Uninstall program dengan Revo Uninstaller

Sebagai penyelaras makmal komputer sekolah, saya bertanggungjawab memastikan semua komputer dan notebook berada dalam keadaan selamat digunakan. Dalam erti kata lain, ianya bersih dari ancaman virus dan sebagainya. Perisian anti virus yang digunakan di sekolah ialah Kaspersky Anti Virus. Ada ketikanya komputer mengalami masalah dan terpaksa diformat. Selepas diformat, saya terpaksa install perisian anti virus percuma dahulu sementara menunggu technician dari vendor yang dilantik Kementerian datang untuk install KAV. (Sekolah tidak dibekalkan dengan installer KAV). Apabila technician datang, perisian anti virus percuma tadi perlu diuninstall sebelum proses installasi KAV dapat dibuat. Namun begitu, kadang-kadang proses uninstall yang dibual melalui Add Remove Program dalam Windows tidak dapat membuang kesemua fail berkaitan, jadi KAV tidak dapat diinstall. Satu program freeware yang dipanggil Revo Uninstaller dapat mengatasi masalah tersebut.



Revo Uninstaller adalah utiliti uninstall freeware yang inovatif dan ianya jauh lebih laju dari Windows Add / Remove applet. Dengan algoritma yang canggih dan cepat, Revo Uninstaller akan menjalankan proses scan sebelum dan selepas anda uninstall sesuatu program. Setelah proses uninstall berjalan, anda boleh delete fail, folder dan registry key yang tidak perlu yang biasanya tertinggal pada komputer anda.



Jom download Revo Uninstaller di sini.

3 ulasan :

  1. Cikgu,
    Revo uninstaller ni boleh guna utk semua jenis antivirus ke??
    sbb saya penah jumpa satu tools untuk uninstall Avast sahaja. klu tak silap nama dia awscleaner. kalau Revo boleh guna utk semua antivirus, lagi bagus. tak yah download yang lain dah.

    BalasPadam
  2. To nirelwof

    So far saya belum pernah cuba uninstall avast guna revo uninstaller ni..tapi AV lain like Avira saya cuba dah ok..

    BalasPadam
  3. TO nirelwof

    Saya pernah mencuba avast, tapi ianya berkesan! avast adalah perisian antivirus yang paling berkesan. tapi sebelum saya menginstallkannya, saya format dahulu. lepas format, saya terus menginstallkannya. lepas itu, saya mengefrezzkannya komputer saya yang hanya berfungsi di windows xp dan windows 2000. jika anda ingin mendownloadnya.

    BalasPadam

Pengikut