Facebook Chat : Papar Online status kepada rakan tertentu

Entri kali ni saya nak kongsikan sedikit ilmu tentang Facebook. Saya bukanlah pengguna tegar Facebook, cuma sesekali online untuk ketahui perkembangan kawan2 lama. Bagi pengguna Facebook tegar, mungkin anda punyai ratusan atau ribuan rakan. Setiap kali anda log in, secara automatik status anda untuk aplikasi Chat dalam FB akan terpapar sebagai Online (kecuali anda offlinekan sebelum log out). Ada masanya mungkin ruang yang anda ada untuk chat dengan rakan anda terhad untuk beberapa orang sahaja. Situasinya, mungkin anda sedang chat dengan rakan2 lama di sekolah rendah dulu tentang sesuatu topik, kemudian ada pula rakan di sek men, universiti atau rakan2 lain yang ingin chat dengan anda sedangkan pada masa itu, anda tiada ruang untuk chat dengan mereka. Kalau tak dibalas, mungkin mereka terasa hati. Jadi, untuk elakkan perkara sebegitu berlaku, anda boleh create friend list mengikut kategori, dan anda boleh pilih samada ingin paparkan status anda sebagai Online atau Offline. Caranya :


1. Klik pada Tab Chat di sebelah kanan bawah, kemudian klik Friend Lists. Taipkan nama list rakan anda dalam kotak Create a new list.

Apabila selesai, tekan Enter. Anda akan dapati anda telah mempunyai Friends list.





2.  Seterusnya, anda perlu masukkan rakan anda dalam list yang telah anda create tadi. Caranya, letakkan kursor di sebelah kanan nama friend list tadi, link edit akan terpapar, klik pada link edit tersebut.



3. Pilih rakan anda untuk dimasukkan dalam friend list tadi. Setelah selesai klik Save list.




4. Anda boleh pilih status anda samada Online atau Offline dengan cara on atau offkan toggle button yang berada di sebelah friend list anda yang terpapar.


3 ulasan :

  1. "Kawan' pun bukan pengguna tegas FB tapi pernah juga byk kali berhadapan dgn situasi mcm ni.Mmg ada yg merajuk! Chit!, x sangka ada teknik dia rupanya! TQ for the info!

    BalasPadam
  2. Abg Ijal :

    Bahana FB ni mmg x dijangka..bkn setakat merajuk, cerai-berai pun dh bnyk kali kuar dlm newspaper..elok la kita tak tegar sgt..

    BalasPadam
  3. slalu fb sy x on chat.. x smpat layan semua kwn, hikk...

    BalasPadam

Pengikut