Cikgu Kurang Mesra Murid = Kena Tumbuk Dengan Murid



Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan video klip seorang murid yang menumbuk gurunya. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Sarawak.

Apa yang saya nak highlightkan dalam entri ini adalah tentang komen yang diberi oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan yang mengatakan guru yang ditumbuk itu kurang mesra murid. Selain itu beliau turut menyelar tindakan seorang lagi guru yang hanya duduk dan memerhatikan insiden itu tanpa berbuat apa-apa untuk menegur murid tersebut.

Itu adalah pandangan wakil kepada ibu bapa. Saya simpulkan beliau meletakkan kesalahan di bahu guru tersebut dengan komen beliau.

Sebagai seorang guru, hati kecil saya berkata.."Apa nak buat, terima jelah nasib kita guru-guru zaman sekarang. "

18 ulasan :

  1. MMG ADE GOLONGAN CIKGU YG KADANG2 BERSIKAP SAMSENG TETAPI TIDAK SMUA CIKGU BERSIKAP DEMIKIAN... SAMA2 KITA MEMBUDAYAKAN SIKAP HORMAT PELAJAR KEPADA GURU DAN HORMAT GURU PADA PELAJARNYA... SELAMI MASALAH KEDUA-DUA PIHAK DENGAN TULUS.

    BalasPadam
  2. sungguh pun kita membenci cikgu...tetapi kita mesti rasa hormat dengan insan yang kita panggil cikgu.pelajar dulu dengan pelajar sekarang amat berbeza dalam menghormati cikgu.sedihnya aku..

    BalasPadam
  3. budak2 dulu mana berani tinggi suara macam tu? nak mati kena lempang laju2 dengan cikgu?
    tengok zaman sekarang ni, budak tu kurang ajar tinggi2 suara last2 nak tumbuk cikgu tapi cikgu juga yang disalahkan. :(

    BalasPadam
  4. nasib guru skrg..?
    anak x pandai salahkan cikgu..
    anak buat salah, salahkan cikgu..
    anak melawan, salahkan cikgu..

    anak berjaya? ada ucap terima kasih cikgu?

    BalasPadam
  5. speechless..

    BalasPadam
  6. Zaman sekarang ni dah mcm2 (akhir zaman) ,ada anak yg pijak emak,cikgu pun x terkecuali di pukul anak murid.. Takut bila dgr mcm2. Mudah mudahan dijauhkan pada anak2 dan saudara kita yg lain.

    BalasPadam
  7. Hormatilah guru walau cane sekalipun demi keberkatan ilmu yang ditagih..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

    BalasPadam
  8. i'm a teacher too..ada entry ni jugak at my blog.

    for me,pelajar tu mmg salah. tapi i reallh wonder nape cikgu ppuan tu boleh macam seronok je tgn "drama" tu.. dan cikgu lelaki tu patutnya tahu bila nak redakan keadaan- sebagai orang yg lebih dewasa,bukan sebagai cikgu..

    BalasPadam
  9. mak bapak dgn backing,anak2 makin naik lemak,makin derhaka...mcm mana nak berkat ilmu yg diperolehi....

    BalasPadam
  10. Aik pelajar cakap kurang ajar ngan cikgu pas tu tumbuk cikgu pun salah? Guru disipin kena tegas la...guru kaunseling baru lembut...
    Aku rasa siapa yang rasa handal bolehlah handle budak nie.Kalau tak berdepan dgn benda2 cam nie jgn sedap cakap mulut jer nak nyalahkan guru.Manusia zaman sekarang yg x agama dah macam binatang...

    BalasPadam
  11. sebagai guru saya juga kecewa dgn insiden ini.

    BalasPadam
  12. kenapa cikgu tu cakap mampus le kau? ayat last sekali sebelom dia kena tumbuk. memang padan dia kena tumbuk sebab ayat dia bagus sgt.

    BalasPadam
  13. Salam semua..

    Motif saya menaip entri di atas bukan untuk menghakimi siapa salah atau siapa betul. Kes ini perlu kita perhalusi faktanya sebelum, semasa dan selepas kejadian..cuma yang saya highlightkan cara seorang yang bergelar Pengerusi Ibu bapa dan Guru Nasional memberikan komen seolah-olah semua yang berlaku adalah kesalahan guru semata-mata. Beliau tidak menyentuh sedikit pun tentang pelajar tersebut. Sebagai pengerusi, komen beliau dianggap mewakili majoriti ibu bapa. Jika ibu bapa hanya melihat guru yang bersalah, kenapa tidak lihat empat lagi jari yang menuding ke arah diri sendiri.

    BalasPadam
  14. Salam
    Kepada guru..tegurlah murid cara berhemah..duduk disatu tempat one by one (bukan marah sambil diperhati oleh guru lain)

    Kepada murid...cakap perlahan bukan menuding2 jari kemuka guru, ingat lah guru itu ibu kedua ...

    BalasPadam
  15. saye rase dua2 salah..
    budak tu memang dah kurang ajar,..
    yang cikgu tu pulak
    nape dia pun becakap mcm budak2
    tak berhemah langsung....ish2..

    BalasPadam
  16. nilai sendiri. apa kata bdn disiplin d wakili oleh ibu bapa.tugas guru mengajar akademik sahaja. setiap kali ada masalah disiplin, let the ibu bapa handle.

    BalasPadam
  17. Apapun,kata ustaz kat sekolah saya, tak berkat ilmu kalau lawan guru. Hatta duduk kat kerusi cikgu pun tak digalakkan .
    Walaupun ada kalanya guru tersilap tetapi tugas dia mendidik dan memberi kita ilmu tu adalah mulia.Dengan izin ALLAH tanpa guru siapalah kita.

    wALLAHUa'alam

    BalasPadam

Pengikut