Antara lega, resah dan pelik

Alhamdulillah, semalam 23 September 2010 telah berakhirnya peperiksaan UPSR bagi tahun ni. Lega rasanya. Rasa hilang semua kepenatan mengajar murid siang dan malam sejak awal tahun hinggalah ke detik-detik akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Melihat reaksi murid sebelum masuk ke dewan, rasanya ekspresi muka cikgu lebih cuak dan gementar berbanding murid. Maklumlah budak yang baru berumur 12 tahun, manalah memikirkan masa depan lagi jika orang-orang di seklilingnya tidak mengingatkannya. Kalau hanya guru di sekolah yang mengingatkan tentang pentingnya UPSR, tetapi bila pulang ke rumah bebas bermain sana-sini, apalah yang tinggal dalam kepala?

UPSR tahun ini agak mencabar kerana dijalankan selepas cuti panjang dan murid masih dalam mood hari raya. Bagi guru yang mengajar murid kelas depan mungkin tiada masalah besar tapi bagi yang mengajar murid yang datang sekolah tanpa ada tujuan selain bermain ataupun murid-murid yang dikesan memang agak lemah tahap IQnya(saya mengajar murid begini), memang mendatangkan masalah besar.

Keluar saja murid dari dewan peperiksaan, saya terus mengumpulkan kertas soalan Paper 1 Bahasa Inggeris dari murid. Rasa nak sangat tahu bagaimana prestasi murid.. terus saya semak satu persatu jawapan murid. Akhirnya, selepas habis 35 buku soalan saya semak rasa resah sangat-sangat. Rasa kecewa dengan prestasi murid. Agak lama juga terkedu sambil memikirkan bagaimanalah nanti keputusan mereka. Harap-harap mereka dapat menjawab Paper 2 dengan lebih baik.

Hari yang sama juga semalam, terbaca headline di Harian Metro bertajuk "Tetap Sayang Pembunuh Anak", rasa pelik muncul. Terus capai suratkhabar yang ada dan baca. Antara petikannya :

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.



“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.



Petikan dati Utusan

Sementara itu, ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, yang juga teman wanita tertuduh semasa ditemui pemberita memberitahu, dia tidak dapat menerima keputusan itu.

Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang penyayang dan dia sayangkan Syafiah,” katanya.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.

Pelik..pelik..pelik dengan kes ni. Teman lelaki? ada anak bersama? sayang kepada pembunuh anak sendiri?

Na'uzubillahi min zalik...


4 ulasan :

  1. mabuk cinta..ada anak sebelum berkahwin? pesyen apa tu ye? sayang ..sampai pukul camtu? tak waras pe

    BalasPadam
  2. Kes jelas kena bawak mahkamah syariah..

    BalasPadam
  3. xtau la..dia ni mmg x syg anak...belakon je

    BalasPadam
  4. dulu cikgu saya puan rohana ..sampi megeletar lutut bila saya mahu ambik pmr... tapi bila keluar keputusan pun dia menangis .. saya dapat 8A

    BalasPadam

Pengikut