Saya perlukan pendapat anda..


Salam buat semua pembaca..

Agak lama saya tidak pos entri baru untuk blog ini. Selain sibuk menyediakan murid-murid yang sedang menduduki ujian percubaan UPSR kali kedua (25 - 27 Mei), saya juga sedang berkira-kira (sedang buat sebenarnya) beberapa perubahan kecil pada laman web rasmi sekolah saya. Sebenarnya, theme untuk laman web itu telah saya tukar akhir tahun lepas dan setakat ini saya masih lagi puas hati dengan paparannya. Satu perkara yang saya masih fikirkan, adakah pengunjung yang datang melawat laman web itu sama pendapatnya dengan saya.

Setelah diupdate dan ditambah sana sini, sekarang saya rasakan yang laman web itu terlalu banyak gambar dan saya tidak pasti adakah orang yang datang melawat terganggu dengan kewujudan gambar dan lain-lain grafik yang ada.

Rakan-rakan blogger saya rasa ada macam-macam pendapat yang boleh bantu saya dapatkan idea terbaik bagaimanakah sepatutnya paparan laman web sekolah. Jika anda ada masa, lawatilah laman web sekolah saya di sini dan harap dapat beri saya komen ya.

Thanks in advance.

5 ulasan :

  1. salam.website sek. cikgu mmg menarik tapi banner2 pautan link kalu letak bahagian bawah pun ok jugak :) sekadar pendapat saya

    BalasPadam
  2. thanks shahim..saya pun rasa banner2 tu mcm crowded sgt.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang gambar yang terlalu banyak memang buat mata sesak. Cuba cikgu aturkan betul2 banner2 tu..nanti ok kot

    BalasPadam
  4. salams cikgu..Blog skul cikgu meme bagus..Dibanjiri pelbagai INFOs yang bagus jugak..macam kata shahim + anonymous...ummi pun rasa sama..

    Mungkin warna temanya yang mempengaruhi..dan mungkin jugak penyusunan 'perkara-perkara' tak sekata..Tak per pelan-pelan arrange..insyaAllah akan menjadi lebih menarik macam blog cikgu yang nie...Ijo sokmo=my favourite colour---->ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  5. To tice :

    Thanks bagi komen yg cukup membina. Insya Allah saya cuba perbaiki dari masa ke semasa. Web tu saya tak boleh lari dari warna biru sebab badge sek theme tu. Blog ni pulak mmg saya prefer hijau. It's my favourite colour too.

    BalasPadam

Pengikut