Terus dikunjungi..


Di Batu Pahat, ada sebuah kedai makan yang terkenal dengan juadah bubur ayam. Kedai makan yang terletak di Jalan Sultanah ini memang biasanya akan dipenuhi oleh penggemar bubur ayam termasuklah saya sekeluarga. Setiap hujung minggu, biasanya kami akan balik ke kampung menjenguk mak dan nya'ie yang tinggal berdua. Apabila sampai di Batu Pahat, anak-anak biasanya akan mengajak pekena bubur dulu sebelum balik ke rumah atuk. Abah dan umminya yang memang regular customer sejak dari budak-budak tu belum wujud lagi pun apa lagi tak lepaskan peluang pekena bubur.

Sejak 3 bulan lepas, bersebelahan kedai bubur ayam ini satu bangunan kedai telah dimulakan pembinaannya. Jadi, bersepah-sepahlah bahan-bahan pembinaan di jalan masuk ke kedai. Walaupun begitu, orang tetap datang ke kedai bubur ini. Kenapa sampai macam tu sekali ek?

Cuba tengok jalan masuk ke kedai bubur tu. Hmm..ada jugak yang sanggup datang ya.


Tunjuk sikit gambar bubur ayam tu. Agak-agak ada yang terliur tak tengok gambar ni?


Asyraf Wajdi penggemar terbaru bubur ayam Batu Pahat.

15 ulasan :

  1. Tak pernah pulak saya ke situ, seronok jugak kalau perkena bubur ni. Bila2 kalau pi BP... boleh juga menyinggah ni.

    BalasPadam
  2. Singgah tok jangan tak singgah. Sambil jalan2 cari makan.

    BalasPadam
  3. Saya pun suka gak makan bubur ayam. Boleh saya tahu kedai ni buka sampai pukul berapa?

    BalasPadam
  4. kalau sedap, redah hutan belantara pon sanggup. hehe

    BalasPadam
  5. to oktant :

    Sampai lewat malam buka lagi..dok dekat batu pahat ke?

    BalasPadam
  6. to MuNsYi SaMa :

    Tu la..yang penting kena establish dulu kat pelanggan..dapat kumpul ramai regular customers, bisnes sure jalan ok nyer

    BalasPadam
  7. wahhh...nampak menyelerakanla bubur tu cikgu...tu anak cikgu eyh...

    BalasPadam
  8. to shee :

    ya Aisyah..tu anak yang kedua n bongsu wat masa ni

    BalasPadam
  9. gi batu pahat makan "mee racun tulang" kat depan maybank tuh

    BalasPadam
  10. kedai tu area mane cikgu..tlg bg landmark..masih ade lg ke kedai tu....

    BalasPadam
  11. hari tu makan bubur ayam dengan yg tersayang.. memang sedap bubur tu... rase mcm nk pergi lagi hehe ;) hope balik yong peng nanti dpat singgah batu pahat lagi hehe... ;) like sgt!

    BalasPadam
  12. Anonymous

    kedai tu kat Jalan Sultanah...ada lagi sekarang dah siap bangunan yg kat depan tu..

    BalasPadam
  13. Mmm.. :) makan ngan org tersayang mmg la sedap kan..

    BalasPadam
  14. hehhehee,, tahu xpe..makan ddgn org tsyg lain fell nye hehe ;) tapi sekarang kat pahang... g rumah bakal mertua nanti boleh la singgah batu pahat makan lagi hehe...

    BalasPadam
  15. boleh x bg details dekat mane kedai tu terletak?

    BalasPadam

Pengikut