Tersentuh Dengan Ayat Jimmy Shanley

Salam semua,

Umum tahu kisah pergolakan rumahtangga Jimmy Shanley yang belum berkesudahan. Dari awal perkahwinan hinggalah lahir anak pertama masalahnya masih belum selesai. Namun bukanlah saya ingin memperkatakan tentang masalah rumahtangga mereka cuma amat tersentuh dengan ayat yang keluar dari seorang suami dan juga ayah. Katanya,

“Kalau ditakdirkan saya tak bahagia sebagai seorang suami, tak mengapalah. Saya redha asalkan saya boleh mencipta bahagia dengan menjadi seorang bapa yang baik kepada anak saya,”


Syabas Jimmy! Saya respect anda dengan kata-kata anda itu. Sebagai seorang yang berkongsi naluri kebapaan yang sama, saya akui ramai bapa-bapa di luar sana yang setuju dengan apa yang dikatakan Jimmy. Pada saya, seorang "bapa" haruslah meletakkan kepentingan anaknya lebih utama dari kepentingan dirinya. Namun, dalam mengutamakan anak, bapa haruslah tahu di mana dan setakat mana had yang sepatutnya untuk mengelakkan si anak tadi terlebih kasih sayang seterusnya menjadi terlalu manja.

Apapun buat Jimmy Shanley, saya doakan anda tabah dan kuat semangat dalam memimpin keluarga anda. Begitulah tugas suami dan ayah, bimbinglah mereka dengan Islam.


* Sekadar pendapat peribadi untuk ingatan buat diri sendiri.





3 ulasan :

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Itu naluri tulen seorang lelaki bergelar bapa. Semoga kita mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa yang mithali! Dan bersyukurlah kerana kita masih mempunyai seorang bapa berbanding mereka yang telah kehilangannya!

    BalasPadam
  3. mm..macam tu lah seorang bapa. Naluri kebapaan tu yang mahal. Semoga anak-anak kita menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka bila mereka besar nanti dan bila kita telah tua tak berdaya. Statistik rumah orang2 tua menunjukkan majoriti penghuninya adalah lelaki Melayu Islam. Sama-sama kita fikirkan nilai murni kekeluargaan yang semakin hilang dari budaya masyarakat kita.

    BalasPadam

Pengikut