dalam jam 2 petang start bertolak ke Nilai pulak. Petang-petang lepas lunch, perut dah penuh mata sure mengantuk. On the way, saya singgah RnR Ayer Keroh dan basuh muka ngan lengan guna sabun tu. Pas tu sambung driving, sepanjang jalan ke Nilai plus ronda2 kat Nilai mata memang maintain je ok. Rasa fresh je muka.
Budak berdua ni nak beli macam-macam kat Stadhyus.

Then, fetched my mother kat KLIA dalam jam 7.oo bertolak balik ke Johor. Pas dinner dan solat kat RnR Ayer Keroh sekali lagi saya applied sabun tu kat muka dan lengan. Masa tu memang badan pun dah rasa letih, mata pun dah berat. Then, drove balik tahan dalam 20 minit je mata ni segar. Pastu mengantuk nyer rasa, mujur la dah dekat ngan rumah. Sampai rumah je, letak kepala kat bantal terus tidur tak sedar-sedar sampai pagi.

So, conclusionnya : Betul ke sabun tu buat kita tahan mengantuk? Pada saya, yes depends on our bodies' condition. Kalau badan ok, berkesan gak but kalau badan dah letih sangat, kita makan pun sabun tu tak berkesan kot. hehe..

Ada komen?

Tong Gas Meletup - Safety Tips




ALOR SETAR - Sepasang suami isteri melecur teruk di muka, tangan dan badan apabila tong gas di dapur rumah mereka di Taman Impian, Kota Sarang Semut tiba- tiba meletup dan menyambar pasangan itu kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu, Che Nah Abdul Rahman, 45, dan suaminya Yusni Othman, 35, dikejarkan ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana mengalami kecederaan teruk.



Berita tentang kemalangan akibat tong gas meletup sering terpapar di dada-dada akhbar mahupun dalam siaran berita televisyen. Kesan yang diakibatkan daripada tong gas meletup adalah amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Apakah iktibar atau pengajaran yang kita boleh ambil dari berita-berita tersebut?

Asasnya, keselamatan adalah perkara utama yang kita harus ambilkira. Berikut saya senaraikan beberapa tips dan input dari laman web Petronas berkaitan keselamatan pengunaan tong gas memasak agar kita boleh jadikan langkah pencegahan seterusnya memastikan keselamatan kita dan anak-anak serta isi rumah kita terjamin.

Tip 1: Do's dan Dont's

a. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
b. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
c. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
d. Jauhkan kedudukan langsir dari dapur memasak.
e. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
f. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
g. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
h. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Tip 2: Mengesan kebocoran gas

a. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
b. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
c. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
d. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan kepala gas ialah dengan menggunakan air sabun

dan perhatikan jika terbit buih-buih sabun pada tempat tersebut.

Tip 3: Langkah Pencegahan

Periksa kepala gas, saluran gas dan klip secara berjadual dan cepat-cepat gantikan jika ianya sudah rosak. Adalah

dicadangkan anda menggantikan saluran gas dan klip setiap dua tahun, dan kepala gas setiap lima tahun.

Tip 4: Apa yang perlu dibuat jika terdapat kebocoran gas?

a. Matikan kepala gas dan juga api dapur memasak.
b. Buka semua tingkap dan pintu.
c. Jangan on/off apa-apa peralatan elektrik atau suis.
d. Tunggu hingga tiada bau gas sebelum mula menggunakan dapur memasak semula.





See how creative the Japanese are..how about us?

Gambar di atas menunjukkan petani-petani di Jepun sedang menanam padi. Gambarannya kelihatan sama dengan apa yang kita biasa lihat di negara kita di sawah-sawah di Dataran Kedah-Perlis contohnya. Petani-petani tersebut sedang bekerja sesama mereka dengan tekun.

Jom kita lihat gambar kawasan sawah padi tersebut setelah padi-padi yang ditanam semakin membesar.

Gambar 1 : Anak-anak padi mula kelihatan.

Gambar 2 :Eh! Kelihatan ada gambaran ombak di sawah padi tersebut.

Gambar 3 : Corak ombak semakin ketara.
Gambar 4 : Padi semakin membesar.

Gambar 5 :

Wow! is that amazing? to me, yes. Bagaimanakah padi-padi tersebut ditanam sebegitu rupa hingga menghasilkan satu landskap yang menarik? Sebenarnya mereka menanam padi-padi yang berlainan warna secara tersusun dan rekaletak setiap cucukan anak padi tersebut telah dirancang dengan teliti.

Jom lihat secara close up!

Kelihatan pokok padi yang berlainan warna.


Pengajaran buat kita : Setiap apa yang kita buat perlukan perancangan. There's an English saying " If you fail to plan, you are planning to fail ". Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita harus pastikan kita tahu apa yang kita hendak capai dan seterusnya kita gariskan apa yang kita perlu lakukan untuk capai matlamat kita.

Gambar2 di atas saya dapat melalui emel dari seorang rakan guru.



Search dengan MyLook - Anda dibayar?



Anda pernah dengar tentang MyLook? Ramai blogger yang biasa menjana pendapatan melalui internet telahpun menggunakan MyLook. MyLook ialah sebuah enjin carian yang baru wujud pada tahun 2010 ini. Apakah kelainan MyLook berbanding enjin carian lain seperti Google, Yahoo dan lain-lain?

MyLook ialah sebuah enjin carian yang membayar mereka yang menggunakannya. Untuk setiap carian yang pengguna lakukan melalui MyLook, pengguna tersebut akan diberi 1 syer yang bernilai $0.22. Setiap hari, MyLook akan memberi maksimum 5 syer kepada pengguna yang menggunakannya untuk 5 carian terawal.

Berikut adalah sedikit soalan-soalan yang biasa ditanya (FAQ) tentang MyLook.

Apakah MyLook?

MyLook adalah sebuah perkhidmatan carian internet yang memberikan penghargaan kepada penggunanya dengan cara mengembalikan hasil dari bayaran iklan (dalam bentuk syer)yang diletakkan di enjin carian tersebut.

Adakah syer tersebut syer yang sebenarnya?

Tidak. Syer tersebut bukanlah syer berdaftar dalam sistem kewangan. Walaupun begitu, pengguna akan dibayar melalui syer tersebut.

Bagaimana saya boleh mendapatkan syer?

Melakukan carian di MyLook.com. Daftar akaun dengan emel andap, log in dan lakukan carian dan anda akan mendapat syer. Setelah anda mengumpulkan "beberapa syer*" anda akan menerima emel dari MyLook untuk maklumat pembayaran.

* Tidak dinyatakan berapa jumlah syer terkumpul sebelum bayaran boleh dibuat.

Berapa banyak syer yang boleh saya dapatkan?

Anda mendapatkan 1 syer bagi setiap carian yang anda lakukan, dengan jumlah maksimum 5 syer sehari. Anda boleh melakukan lebih dari 5 carian, tetapi anda hanya boleh mendapatkan 5 syer pada setiap hari. Namun begitu, anda boleh mendapatkan lebih dari 5 syer sehari dengan cara anda memperkenalkan kepada rakan anda untuk menggunakan MyLook.



Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Jom daftar dan dapatkan syer anda. Sehari anda boleh kumpulkan minimun 5 syer yang bernilai $1.10. Kita tidak rugi apa-apa dengan mendaftar. Klik di sini untuk daftar.


Updated as on 18 April 2010 : MyLook tidak dapat diakses sejak 4 hari lalu. Mungkin jawapan bagi soalan di tajuk entri ini ialah = Siapa senang-senang nak bayar just untuk wat searching je?hehe...Apapun, jangan kecewa. Rezeki untuk kita ada di mana-mana.

Commonly Misused English Phrases - "How are you?" vs "How do you do?"

When you meet someone and he/she greets you with "How do you do?", what should be your response? I bet some of us used to reply with "I'm fine." Is that the proper response?



How do you do?

This is not a question. It is another, very formal way of saying "Hello." It is also very British.

The correct response is;
"Pleased to meet you." or
"How do you do." or
just "Hello."
We only really use it the first time we meet someone.



How are you?

This is a question, but the person asking it doesn't really want to know the truth about your aching back or hangover.

A polite response is;
"I'm fine thanks. And you?"


Showing related post - an alternative to Link Within

Link Within? rasanya 90% blogger tahu tentangnya. Kebanyakan blogger menggunakan widget Link Within dalam blog mereka. Kebaikkan menggunakan Link Within ini sememangnya diakui kerana ia meningkatkan jumlah bacaan entri yang ada dalam blog kita kerana ia akan memaparkan link ke entri-entri yang berkaitan seterusnya menarik minat pembaca untuk terus berlayar dalam blog kita. Namun begitu, mungkin bagi sesetengah orang (saya terutamanya)paparan Link Within yang terlalu banyak pada frontpage blog menyesakkan pandangan mata terutama bagi blog yang menggunakan fungsi Read More seperti paparan blog saya di bawah. Jom kita lihat..




Saya telah menemui satu website www.bloggerplugins.org yang memaparkan tutorial bagaimana memaparkan entri berkaitan seakan Link Within tetapi hanya pada full page sesuatu posting sahaja dan bukannya pada frontpage blog.

Hasilnya setelah saya buat pada blog saya seperti dalam gambar.


(Lihat tiada paparan entri berkaitan pada frontpage)


(Paparan entri berkaitan ada pada full page sesuatu post)

Di sini saya kongsikan tutorial tersebut. Kredit kepada www.bloggerplugins.org

Langkah 1
Login ke blogger dashboard kemudian klik Layout > Edit HTML dan tick pada "Expand Widget Templates" check box.

Langkah 2
Cari kod:

</head>

Gantikan dengan kod berikut :
<!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles Start-->
<!-- remove --><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<style type="text/css">
#related-posts {
float:center;
text-transform:none;
height:100%;
min-height:100%;
padding-top:5px;
padding-left:5px;
}

#related-posts h2{
font-size: 1.6em;
font-weight: bold;
color: black;
font-family: Georgia, &#8220;Times New Roman&#8221;, Times, serif;
margin-bottom: 0.75em;
margin-top: 0em;
padding-top: 0em;
}
#related-posts a{
color:black;
}
#related-posts a:hover{
color:black;
}

#related-posts a:hover {
background-color:#d4eaf2;
}
</style>
<script type='text/javascript'>
var defaultnoimage="http://1.bp.blogspot.com/_u4gySN2ZgqE/SosvnavWq0I/AAAAAAAAArk/yL95WlyTqr0/s400/noimage.png";
var maxresults=5;
var splittercolor="#d4eaf2";
var relatedpoststitle="Related Posts";
</script>
<script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/related-posts-with-thumbnails-for-blogger-pro.js' type='text/javascript'/>
<!-- remove --></b:if>
<!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles End-->
</head>

Langkah 3
Cari pula kod berikut
<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>

(jika tiada, cari kod berikut)
<p class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Letakkan kod berikut di bawah kod yang anda telah jumpa tadi
<!-- Related Posts with Thumbnails Code Start-->
<!-- remove --><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='related-posts'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>
</b:if>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels_thumbs&amp;max-results=6&quot;' type='text/javascript'/></b:loop>
<script type='text/javascript'>
removeRelatedDuplicates_thumbs();
printRelatedLabels_thumbs(&quot;<data:post.url/>&quot;);
</script>
</div><div style='clear:both'/>
<!-- remove --></b:if>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'><b:if cond='data:post.isFirstPost'>
<a href='http://www.bloggerplugins.org/2009/08/related-posts-thumbnails-blogger-widget.html'><img style="border: 0" alt="Related Posts Widget For Blogger with Thumbnails" src="http://image.bloggerplugins.org/blogger-widgets.png" /></a><a href='http://www.bloggerplugins.org/' ><img style="border: 0" alt="Blogger Widgets" src="http://image.bloggerplugins.org/blogger-widgets.png" /></a>
</b:if></b:if>
<!-- Related Posts with Thumbnails Code End-->

Langkah 4
Anda boleh tentukan bilangan entri berkaitan yang anda ingin paparkan dengan edit kod berikut
var maxresults=5;


Selamat Mencuba!

Uninstall program dengan Revo Uninstaller

Sebagai penyelaras makmal komputer sekolah, saya bertanggungjawab memastikan semua komputer dan notebook berada dalam keadaan selamat digunakan. Dalam erti kata lain, ianya bersih dari ancaman virus dan sebagainya. Perisian anti virus yang digunakan di sekolah ialah Kaspersky Anti Virus. Ada ketikanya komputer mengalami masalah dan terpaksa diformat. Selepas diformat, saya terpaksa install perisian anti virus percuma dahulu sementara menunggu technician dari vendor yang dilantik Kementerian datang untuk install KAV. (Sekolah tidak dibekalkan dengan installer KAV). Apabila technician datang, perisian anti virus percuma tadi perlu diuninstall sebelum proses installasi KAV dapat dibuat. Namun begitu, kadang-kadang proses uninstall yang dibual melalui Add Remove Program dalam Windows tidak dapat membuang kesemua fail berkaitan, jadi KAV tidak dapat diinstall. Satu program freeware yang dipanggil Revo Uninstaller dapat mengatasi masalah tersebut.



Revo Uninstaller adalah utiliti uninstall freeware yang inovatif dan ianya jauh lebih laju dari Windows Add / Remove applet. Dengan algoritma yang canggih dan cepat, Revo Uninstaller akan menjalankan proses scan sebelum dan selepas anda uninstall sesuatu program. Setelah proses uninstall berjalan, anda boleh delete fail, folder dan registry key yang tidak perlu yang biasanya tertinggal pada komputer anda.



Jom download Revo Uninstaller di sini.

Commonly Misused English Words - Borrow and Lend



Some of my pupils have a confusion when to use borrow and lend properly. To them, the basic idea behind both words is similar that is "pinjam". That is true indeed but there is a diference between borrow and lend.


To lend:

Meaning: to hand out usually for a certain length of time.

Banks lend money.
Libraries lend books.

For example: "My mother lent me some money, and I must pay her back soon."

To borrow:

Meaning: to take with permission usually for a certain length of time.

You can borrow money from a bank to buy a house or a car.
You can borrow books for up to 4 weeks from libraries in England.

For example: "I borrowed some money off my mother, and I must pay her back soon."

URL terlalu panjang? Jom pendekkan



Kebanyakan kita menggunakan blogspot sebagai platform blog kita. Katakanlah kita memilih untuk menggunakan url "ceritahidupaku" maka ia akan jadi www.ceritahidupaku.blogspot.com. Wah! panjangnya url kita. Nak bagitau kawan-kawan pun susah nak diingati. Apa kata kita pendekkan url kita dengan PERCUMA?


Sebelum ini url blog saya ialah www.mishafie.blogspot.com. Susahnya nak menaip panjang-panjang especially bila nak tinggal jejak di blog yang kita lawati. Akhirnya saya terjumpa satu website yang menawarkan servis untuk memendekkan url yang panjang. Website tersebut ialah Dot TK.

Jom saya tunjukkan caranya.

1. Pergi ke website Dot TK. Taipkan url blog anda selepas dapat paparan seperti ini.



2. Dot TK akan mencadangkan url yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh menggunakan url yang anda inginkan tetapi tertakluk kepada availability(Tak dapat recall apa perkataan ni dalam BM).


3. Taipkan karekter seperti yang terpapar.

4. Skrol ke bawah dan klik Confirm.



Selamat Berblogging

Pengikut