Pening dengan Maxis Broadband




Siang tadi ada sorang cikgu kat sekolah mengadu masalah dia gunakan Maxis Broadband yang baru dilanggan 2 hari lepas. Katanya dalam dua minit saja connected lepas tu terus senyap je. Dia minta tolong saya settlekan masalah tu. Saya ni pulak belum celik lagi bab-bab broadband service yang disediakan oleh mobile phone operator like maxis, celcom etc..Selama ni tau sikit-sikit pasal streamyx. Tu pun sebab langgan streamyx. Bila orang minta tolong, saya pun nak tak nak kena cakap "Ok, insya Allah nanti saya tolong tengokkan". Dah namanya kat sekolah tu saya ni Penyelaras ICT, so kena la bantu kawan-kawan walaupun kita tak sure boleh buat ke tak. Yang penting cuba dulu.

Malam ni lepas anak-anak dah tidur, saya pun mula la menggodek2 laptop dan broadband modem maxis tu. Mula-mula saya test guna laptop saya, surfing dalam setengah jam ok tak de masalah..cuma biasa la lembab macam kura-kura. Terasa kembali ke zaman dial up pulak. Lepas tu saya try guna laptop cikgu tu, sah! memang laptop dia yang wat hal. Dia pun ada cakap dia dah bawak pergi kedai, cina kedai tu cakap laptop dia yang rosak. Saya pun mula la tengok2 apa yang patut dibuat. Saya uninstall dulu program yang saya rasa mengarut dan saya tak tau (step ni saya hantam je, kot2 jadi). Masa tu saya terjumpa satu program .exe nama dia FlushCode. Nampak macam program yang valid, bila letak cursor kat icon flushcode tu ada discription yg program tu untuk refresh windows icon cache. Bila saya google saya jumpa ni pulak . So, saya delete je la FlushCode tu.

Dah buang-buang tu, saya guna SDFix pulak kot ada trojan ke apa2 ke..then saya wat full scan komputer.

Lepas tu, saya cuba balik maxis broadband tadi. Hmm..still sama sekejap je connected pastu tak boleh surf lagi. Last2 tah macam mana saya try tengok windows firewall laptop tu. Rupanya keluar macam ni..


Dapat lagi satu ilmu baru. Saya google pasal tu pulak dan say dapat info berikut :


After you install Microsoft Windows XP Service Pack 2 (SP2), you cannot start the Windows Firewall service. Specifically, you experience one or more of the following symptoms:

  • Windows Firewall/Internet Connection Sharing (ICS) is not displayed in the Services list in Control Panel.
  • Windows Firewall/Internet Connection Sharing (ICS) is displayed in the Services list, but you cannot start this service.
  • You receive the following error message when you try to access Windows Firewall settings:
    Due to an unidentified problem, Windows cannot display Windows Firewall settings.
This problem is caused by a missing or corrupted SharedAccess.reg file. The SharedAccess.reg file represents the Windows Firewall service.

Note

The Windows Firewall service in Windows XP SP2 replaces the Internet Connection Firewall (ICF) service in earlier versions of Windows XP.



Macamana pulak nak settlekan masalah windows firewall tak diset ni. Saya dapat solutionnya camni :


Start => Run => Type netsh winsock reset then click ok. Restart your computer then check windows firewall again.



Lepas dah settlekan masalah windows frewall tadi (Saya on firewall) dan restart..baru lah maxis berukband broadband tadi dapat function smoothly. Alhamdulillah. Barulah boleh tidur lena malam ni.

14 ulasan :

  1. ntah2 sy nye lptop pon prob gnie gk..wawawa

    BalasPadam
  2. wah...hebat2....bagus tul cikgu nih...
    tahniah laa...saya pun dapat ilmu baru bila baca post nih..
    teerima kasih cikgu (baca dgn intonasi Upin & Ipin)..hehehe

    BalasPadam
  3. to CiK QiQi :
    guna maxis broadband ke?

    BalasPadam
  4. to nirelwof :
    saya try an error je. Alhamdulillah boleh solve problem tu.

    BalasPadam
  5. Maxis ada 3g ke kat simpang? kalau tak ada semput jugak la nak surf internet.

    BalasPadam
  6. To TokNabe :

    Takde tok..kat tempat kita ni keliling pun banyak hutan lagi..hehe..

    BalasPadam
  7. ... dapat pula satu ilmu baru

    tq.

    BalasPadam
  8. to tehr:

    Alhamdulillah dengan izinNya berjaya

    BalasPadam
  9. Salam buat semua,

    Mengikut pengalaman saya, perkhidmatan Maxis Broadband agak terkebelakang berbanding pesaingnya seperti Digi dan Celcom dari segi kualiti dan kawasan liputannya. Baru-baru ini, saya telah melanggan perkhidmatan Maxis BB tanpa mengetahui kawasan liputan penggunaan. Akibatnya saya tidak boleh menggunakannya mengikut yang disangkakan. Untuk pengetahuan semua, saya telah mencuba di 2 kawasan iaitu di kawasan Semerah dan Tongkang Pechah, Batu Pahat. Pengajarannya, sila pastikan dahulu sama ada kawasan anda diliputi dalam perkhidmatan sebelum melanggan Maxis BB. Agen biasanya tidak menyatakan maklumat tersebut sekiranya pelanggan tidak bertanya. Sekian untuk makluman......

    BalasPadam
  10. kdg2 masalah2 camni boleh cari di hujung jari je..googling googling :) pakcik google hebat le

    BalasPadam
  11. to NAZRI KDP14M:

    thanks kongsi pengalaman

    BalasPadam
  12. to nuriz :

    hmm..betul tu. Yang penting kita usaha nak cari solutionnya. Ilmu ada di mana-mana..it's just diri kita je yang nak belajar atau tak.

    BalasPadam
  13. saya baru je terminate Celcom broadband. Plannye nk langgan maxis broadband pulak. Adik kat rumah ni mmg pkai Maxis broadband, tapi slow skit berbandng dengan Celcom. tetapi Maxis ni kelebihan dia, murah skit la banding dgn celcom.

    Dengan pakej yang sama, RM68. Celcom offer speed up to 512kbps, compare dngn Maxis kalau tak silap lebih dr 1Mbps.

    BalasPadam
  14. Sbenarnye Celcom lebih luas liputannya banding maxis. Klu bwk balik kampung or g mana2 celcom broadband akan ada coverage. Tp maxis skrg pn dh mule besaing dengan speed yang lebih laju.
    Klu baru nk cr broadband pilih kuota internet yang lebih besar cam 6GB or lebih( utk mereka yang selalu guna internet).
    Speed 1.5Mbps pn dh cukup laju sbenarnye.

    BalasPadam

Pengikut