Hari Ibu - Dari Perspektif Islam




Sedikit sejarah bagaimana sambutan Hari Ibu wujud. Dahulu, masyarakat Yunani Purba merayakan Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada
Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Komuniti di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montraliayang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Di negara China, sesetengah rakyat China menganggap Hari ibu sebagai hari memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Bolehkah kita sebagai orang Islam sama-sama menyambut Hari Ibu pada hari esok?

Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. "(Muttafaqun Alaih)

Berdasarkan hadith tersebut, ulama' menafsirkan bahawa orang Islam seharusnya mengagungkan HANYA Allah SWT dan bukan selainnya. Jika berlaku penagungan kepada makhluk Allah, maka terjejaslah aqidah seseorang itu.

Di Malaysia, kita orang Islam menyambut Hari Ibu sebagai tanda terima kasih kita kepada insan yang telah mengandungkan, melahirkan, menyusukan, dan pelbagai lagi jasa yang takkan kita dapat balas. Ini adalah bersesuaian dengan ayat Al-Quran dan hadith seperti berikut :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [ Al-Isra’: 23]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [Al-Ankabut: 8]"

"Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu."

Baca artikel asal di sini.

Baca juga Garis Panduan Sambutan Hari Ibu oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Selamat Hari Ibu buat ibu saya Hjh. Rudziah @ Aisyah bt Husin. Terima kasih mak untuk segalanya.

4 ulasan :

  1. Salaam..

    setiap hari saya berusaha untuk membalas jasa ibu.. Insha Allah

    wallahu a'lam..

    BalasPadam
  2. Ibu.. tunjukkan kasih sayang kita padanya ketika dia masih ada.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cikgu,

    good info n reminder..sememangnya jangan kita berlebihan dalam menyambut hari ibu dan ayah pada tarikh2 tertentu..biarlah kasih sayang terhadap mereka berpanjangan.

    BalasPadam
  4. Dalam Islam, setiap hari adalah hari ibu, hari bapa dan hari kasih sayang bukan hanya pada manusia malah pada haiwan dan tumbuhan di sekeliling kita. Yang paling utama ialah kasih sayang kita padaNYA.

    BalasPadam

Pengikut