Video Menyayat Hati - Budak 2 tahun digilis 2 kenderaan

Salam buat semua,

Terasa sungguh sedih menonton Berita di TV3 kejap tadi yang memaparkan kejadian seorang budak perempuan berumur 2 tahun di China yang telah digilis dua buah kenderaan.



Astaghfirullahal azim..inikah realiti masyarakat kita zaman sekarang? Jika diperhatikan, budak tersebut diperlakukan seperti haiwan yang dilanggar dijalanan. Orang yang lalu lalang hanya memerhatikan sahaja tanpa terdetik di hati untuk memberikan bantuan. Semoga Allah jauhkan kita dari berperasaan demikian.

Salin video dalam DVD ke CD

Selalunya bila sekolah mendapat bekalan CD berkenaan P&P, dasar atau polisi pendidikan, GPK 1 akan meminta bantuan saya membuat salinan CD tersebut untuk edaran kepada guru berkaitan. Tiga hari lepas beliau menelefon saya :"Idris, nanti tolong burnkan CD..saya letak atas meja awak. Saya bagi CD kosong sekali". Biasanya jawapan saya "OK, insya Allah". Di sekolah masa tu tak sempat nak buat, jadi saya bawa pulang ke rumah. Di rumah, bila tengok rupanya yang disuruh buat salinan adalah DVD-Video bukannya CD.

Google dalam internet jumpalah satu tutorial dalam youtube tentang ini. Isitlah yang digunakan untuk ini ialah ripping, iaitu proses menyalin video dalam DVD ke dalam harddisk. Kemudian barulah format video tersebut ditukar kepada format *.avi dan seterusnya diburn dalam CD menggunakan option making video CD (jika menggunakan nero).

Dua software diperlukan untuk proses ripping tadi iaitu DVD decrypter dan AutoGordianKnot. Sila lihat video di bawah untuk proses selanjutnya.

Intipati Bajet 2012


Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Salam Aidilfitri


Sempena kedatangan Syawal, saya dengan rendah hati memohon
kemaafan dari semua yang mengenali saya dan keluarga, juga kepada
rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog saya ini kemaafan dipinta
jika terkhilaf perbuatan mahupun kata-kata.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Syarat Baru Kemasukan SBP Untuk Murid Miskin, Luar Bandar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP. "Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

"Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya. Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.

Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. - BERNAMA

Apa pendapat anda?

Wordless Wednesday #2


Lailatul Qadr..

Apa lah faedah main mercun..

Malam ni malam ke-20 Ramadhan. Jangkamasa 10 malam terakhir Ramadhan ni  kita disarankan untuk mempertingkatkan amalan dan mencari lailatul qadr. Sebaliknya lain pula yang berlaku dalam sebahagian masyarakat kita. Tadi solat tarawaikh di masjid, baru saje para jamaah nak mengangkat takbir memulakan tarawikh tiba-tiba..pommm!! bunyi mercun betul-betul dalam kawasan masjid. Akibatnya, ramai yang terpaksa ulangi semula takbir. 

Ni semua mesti kerja budak-budak yang pergi ke masjid bukan nak solat tarawikh ni. Walaupun dah diingatkan berkali-kali namun umpamanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Lepas tarawikh pulak makin hebat pesta mercun berdentum sana-sini. Apalah faedahnya main mercun tu? Dalam media, tv dan suratkhabar ada saja berita tentang kes kemalangan akibat mercun ni tapi mereka ni masih jugak bermain mercun. Ada faedah ke main mercun ni? Seronok sangat ke?

Tukar Alamat Pusat Mengundi

Salam buat semua.

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana hendak menukar pusat mengundi untuk pilihanraya kelak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PRU ke-13 semakin hampir. Ada desas-desus mungkin ianya akan diadakan seawalnya pada tahun ini. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, sila lah cepat-cepat mendaftar untuk dapatkan hak anda sebagai warganegara yang sah iaitu hak untuk mengundi. Mungkin ada yang memandang remah hal ini namun tanggungjawab ini perlu kita laksanakan sebaiknya sebagai tanda kita sayangkan tanah tumpahnya darah kita ni.

Kembali kepada topik sebenar. Pertukaran pusat mengundi ni boleh dilakukan di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh negara tapi sebelum tu anda mesti pastikan yang anda telah menukar alamat kediaman terkini dalam MyKad anda. Jangan nanti penat-penat beratur lama di pejabat pos, bila sampai giliran anda tak boleh tukar pusat mengundi pulak.

So, prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.   

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

    Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00
   
    Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  



Ok. Selepas sebulan, anda boleh ambil MyKad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Hanya tunjukkan MyKad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan key in maklumat terkini anda dalam Borang A pendaftaran pemilih 2002. (anda akan diberikan salinannya)
Contoh Borang A. Thanks to Google.
Selamat bertukar pusat mengundi & selamat mengundi. Gunakan hak anda dengan bijaksana.

Perkongsian Ramadhan - Pendapatan GA dan Nuffnang

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan. Bagi mereka di negeri Johor, semalam adalah hari cuti. Hari ni baru mula bekerja semula. Pagi ni teringat perbincangan dengan orang rumah tentang perkara yang membatalkan puasa khususnya tentang ' memasukkan sesuatu ke dalam rongga '. Banyak persoalan yang timbul dari kes mengorek hidung, cabut gigi hinggalah hukum memakai konteks lens berkaitan memasukkan sesuatu ke dalam rongga ni. Bila surfing di internet, banyak pendapat, pandangan dan sebagainya tersiar di blog dan laman web. Namun, hanya ada beberapa saja yang menyiarkan artikel yang cukup bagus bersandarkan dalil terperinci. Salah satunya ialah blog ibnuinsan.

Kemudian, bila membaca persoalan agama di laman web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, terjumpa pula artikel bertajuk Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah? Kepada yang berminat nak membaca, sila klik di sini.

Sama-sama kita perbaiki diri kita bermula Ramadhan ini.

M'sia vs S'pore : Penjaga Gol mana pilihan anda?





vs

Siapakah antara penjaga gol berikut yang menjadi pilihan anda untuk diturunkan ketika Malaysia menentang Singapura malam ini?
Pilihan peribadi saya ialah Sharbinie kerana pada saya beliau sedang berada di kemuncak prestasi sekarang dengan konfiden beliau sewaktu Malaysia menang ke atas Taiwan tempoh hari. Lagipun, ketika menentang Liverpool di separuh masa pertama, beliau berjaya mengekang asakan penyerang Liverpool dan hanya memboloskan satu gol.
Berbanding Khairul Fahmi yang melepaskan 5 gol kepada Liverpool, beliau pada saya mungkin mengalami penurunan prestasi selepas kecedaraan bahu ketika menentang Lubnan. Lagipun, faktor keletihan juga mungkin penyebab prestasinya menurun dengan komitmen dengan skuad Kelantan, Olimpik dan team senior.

Tak Suka Sidebar Chat baru di Facebook?

Hari ni bila log in ke akaun Facebook, baru perasan sidebar baru untuk Chat.



Cuba-cuba klik, nampak macam pelik dan menyusahkan je nak operate. Kalau dulu mudah sikit especially bila dah buat friend list. Ingat lagi tak tutorial untuk buat friend list?. Jom revise kat sini. Nampak lah siapa kawan yang online. Untuk sidebar baru ni, akan tersenarai kawan yang kita selalu contact, tak kiralah mereka online ataupun offline. Ramai pun yang merungut tentang new sidebar ni. Sila baca di sini. 

Biasalah benda baru, ramai yang tak suka especially bila yang lama tu dah biasa digunakan. Macam lah office 2007, pengguna yang dah terbiasa dengan Office 2003 akan merungut susahnya nak gunakan versi 2007.

Apapun, kalau anda masih juga inginkan paparan seperti sidebar chat yang lama di Facebook, anda boleh login ke akaun anda melalui url ini http://www.facebook.com/presence/popout.php

Tersentuh Dengan Ayat Jimmy Shanley

Salam semua,

Umum tahu kisah pergolakan rumahtangga Jimmy Shanley yang belum berkesudahan. Dari awal perkahwinan hinggalah lahir anak pertama masalahnya masih belum selesai. Namun bukanlah saya ingin memperkatakan tentang masalah rumahtangga mereka cuma amat tersentuh dengan ayat yang keluar dari seorang suami dan juga ayah. Katanya,

“Kalau ditakdirkan saya tak bahagia sebagai seorang suami, tak mengapalah. Saya redha asalkan saya boleh mencipta bahagia dengan menjadi seorang bapa yang baik kepada anak saya,”


Syabas Jimmy! Saya respect anda dengan kata-kata anda itu. Sebagai seorang yang berkongsi naluri kebapaan yang sama, saya akui ramai bapa-bapa di luar sana yang setuju dengan apa yang dikatakan Jimmy. Pada saya, seorang "bapa" haruslah meletakkan kepentingan anaknya lebih utama dari kepentingan dirinya. Namun, dalam mengutamakan anak, bapa haruslah tahu di mana dan setakat mana had yang sepatutnya untuk mengelakkan si anak tadi terlebih kasih sayang seterusnya menjadi terlalu manja.

Apapun buat Jimmy Shanley, saya doakan anda tabah dan kuat semangat dalam memimpin keluarga anda. Begitulah tugas suami dan ayah, bimbinglah mereka dengan Islam.


* Sekadar pendapat peribadi untuk ingatan buat diri sendiri.





544x376 Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA.

Dalam kesibukan kerja, sempat juga saya mengemaskini blog anak-anak. Itupun kadang-kadang bangun seawal pagi untuk mengadap laptop. Bagi blogger picisan seperti saya, masa yang ada kadang-kadang amat terhad untuk duduk mengadap laptop mengemaskini blog. Semalam tak sempat nak buka laptop, jadi hanya taipkan draf entri baru untuk blog Asyraf menggunakan OpenOffice di handphone cokia saya. Plannya, bila ada masa just copy and paste saja untuk kemaskini blognya, taklah mengambil masa panjang duduk mengadap laptop.

Tiba masa lapang, cuba copy and paste dari fail .doc tadi ke dalam new post page di blogspot. Bila publishkan, rupa ni yang keluar.


 Pelik jugak sebab biasanya yang akan terpapar sebelah thumbnail pic tu summary entri yang kita taipkan. Apa la pulak 544x376 Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA... ni?

Cuba edit semula post tadi. Kot2 disebabkan image yang dimasukkan ke..namun hasilnya sama jugak.
Cuba lagi..delete post tadi and try semula copy paste dari fail .doc tadi..eh? sama jugak...
pening-pening...
Cuba dapatkan bantuan Google...
Rupa-rupanya jadi macam tu disebabkan oleh formatting or HTML coding dalam fail .doc tu 
Solutionnya, paste dulu dalam Notepad untuk remove formatting .doc tadi, baru paste dalam new post page di blogspot. 

Moralnya, pasni jangan taip entri dalam .doc format but guna la Notepad je.

* Tak pasti orang yang baca entri ni faham ke tak apa yang cuba saya sampaikan.

Avira anti virus free tiada dalam add remove program



Siang tadi, saya mengemaskini anti virus di pc makmal komputer sekolah. Sekarang sekolah-sekolah dibekalkan dengan perisian antivirus jenis Kaspersky oleh TM School Broadband. Sebelumnya, saya hanya menggunakan antivirus percuma iaitu Avira. Ada satu pc di makmal, bila saya cuba uninstall Avira melalui Add/Remove Program di control panel, saya dapati Avira tadi tiada dalam senarai program yang diinstalled. Saya cuba menggunakan Revouninstaller dan selepas itu CCleaner namun ianya tetap sama. Avira was not listed there.

Di sini saya kongsikan bagaimana untuk selesaikan masalah tersebut. Caranya :

1. Pergi ke direktori di mana folder Avira berada. Biasanya di C:/Program Files/Avira

2. Cari fail setup.exe. Run application tersebut (klik 2x).

3. Pastikan option Modify dipilih. Klik Next.

4. Pastikan keempat-empat check box ditick. Seterusnya, klik next hingga finish.

5. Restart komputer anda.

Selamat berjaya.

Cas Langganan Baru Astro

PAS TNB keluarkan tarif baru elektrik awal Jun 2011 ni, giliran Astro pulak nak kenakan cas langganan baru. Macam biasa alasan yang digunakan bila sesuatu kenaikan harga berlaku..untuk menampung kos itu dan ini. Apapun, dalam bab Astro ni, pandai-pandailah kita nak kategorikannya sebagai keperluan or kehendak. Kalau nak, langgan. Kalau rasa tak perlu langgan, tak payah la langgan. Cas baru ni akan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Jom kita tengok.

Tarif Baru TNB : Mari Berjimat

Hari ni 1st June 2011, tarif baru elektrik mula berkuatkuasa. Berikut ialah kadar tarif baru seperti dalam website TNB.

TARIFF CATEGORY UNIT RATES
1. Tariff A - Domestic Tariff  
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per month sen/kWh 21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month sen/kWh 33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month sen/kWh 40.0
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per month sen/kWh 40.2
For the next 100 kWh (501 - 600 kWh) per month sen/kWh 41.6
For the next 100 kWh (601 - 700 kWh) per month sen/kWh 42.6
For the next 100 kWh (701 - 800 kWh) per month sen/kWh 43.7
For the next 100 kWh (801 - 900 kWh) per month sen/kWh 45.3
For the next kWh (901 kWh onwards) per month sen/kWh 45.4
The minimum monthly charge is RM3.00  

Apa pula kesannya kepada pengguna domestik?


Jom kita berjimat!


Padam lampu
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.


Tutup suis
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

Guna kipas
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Mentol besar
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Masin Basuh
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Pintu Peti Ais
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Freezer
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Makanan Panas
Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.


Blog is missing - "Error 404: NOT FOUND"


SOmetimes you may get this warning "Error 404: NOT FOUND" when you try to surf a website or blog. Let's read about it further.


Cause

The 404 Not Found error is an HTTP status code that means that the page you were trying to reach could not be found on the web site's server.

Resolution

  1. Retry the web page by clicking the refresh/reload button or trying the URL from the address bar again. The 404 Not Found error has been known to appear on occasion even if there is no real issue so a simple refresh will often load the page you were looking for.

  2. Check for errors in the URL. Often times the 404 Not Found error appears because the URL was typed wrong or the link that was clicked on points to the wrong URL.

  3. Move up one directory level at a time in the URL until you find something. For example, if www.w.com/a/b/c.htm gave you the 404 Not Found error, move up to www.w.com/a/b/. If you get nothing here, move up to www.w.com/a/. This should lead you toward what you're looking for or at least confirm that it's no longer available.

  4. If you move all the way up to the website's main page, try to run a search for the information you're looking for. If a search function isn't available, try finding your information by using links from this page to dig deeper into the site.

  5. Test the page at downforeveryoneorjustme.com. Just enter the webpage in this online tool and it will tell you just that - if the site is down for everyone, or if the problem is on your end somewhere.

  6. Finally, if all else fails, you may want to attempt to contact the webmaster for information on where you might locate the page you're looking for. The webmaster of most Internet sites can be reached via email at webmaster@website.com, replacing website.com with the actual website name.

Bersedia harga minyak Bakal Naik

Harga minyak Bakal Naik? Hmm...begitulah yang keluar dari mulut menteri sendiri. Malas nak komen panjang, jom lah kita layan gambar-gambar bila harga minyak naik nanti.







Ibu

Salam buat semua,

Bila masuk bulan Mei, mulalah keluar iklan, cerita mahupun promosi tentang sambutan Hari Ibu. Dalam entri sempena Hari Ibu tahun lepas, saya telah menyentuh mengenai sambutan perspektif Hari Ibu menurut Islam. Bagi yang belum membacanya, anda boleh baca di sini.  

Untuk entri kali ini, saya kongsikan satu video di youtube tentang luahan isi hati seorang anak kepada ibunya. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar darinya. Jom kita tonton.






Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana (tak termasuk ibu-ibu kejam yang sanggup membuang bayi sendiri). Terima kasih atas segalanya untuk melahirkan seterusnya membesarkan kami.

Buatmu Ibu

Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



Great Divers in Soccer

Dua tiga minggu ni, dunia bola sepak semakin hangat dengan liga tempatan di seluruh dunia yang menuju ke penghujung musim. Tambahan pula perlawanan liga juara2 UEFA yang telahpun ke peringkat separuh akhir pertama minggu lepas. Banyak pasukan2 top in the world bertemu sesama mereka. Banyak juga aksi2 yang dipertontonkan kepada para peminat bola sepak di seluruh dunia.

Apa yang nak saya coretkan dalam entri kali ini ialah tentang pelakon2 terbaik dalam dunia bola sepak. Kita lupakan seketika pelakon dalam aksi video **** yang saban hari dipertontonkan oleh TV kita, juga pelakon2 dalam drama politik tanahair kita yang tercinta ni. Mari kita rehatkan kekusutan minda kita dengan aksi2 pemain2 bola sepak pula.

Jom layan video ni dulu :





Tidak dinafikan, ramai pemain bola sepak yang hebat di dunia ni. Mereka ni lengkap dengan skill yang menarik malah visi dalam permainan juga mantap. Namun, ramai juga antara mereka yang hebat dalam berlakon. Kenapa perlu berlakon? Semuanya untuk mendapatkan advantage dari referee yang kadang2 terkhilaf dalam mentafsir antara tackle sebenar ataupun lakonan.

Jom kita tengok siapa pemain2 yang sangat suka menjatuhkan diri sepanjang bulan April yang lalu.
(Sekadar pandangan peribadi saya, saya listkan TOP 5 Great Divers in Soccer)

1. Angel Di Maria (Real Madrid)

2. Lucas (Liverpool)

3. Dani Alves (Barcelona)

4. Sergio Busquets (Barcelona)

5. Micheal Owen (Manchester United)  







 

Sumpah Mubahalah / Sumpah Laknat

Assalamualaikum,


Lari sikit dari kebiasaannya posting saya yang lebih kepada ICT, kali ini saya terpanggil untuk kongsikan tentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai sumpah mubahalah yang satu ketika dulu hangat diperkatakan. Malah ketika itu ianya semacam menjadi trend. Setelah beberapa ketika ianya agak senyap, namun dalam siaran Buletin Utama TV3 tadi, ada lagi 3 individu yang ingin bersumpah mubahalah secara terbuka. 


Sama-samalah kita fikirkan iktibar dari video di bawah, bukan mengikut emosi tetapi berlandaskan ruh ilmu yang Allah turunkan kepada kita.






Baca temubual Utusan Malaysia bersama Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman di sini

Download video dari Youtube

Salam,

Saya ditanya oleh seorang kawan tentang bagaimana untuk muat turun video dari youtube. Saya kongsikan di sini. Mengikut pengalaman saya, dulu saya menggunakan satu website yang menyediakan khidmat muat turun video dari youtube di http://jomphp.com/youtube-download. Namun, sekarang website tersebut telah deactivated. Selepas itu, saya mencuba beberapa software shareware dan freeware seperti Moyea youtube FLV downloader namun tiada yang memuaskan hati.

Sekarang saya menggunakan add on untuk browser mozilla firefox untuk tujuan tersebut. Nama add on tersebut ialah Easy Youtube Video Downloader. Caranya mudah sahaja untuk install dan gunakannya. Search sahaja di google "Easy YouTube Video Downloader Add-ons for Firefox". Sebelum itu, pastikan anda menggunakan MOZILLA FIREFOX dan bukannya browser lain seperti internet explorer.


Anda akan pergi ke website ini :


Untuk install ke browser anda, hanya klik Add to Firefox
(Versi yang terkini ialah 4.1. Bila saya baca user review untuk versi ini macam ada beberapa masalah yang timbul bila mereka menggunakannya. Saya menggunakan versi sebelumnya iaitu 4.0 sejak November tahun lalu dan setakat ini tiada masalah yang timbul. Anda boleh search versi 4.0 jika anda ingin gunakan versi tersebut.)

Setelah siap proses installasi, anda boleh melayari website youtube dan search video yang anda ingin download. 

Akan ada button Download As di bawah video tersebut. Hanya klik pilihan format video anda.

Sebaiknya anda gunakan juga add on download manager untuk firefox supaya proses download lebih laju. Saya gunakan DownthemAll




Selamat mencuba!


Kopi Bercampur Gelatin Babi : Hukum & Persoalan

Assalamualaikum buat semua Muslim..
 Dua hari lepas, satu sms masuk ke handphone saya. Bila dibaca, ianya dari seorang sahabat menyatakan tentang sebuah kedai kopi tersohor di Kluang yang dikatakan menghidangkan kopi yang bercampur gelatin babi. Oleh kerana tiada pengesahan lanjut dari pihak berkuasa, saya pikir mungkin sms tersebut adalah rantaian sms yang biasa dimulakan oleh individu2 yang mungkin ada agenda tersendiri. 


Hari ini bila menyelak Harian Metro, ternyata kandungan sms yang saya terima itu telah disahkan benar. Astaghfirullahal 'azim, kenapa setelah 70 tahun kedai tersebut beroperasi, baru kini pihak berkuasa agama membuat pemeriksaan? Kedai usang yang dicat cantik di stesen keretapi Kluang itu telah menarik ratusan umat Islam termasuk pemimpin2 besar negara setiap hari. Bayangkan, setelah 70 tahun ?


Apapun, alhamdulillah isu tersebut kini telah terbongkar. Terima kasih kepada pihak berkuasa agama yang menjalankan tanggungjawab anda. Persoalannya kini yang mungkin timbul dikalangan umat Islam yang pernah singgah minum di sana, apakah yang perlu dibuat? Gurauan beberapa rakan menyatakan mulut perlu disamak ataupun perlu minum air tanah. 


Carian di internet tidak menemukan laman yang spesifik membincangkan hukum termakan produk yang bercampur gelatin babi ini. Namun, saya copy dan pastekan screenshot siri pertanyaan isu agama di laman www.murabbi.net  berkaitan isu termakan daging babi. 




Saya sambung dengan sedikit tazkirah buat kita : 


Agama Islam amat mengambil berat tentang setiap makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, ia adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam dalam mengambil makanan yang halal lagi baik dalam kehidupan seharian.


Makan yang halal itu perintah Allah SWT kepada kita sebagai mana firman-Nya yang bermaksud:Wahai sekelian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban). (al-Baqarah: 168)


Setiap yang diperintahkan Allah mengandungi hikmahnya.Makanan akan menjadi darah daging kita dan ia menentukan sama ada kita orang beriman atau sebaliknya. Orang beriman akan berusaha mencari makanan yang halal. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam."(riwayat Dailami)


Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (riwayat Thabrani)


Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.


Rasulullah SAW bersabda: Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya daripada yang haram dan pakaiannya daripada yang haram, dan perutnya dipenuhi benda yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya. (riwayat Muslim)


Beusahalah mencari makanan yang halal kerana ia merupakan fadhu bagi setiap orang Islam. Halalan Toyyiban..

Baca forum penuh di sini

Facebook Chat : Papar Online status kepada rakan tertentu

Entri kali ni saya nak kongsikan sedikit ilmu tentang Facebook. Saya bukanlah pengguna tegar Facebook, cuma sesekali online untuk ketahui perkembangan kawan2 lama. Bagi pengguna Facebook tegar, mungkin anda punyai ratusan atau ribuan rakan. Setiap kali anda log in, secara automatik status anda untuk aplikasi Chat dalam FB akan terpapar sebagai Online (kecuali anda offlinekan sebelum log out). Ada masanya mungkin ruang yang anda ada untuk chat dengan rakan anda terhad untuk beberapa orang sahaja. Situasinya, mungkin anda sedang chat dengan rakan2 lama di sekolah rendah dulu tentang sesuatu topik, kemudian ada pula rakan di sek men, universiti atau rakan2 lain yang ingin chat dengan anda sedangkan pada masa itu, anda tiada ruang untuk chat dengan mereka. Kalau tak dibalas, mungkin mereka terasa hati. Jadi, untuk elakkan perkara sebegitu berlaku, anda boleh create friend list mengikut kategori, dan anda boleh pilih samada ingin paparkan status anda sebagai Online atau Offline. Caranya :


1. Klik pada Tab Chat di sebelah kanan bawah, kemudian klik Friend Lists. Taipkan nama list rakan anda dalam kotak Create a new list.

Apabila selesai, tekan Enter. Anda akan dapati anda telah mempunyai Friends list.





2.  Seterusnya, anda perlu masukkan rakan anda dalam list yang telah anda create tadi. Caranya, letakkan kursor di sebelah kanan nama friend list tadi, link edit akan terpapar, klik pada link edit tersebut.



3. Pilih rakan anda untuk dimasukkan dalam friend list tadi. Setelah selesai klik Save list.




4. Anda boleh pilih status anda samada Online atau Offline dengan cara on atau offkan toggle button yang berada di sebelah friend list anda yang terpapar.


PHP Fusion - Tarikh Berita hingga 31.12.2010 sahaja

Bagi pentadbir laman web yang menggunakan cms php fusion, anda mungkin hadapi masalah di mana ketika anda ingin pos sesuatu berita, tarikh yang anda boleh pilih hanyalah sehingga 31.12.2010 sahaja.


How to solve this?

Caranya mudah sahaja. Anda perlu edit pada administration/news.php

Cari kod berikut :

10;$i++) echo "<option".(isset($news_start['year']) && $news_start['year'] == $i ? " selected='selected'" : "").">$i</option>\n";



Kemudian, tukarkan 10 kepada tahun yang anda mahu. Contohnya 15 untuk 2015.

Selamat Berjaya.

Cara nak fix background image agar tidak bergerak


Laman web sekolah saya menggunakan cms php fusion. Sejak 2 hari lepas tengah giat nak buat make over kat laman web tu. Dah lama tengok layout yang sama rasa nak tukar sikit2 mana yang boleh diubah. Terkini, saya terfikir untuk letakkan background image di laman web tu. Sebelum ni, just gunakan plain colour as background.

Bila dah letak image sebagai background, tengok tak best pulak bila scroll down, background image tu pun scroll sama. Cari di google, jumpa satu tutorial camne nak fixkan background image agar tak bergerak. Caranya tambah koding berikut

background-attachment: fixed;

dalam css theme laman web yang kita gunakan.




p/s : Tak pasti jika cara ini berkesan untuk cms yg lain. Saya pun try and error je.

Anak-anak

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah..isteri saya telah selamat menjalani pembedahan caesarean pada 28 Disember 2010 yang lepas walaupun keadaan agak kelam-kabut dengan kes bleeding yang tidak disangka-sangka. Tarikh 11-1-11 yang ditetapkan doktor untuk pembedahan hanya tinggal kenangan walaupun pada mulanya tertarik dengan cantiknya nombor tersebut. Apapun, yang lebih penting bukan nombor atau tarikh tetapi keselamatan ibu dan anak dalam kandungan.

Anak ketiga ini saya namakan Iffah Nadhrah. Ketika lahir beratnya hanyalah 2.47 kg, jauh berbanding abangnya, Asyraf (3.25 kg) dan kakaknya, Husna (3.27 kg). Mungkin keadaan urinya di bawah mempengaruhi selain tempoh dalam kandungan yang cukup-cukup 36 minggu sahaja.

Kini, Iffah Nadhrah telah berumur 8 hari. Setiap hari sejak discaj dari wad pada Jumaat lepas, darahnya diambil untuk ujian jaundis. Macam-macam cara dan petua dicuba namun bacaan aobnya tetap tinggi. Yang terkini 14mg, petang tadi. Esok pagi akan ke KKSR lagi untuk ujian lagi, moga-moga bacaannya menurun.

Pengikut