World Cup 2010 - Spain juara?

Salam buat semua..

Sejak dua malam lepas, nampaknya peminat-peminat bola dapat tidur dengan cukup. Malam esok dah mula nak berjaga lagi tapi dah tak lama lagi World Cup pun dah nak sampai ke penghujung. Meriah sana-sini orang bercerita tentang bola. Selak-selak suratkhabar pun bahagian sukan penuh cerita dan gambar tentang bola.

Rasa terpanggil, saya pun tuliskan entri tentang bola. Bukan nak mengulas statistik perlawanan, prestasi player yang dianggap bintang..cuma nak berkongsi pasukan yang diramal akan muncul juara.

Saya bukanlah peminat fanatik mana-mana pasukan. Pasukan yang saya sukakan corak permainannyalah pasukan yang saya sokong. Semasa World Cup 2006 di Jerman, saya kagum dengan corak pertahanan kental team italy dan kehebatan counter attack mereka. Jadi, selepas peringkat kumpulan tamat, saya mula menyokong Italy dan saya beli t-shirt ni.

World cup 2010 ni..saya amat sukakan cara permainan pantas team Spain dengan hantaran pendek mereka sejak Euro 2008 lagi. Pada saya, pemain-pemain dalam team yang ada sekarang ni bukan saja punyai skill permainan yang hebat malah cara mereka berfikir juga hebat. Bukan senang untuk mengatur gerakan yang cantik dengan hantaran pendek yang pantas.

Jadi, untuk tahun ni..saya beli t-shirt ni..

Mungkinkah Spain akan jadi juara World Cup edisi 2010 ni?

4 ulasan :

  1. yarghh..spain akan jd juara!!!

    BalasPadam
  2. Akhirnya..Spain telah dinobatkan sebagai juara baru dunia...boleh lah saya terus memakai t-shirt merah tu ke mana-mana :)

    BalasPadam

Pengikut