Kopi Bercampur Gelatin Babi : Hukum & Persoalan

Assalamualaikum buat semua Muslim..
 Dua hari lepas, satu sms masuk ke handphone saya. Bila dibaca, ianya dari seorang sahabat menyatakan tentang sebuah kedai kopi tersohor di Kluang yang dikatakan menghidangkan kopi yang bercampur gelatin babi. Oleh kerana tiada pengesahan lanjut dari pihak berkuasa, saya pikir mungkin sms tersebut adalah rantaian sms yang biasa dimulakan oleh individu2 yang mungkin ada agenda tersendiri. 


Hari ini bila menyelak Harian Metro, ternyata kandungan sms yang saya terima itu telah disahkan benar. Astaghfirullahal 'azim, kenapa setelah 70 tahun kedai tersebut beroperasi, baru kini pihak berkuasa agama membuat pemeriksaan? Kedai usang yang dicat cantik di stesen keretapi Kluang itu telah menarik ratusan umat Islam termasuk pemimpin2 besar negara setiap hari. Bayangkan, setelah 70 tahun ?


Apapun, alhamdulillah isu tersebut kini telah terbongkar. Terima kasih kepada pihak berkuasa agama yang menjalankan tanggungjawab anda. Persoalannya kini yang mungkin timbul dikalangan umat Islam yang pernah singgah minum di sana, apakah yang perlu dibuat? Gurauan beberapa rakan menyatakan mulut perlu disamak ataupun perlu minum air tanah. 


Carian di internet tidak menemukan laman yang spesifik membincangkan hukum termakan produk yang bercampur gelatin babi ini. Namun, saya copy dan pastekan screenshot siri pertanyaan isu agama di laman www.murabbi.net  berkaitan isu termakan daging babi. 




Saya sambung dengan sedikit tazkirah buat kita : 


Agama Islam amat mengambil berat tentang setiap makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, ia adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam dalam mengambil makanan yang halal lagi baik dalam kehidupan seharian.


Makan yang halal itu perintah Allah SWT kepada kita sebagai mana firman-Nya yang bermaksud:Wahai sekelian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban). (al-Baqarah: 168)


Setiap yang diperintahkan Allah mengandungi hikmahnya.Makanan akan menjadi darah daging kita dan ia menentukan sama ada kita orang beriman atau sebaliknya. Orang beriman akan berusaha mencari makanan yang halal. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam."(riwayat Dailami)


Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (riwayat Thabrani)


Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.


Rasulullah SAW bersabda: Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya daripada yang haram dan pakaiannya daripada yang haram, dan perutnya dipenuhi benda yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya. (riwayat Muslim)


Beusahalah mencari makanan yang halal kerana ia merupakan fadhu bagi setiap orang Islam. Halalan Toyyiban..

Baca forum penuh di sini

Facebook Chat : Papar Online status kepada rakan tertentu

Entri kali ni saya nak kongsikan sedikit ilmu tentang Facebook. Saya bukanlah pengguna tegar Facebook, cuma sesekali online untuk ketahui perkembangan kawan2 lama. Bagi pengguna Facebook tegar, mungkin anda punyai ratusan atau ribuan rakan. Setiap kali anda log in, secara automatik status anda untuk aplikasi Chat dalam FB akan terpapar sebagai Online (kecuali anda offlinekan sebelum log out). Ada masanya mungkin ruang yang anda ada untuk chat dengan rakan anda terhad untuk beberapa orang sahaja. Situasinya, mungkin anda sedang chat dengan rakan2 lama di sekolah rendah dulu tentang sesuatu topik, kemudian ada pula rakan di sek men, universiti atau rakan2 lain yang ingin chat dengan anda sedangkan pada masa itu, anda tiada ruang untuk chat dengan mereka. Kalau tak dibalas, mungkin mereka terasa hati. Jadi, untuk elakkan perkara sebegitu berlaku, anda boleh create friend list mengikut kategori, dan anda boleh pilih samada ingin paparkan status anda sebagai Online atau Offline. Caranya :


1. Klik pada Tab Chat di sebelah kanan bawah, kemudian klik Friend Lists. Taipkan nama list rakan anda dalam kotak Create a new list.

Apabila selesai, tekan Enter. Anda akan dapati anda telah mempunyai Friends list.





2.  Seterusnya, anda perlu masukkan rakan anda dalam list yang telah anda create tadi. Caranya, letakkan kursor di sebelah kanan nama friend list tadi, link edit akan terpapar, klik pada link edit tersebut.



3. Pilih rakan anda untuk dimasukkan dalam friend list tadi. Setelah selesai klik Save list.




4. Anda boleh pilih status anda samada Online atau Offline dengan cara on atau offkan toggle button yang berada di sebelah friend list anda yang terpapar.


Pengikut