Sabun Tahan Mengantuk - Betul ke tahan?




Saya taipkan entri ni mungkin di luar skop pendidikan namun rasanya kita boleh ambil sedikit sebanyak pengalaman yang saya ingin kongsikan. Sekarang di Malaysia orang kita memang berminat dengan multi level marketing. Macam-macam produk yang dipromosikan dari ubat-ubatan hinggalah barang-barang kereta. Salah satu yang saya nak cerita di sini tentang sabun tahan mengantuk Aqura. Sebelum tu, saya bukan nak promosikan produk ni just nak share pengalaman saya menggunakannya.

Saya beli sabun ni dari tukang masak kantin sekolah. Katanya sabun ni memang diakui berkesan, tahan mengantuk hingga 4 jam. Saya pun agak berminatlah sebab tiap kali cuti sekolah saya dan family akan travel jauh dari Johor ke Kuala Terengganu (kampung isteri). Isteri memang boleh drive tapi biasalah kita suami-suami ni, agak kurang yakin bila wife yang drive. Betul tak? So, the journey usually takes 10 to 12 hours (termasuk berhenti rehat uruskan anak-anak kecil). Start driving dari Johor ok lagi..masuk Pahang still maintain. Masuk Terengganu mata dah mula berat je.


Semalam baru ada chance nak cuba keberkesanan sabun tahan mengantuk ni. Saya dan family nak jemput mak saya yang baru balik dari umrah di KLIA. Ikut jadual penerbangan, dijangka landing kat KLIA dalam pukul 5 petang. Saya bertolak dari rumah di Simpang Renggam jam 8.00 pagi. (Bertolak awal sebab nak singgah2 Melaka dan Nilai3 bawa anak-anak berjalan. Orang kampung saya cakap "killing two birds with one stone". Sambil menyelam minum air lah tu). Masa tu belum guna lagi sabun tahan mengantuk ni.

Sampai Melaka dalam jam 10 pagi, round2 then pas lunch dalam jam 2 petang start bertolak ke Nilai pulak. Petang-petang lepas lunch, perut dah penuh mata sure mengantuk. On the way, saya singgah RnR Ayer Keroh dan basuh muka ngan lengan guna sabun tu. Pas tu sambung driving, sepanjang jalan ke Nilai plus ronda2 kat Nilai mata memang maintain je ok. Rasa fresh je muka.
Budak berdua ni nak beli macam-macam kat Stadhyus.

Then, fetched my mother kat KLIA dalam jam 7.oo bertolak balik ke Johor. Pas dinner dan solat kat RnR Ayer Keroh sekali lagi saya applied sabun tu kat muka dan lengan. Masa tu memang badan pun dah rasa letih, mata pun dah berat. Then, drove balik tahan dalam 20 minit je mata ni segar. Pastu mengantuk nyer rasa, mujur la dah dekat ngan rumah. Sampai rumah je, letak kepala kat bantal terus tidur tak sedar-sedar sampai pagi.

So, conclusionnya : Betul ke sabun tu buat kita tahan mengantuk? Pada saya, yes depends on our bodies' condition. Kalau badan ok, berkesan gak but kalau badan dah letih sangat, kita makan pun sabun tu tak berkesan kot. hehe..

Ada komen?

21 ulasan :

  1. hehe.. kena kaji dari segi sains ni.

    BalasPadam
  2. huh... dah beli sabun ni... tp dah terbiar.. sekali pakai jer.. sebab selalu boleh tahsn mata.. pki sabun ni.. tido pyh nk bgn.. buang dah 10hinggit

    BalasPadam
  3. Salam cikgu Idris.

    Saya tak pernah jumpa sabun ni di Keningau Sabah. Agaknya mahal harganya ya. Apapun kita bagus juga menggunakan sabun yang orignal halal.

    BalasPadam
  4. penah tau pasal sabun ni..tapi x penah cube..sebab selalu kalo stay up untuk stdy just amik wuduk je segar la mate..

    seorang suami kurang yakin bile isteri drive..tapi seorang bapa sangat yakin bile anak perempuannya yang drive..hehe

    BalasPadam
  5. Em, betul kata cikgu tu, kalau badan penat nak mampus, pakai sekilo pun tak berkesan jugak.. :)

    BalasPadam
  6. To Tok Nabe :

    Tunggu testimoni dari doktor or saintis yang guna sabun ni..kalau ikutkan dalam iklan sabun ni ada gak dia cite dari aspek saintifiknya tu

    BalasPadam
  7. To Mohd Danial & Nurul Syuhada:

    Oh! ye ke payah nak bangun? saya guna tu esoknya jam 5 pagi dah terjaga. Biasa jam 5.30 baru bangun. Tapi mungkin malam tu tidur awal.

    BalasPadam
  8. To etuza:

    Sabun ni harga dia RM10 seketul. Kecil je saiznya. Keningau mungkin belum ada stokis kot.

    BalasPadam
  9. To dayangredzuan:

    Bagus la ambil wudhu' sebelum study. Lebih berkat.
    Saya kalau my daughter besar nanti agaknya tak yakin gak kalau dia drive. To me, biarlah saya yang drive sebab dah tanggungjawab saya 4 my family safety.

    BalasPadam
  10. To AMR:

    Hehe..tau takpe. Apapun jangan paksa badan kita wat something yg membebankan and at the same time kita tak bagi dia berehat.

    BalasPadam
  11. ada rmai gak yg ckp sabun ni berkesan gak

    BalasPadam
  12. ader juga tgok dari jauh... setakat ni kalo ngantu layan jer..
    tak elok2 rasanya tahan biji mata.. dapat rehat barang seketika pun jadilah.. lepas tu sambunglah kerja semula.. mungkin kalau terdesak boleh cuba..

    BalasPadam
  13. really can prevent sleepiness? that's cool soap! =)

    BalasPadam
  14. pasal sabun ni, cikgulah orang kedua yang blog .. and dengar kata, giant ada jual.. tapi tak pasti branch mana plak.. bulan depat saya nak exam..maybe i'll try too(if i find the soap on time).. =)

    BalasPadam
  15. salams...

    Pelbagai KAEDAH digunakan untuk mengatasi KEMENGANTUKKAN ketika memandu...dan ia bergantung kepada individu yg 'MENCIPTA'+"SERASI'/"SESUAI' dengan kaedah yang dicipta+dipraktikkan tu..

    Bagi ummi,pemilihan waktu drive adalah penting kerana lazimnya waktu antara 2pm to 4pm tu memang time zon mengantuk...So,kene le elakkan drive masa tu..Anyway,kalau dah ada emergency time tu,kenele drive jugak sambil mengulum gula-gula yang BERMINT FLAVOUR untuk menghindari mengantuk..Disamping itu,sebelum memulakan perjalanan yang jauh,eloklah bersolat sunat sambil mendoakan dipermudahkan perjalanan..InsyaAllah akan dipelihara Allah dari segala bahaya di jalanan..

    BalasPadam
  16. biase lah 2 cikgu..klu dah ngatok +++ letih 2,
    gune ape pun xleh, jgn ckp letak sabbun,
    letak garam kat mate pun xberkesan...

    BalasPadam
  17. baru ingat nak cuba... Nasib baik cikgu dah cuba dulu.. kalau tak rugi 10 inggit

    BalasPadam
  18. Org dolu2 ckp, ubat mengantuk ni cuma tido jek...hehehe..
    Anyway, basuh kedua2 tgn sampai ke lengan skali tak? sbb tu lah yg sepatutnya kita buat skali selain muka..but kalo dh ngantuk sgt, berenti dan dptkan tidur berkualiti mayb 10minute cukup then basuh guna sabun semula..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..nak buat komen gak psl sabun ni sbb saye pn baru smggu guna. hehe..
    name title beso sabun aqura tu tahan ngntuk..tp dia bknla utk tahan ngntuk semata2. dia jugak baek utk kulit. smggu pakai mmg elok la, kurg jerawat tmbul. smkin tggelam ade la. hehe..

    kalo d segi thn ngntuk sbb sabun tu diperbuat drpd karbon. kalo pakai bau dia mcm bau tanah. cara nak pakainya gosok kat muka, pastu gosok kat dua2 tgn. pastu biar selama 2 minit baru bilas. kat situ cas kat bdn kite dikatakan +ve. so, mmg tak digalakkan pakai jam lps pkai sabun tu. supaya cas2 tak ditarik balik dgn cpt. ngntuk pn dpt thn dn lbh lame.
    tp tu teori je.

    praktikalnya..saye pakai ttp rase ngntuk gak.ahak..bak kate tuan tanah kedaung..tgk org gak kot.:P

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum mne nk bli sabun ni ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu sekarang ada jual lagi ke tidak

      Padam

Pengikut