Tutorial : Daftar e-Penyata Gaji

Mengikut amalan sebelum ini, penyata gaji bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji. Mulai Oktober 2010, berkuatkuasa dengan keluarnya Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010, Penjawat Awam perlu mencetak sendiri penyata gaji mereka melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mendaftar di laman web tersebut (Pengguna perlu daftar dahulu sebelum dapat mencetak penyata gaji masing-masing).

Langkah 1 : Pergi ke laman web e penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Langkah 2 :Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan



Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.

Panduan Mengisi Medan

No Kad Pengenalan atau No. Pasport
Isikan No Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji
Contoh:
No K/P Baru - 811212111234
No K/P Lama - 8102010
No Pasport - A1234567
No lain - RF12345

No Gaji
Isikan nombor gaji anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, guna satu daripada nombor-nombor gaji anda.

Kata Laluan
Minima 8 dan Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan.

Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk
membantu anda mengingati kata laluan anda
sekiranya anda telah lupa.

Jawapan
Anda memberi jawapan kepada soalan keselamatan
yang anda pilih seperti di atas.

Setelah selesai mengisi semua medan, klik ok. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat paparan berikut.


Selamat Mencuba!

Gambar : Estima Terbakar di PLUS Expressway


Tadi sewaktu pulang dari KL ke Simpang Renggam, terserempak dengan satu kes kebakaran kereta berhampiran RnR Seremban. Kereta Toyota Estima bernombor plet Singapura telah hampir separuh terbakar. Tidak diketahui sebabnya kerana bukan kes kemalangan.

Tahun ni sahaja dengarnya banyak sangat kes kenderaan terbakar. Ada yang mengaitkan dengan penggunaan minyak RON95 yang baru diperkenalkan tahun ini. Namun, bukti saintifiknya masih tiada, cuma analogi orang ramai begitu. Pihak berkenaan sepatutnya menidakkan persepsi sebegini dengan ujian-ujian makmal seumpamanya agar orang ramai tidak bimbang menggunakan RON95.

Pengikut