Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mendaftar di laman web tersebut (Pengguna perlu daftar dahulu sebelum dapat mencetak penyata gaji masing-masing).
Langkah 1 : Pergi ke laman web e penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Langkah 2 :Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.
Panduan Mengisi Medan
No Kad Pengenalan atau No. Pasport
Isikan No Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji
Contoh:
No K/P Baru - 811212111234
No K/P Lama - 8102010
No Pasport - A1234567
No lain - RF12345
No Gaji
Isikan nombor gaji anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, guna satu daripada nombor-nombor gaji anda.
Kata Laluan
Minima 8 dan Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan.
Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk
membantu anda mengingati kata laluan anda
sekiranya anda telah lupa.
Jawapan
Anda memberi jawapan kepada soalan keselamatan
yang anda pilih seperti di atas.
Setelah selesai mengisi semua medan, klik ok. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat paparan berikut.

Selamat Mencuba!
Hmm..sume skang ni nk kena guna internet..pastu kena print sendiri..bnyk gomen boleh save duit tu..nak buat apa ngan duit tu?
BalasPadamhuwa..info menarik..thanks 4 sharing dis ek..tq singgah..
BalasPadamSalam..
BalasPadamTahniah..& syukran info yang bermanfaat..terima kasih tuan
e penyata gaji ini dapat memudahkan slip gaji disimpan dengan selamat..
BalasPadammacamna nk amik nombor gaji di laman jabatan akauntan negara??
BalasPadamkenapa saya tak dapat register? "gagal untuk mendaftar".. padahal baru 1st time isi..
BalasPadamAnonymous :
BalasPadamMaybe ada masalah ngan web jab akauntan negara. Cuba register semula.
macam mana nak dapat no gaji bagi bekas tntera?
BalasPadamno gaji yg mana satu ya ? untuk slip gaji tentera. saya da cuba byk nombor dekt slip tp semua tk diterima
BalasPadamMaaf tuan, saya tiada jawapannya. Mungkin tuan boleh cuba emel ke epayslip@anm.gov.my untuk majukan soalan kepada mereka.
PadamMembuat pertanyaan kepada pihak yang berkenaan tentang masalah penyata gaji adalah lebih berkesan.
PadamTerlupa kata laluan
BalasPadamno gaji tu macam mane ?
BalasPadamTumpang tanya, no gaji tu apa ? Jumlah gaji atau apa ?
BalasPadamtumpang tanya. Saya dah cuba register. Tapi banyak kali beritahu no gaji saya salah. No gaji saya masuk kan adalah betul. Saya dah semak berkali kali dengan sistem tentang no gaji. Masih lagi ada masalah. Apa perlu saya lakukan?
BalasPadam