See how creative the Japanese are..how about us?

Gambar di atas menunjukkan petani-petani di Jepun sedang menanam padi. Gambarannya kelihatan sama dengan apa yang kita biasa lihat di negara kita di sawah-sawah di Dataran Kedah-Perlis contohnya. Petani-petani tersebut sedang bekerja sesama mereka dengan tekun.

Jom kita lihat gambar kawasan sawah padi tersebut setelah padi-padi yang ditanam semakin membesar.

Gambar 1 : Anak-anak padi mula kelihatan.

Gambar 2 :Eh! Kelihatan ada gambaran ombak di sawah padi tersebut.

Gambar 3 : Corak ombak semakin ketara.
Gambar 4 : Padi semakin membesar.

Gambar 5 :

Wow! is that amazing? to me, yes. Bagaimanakah padi-padi tersebut ditanam sebegitu rupa hingga menghasilkan satu landskap yang menarik? Sebenarnya mereka menanam padi-padi yang berlainan warna secara tersusun dan rekaletak setiap cucukan anak padi tersebut telah dirancang dengan teliti.

Jom lihat secara close up!

Kelihatan pokok padi yang berlainan warna.


Pengajaran buat kita : Setiap apa yang kita buat perlukan perancangan. There's an English saying " If you fail to plan, you are planning to fail ". Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita harus pastikan kita tahu apa yang kita hendak capai dan seterusnya kita gariskan apa yang kita perlu lakukan untuk capai matlamat kita.

Gambar2 di atas saya dapat melalui emel dari seorang rakan guru.



12 ulasan :

  1. cantek nyee.. eh, mmg ade eh padi kale putih?? padi ape tu ye??

    BalasPadam
  2. Memang kreatif... bila kreatif cantik jadinya.

    BalasPadam
  3. wahh padi pe warna warni ni ye. kreatif

    BalasPadam
  4. To ramlah ram and nuriz:

    tak sure padi pe yang kaler putih tu but orang jepun ni biasa la..suka memvariasikan apa yang ada..

    BalasPadam
  5. To TokNabe :

    Betul..betul..betul!

    BalasPadam
  6. creative!!!

    i bet they have been planning it for weeks before they were actually executing it on the rice field.

    :D

    BalasPadam
  7. Salam Ziarah..

    Sangat kreatif dan unik..Tambah semangat bekerja kalau di buat macam ni.. ;)

    BalasPadam
  8. pengajaran yang boleh diambil adalah setiap masalah boleh selesai... allah memang menyuruh hambanya berfikir dan berfikir seterusnya berfikir tentang kekuasaanya agar kita menjadi hamba-hambanya yang soleh dan solehah.

    BalasPadam
  9. gambar 5 nampak mcm.. ermm pho... ermm no komen..

    BalasPadam
  10. SubhanALLAH. Itulah gunanya akal yang dianugerahi ALLAH kepada hambaya. Untuk digunkan dengan sebaik2nya

    "Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil." ( Saidina Ali Abi Talib).

    :)

    BalasPadam
  11. Incredible...our Malaysian should do something like this...can be a tourist attraction...thank you Cikgu Idris.

    BalasPadam

Pengikut