Kuda..

Salam buat semua pembaca..

Setelah seminggu lebih saya tak dapat update apa2 dalam blog ni kerana pulang bercuti ke kampung, kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang saya snap sewaktu bercuti di rumah mertua di Terengganu.


Gambar-gambar ini saya snap sewaktu bersiar di waktu petang di kawasan pantai Tok Jembal (di sini terletaknya airport Sultan Mahmud). Apa yang menarik perhatian saya ialah kuda-kuda ini dibiarkan meragut rumput di halaman rumah tanpa diikat. Fenomena yang biasa dilihat di kampung saya di Johor biasanya lembu yang diperlakukan begini.

Kuda-kuda ini biasanya akan dibawa ke tepi pantai pada waktu petang di mana orang ramai akan datang berkunjung untuk berehat sambil makan sotong celup tepung, ikan dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin mencuba untuk menunggang kuda ini, sedikit bayaran akan dikenakan untuk satu dua pusingan.

4 ulasan :

  1. wow kuda belaan tuh..
    leh tunggang langgang neh..haha

    BalasPadam
  2. To nrshasha:

    Mmm..mmg kuda2 tu dilatih untuk ditunggang. Kalau datang ke Terengganu pergi la ke pantai Tok Jembal.

    BalasPadam
  3. pantai Tok Jembal, ada pernah singgah sekali sekala kalau balik kelantan ikut tepi pantai

    BalasPadam
  4. Tok Nabe :

    Skang Tok Jembal dah tak best nak besarkan airport nyer hal..sayang betul pantai cantik terpaksa dikorbankan..

    BalasPadam

Pengikut