Ibu

Salam buat semua,

Bila masuk bulan Mei, mulalah keluar iklan, cerita mahupun promosi tentang sambutan Hari Ibu. Dalam entri sempena Hari Ibu tahun lepas, saya telah menyentuh mengenai sambutan perspektif Hari Ibu menurut Islam. Bagi yang belum membacanya, anda boleh baca di sini.  

Untuk entri kali ini, saya kongsikan satu video di youtube tentang luahan isi hati seorang anak kepada ibunya. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar darinya. Jom kita tonton.






Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana (tak termasuk ibu-ibu kejam yang sanggup membuang bayi sendiri). Terima kasih atas segalanya untuk melahirkan seterusnya membesarkan kami.

Buatmu Ibu

Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



4 ulasan :

  1. Ibu, Mak, Bonda, Umi, Amma, Mama, apa pun nama panggilannya, insan ini amat istimewa, besar pengorbanannya & tinggi darjatnya. Kasihi dan sayangilah dia selagi dia bernafas agar tidak menyesal sepanjang hayat kita!!!

    BalasPadam
  2. terima kasih ibu sbb selalu ade bersama sy...selamat hari ibu juge pada sume ibu di serata dunia... =)

    BalasPadam
  3. who next?ummi,ummi dan ummi.....

    BalasPadam

Pengikut