Kesibukan yang melampau


Dalam satu hadith, Rasulullah saw bersabda,

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.

” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu”
riwayat Muslim.

Dalam pada kita meniti kehidupan sehari-hari, ada kalanya kita terasa betapa begitu masa menghambat kita. 24 jam yang diperuntukkan kepada kita dalam sehari bagaikan tidak cukup untuk kita menyelesaikan segala perkara yang dirancang ataupun terbeban di bahu kita untuk dilaksanakan.

Bila keadaan itu berlaku, kita harus menguruskan masa kita sebaik mungkin. Perkara yang penting harus didahulukan selain perkara rutin yang biasa kita lakukan setiap hari. Mari kita renungkan beberapa kata-kata hikmah mengenai masa : a) Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
b) Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
c) Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.

p/s : Dalam beberapa hari ini, saya mengalami kesibukan yang melampau. Mohon maaf pada rakan-rakan blogger tidak sempat menjenguk anda.

1 ulasan :

  1. Kerana kesibukan kita juga terpaksa mengejar masa. Urus masa dengan baik, kehidupan pun makin baik.

    BalasPadam

Pengikut