Anak-anak

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah..isteri saya telah selamat menjalani pembedahan caesarean pada 28 Disember 2010 yang lepas walaupun keadaan agak kelam-kabut dengan kes bleeding yang tidak disangka-sangka. Tarikh 11-1-11 yang ditetapkan doktor untuk pembedahan hanya tinggal kenangan walaupun pada mulanya tertarik dengan cantiknya nombor tersebut. Apapun, yang lebih penting bukan nombor atau tarikh tetapi keselamatan ibu dan anak dalam kandungan.

Anak ketiga ini saya namakan Iffah Nadhrah. Ketika lahir beratnya hanyalah 2.47 kg, jauh berbanding abangnya, Asyraf (3.25 kg) dan kakaknya, Husna (3.27 kg). Mungkin keadaan urinya di bawah mempengaruhi selain tempoh dalam kandungan yang cukup-cukup 36 minggu sahaja.

Kini, Iffah Nadhrah telah berumur 8 hari. Setiap hari sejak discaj dari wad pada Jumaat lepas, darahnya diambil untuk ujian jaundis. Macam-macam cara dan petua dicuba namun bacaan aobnya tetap tinggi. Yang terkini 14mg, petang tadi. Esok pagi akan ke KKSR lagi untuk ujian lagi, moga-moga bacaannya menurun.

2 ulasan :

  1. slm cikgu... tak tahu pulak isteri cikgu dibedah... apepun tahniah dapat cahaya mata baru... :) smoga segalanya dlm keadaan yg baik.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Muhammad Burn :)

    BalasPadam

Pengikut