Salam Aidilfitri


Sempena kedatangan Syawal, saya dengan rendah hati memohon
kemaafan dari semua yang mengenali saya dan keluarga, juga kepada
rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog saya ini kemaafan dipinta
jika terkhilaf perbuatan mahupun kata-kata.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Syarat Baru Kemasukan SBP Untuk Murid Miskin, Luar Bandar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP. "Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

"Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya. Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.

Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. - BERNAMA

Apa pendapat anda?

Wordless Wednesday #2


Lailatul Qadr..

Apa lah faedah main mercun..

Malam ni malam ke-20 Ramadhan. Jangkamasa 10 malam terakhir Ramadhan ni  kita disarankan untuk mempertingkatkan amalan dan mencari lailatul qadr. Sebaliknya lain pula yang berlaku dalam sebahagian masyarakat kita. Tadi solat tarawaikh di masjid, baru saje para jamaah nak mengangkat takbir memulakan tarawikh tiba-tiba..pommm!! bunyi mercun betul-betul dalam kawasan masjid. Akibatnya, ramai yang terpaksa ulangi semula takbir. 

Ni semua mesti kerja budak-budak yang pergi ke masjid bukan nak solat tarawikh ni. Walaupun dah diingatkan berkali-kali namun umpamanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Lepas tarawikh pulak makin hebat pesta mercun berdentum sana-sini. Apalah faedahnya main mercun tu? Dalam media, tv dan suratkhabar ada saja berita tentang kes kemalangan akibat mercun ni tapi mereka ni masih jugak bermain mercun. Ada faedah ke main mercun ni? Seronok sangat ke?

Tukar Alamat Pusat Mengundi

Salam buat semua.

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana hendak menukar pusat mengundi untuk pilihanraya kelak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PRU ke-13 semakin hampir. Ada desas-desus mungkin ianya akan diadakan seawalnya pada tahun ini. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, sila lah cepat-cepat mendaftar untuk dapatkan hak anda sebagai warganegara yang sah iaitu hak untuk mengundi. Mungkin ada yang memandang remah hal ini namun tanggungjawab ini perlu kita laksanakan sebaiknya sebagai tanda kita sayangkan tanah tumpahnya darah kita ni.

Kembali kepada topik sebenar. Pertukaran pusat mengundi ni boleh dilakukan di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh negara tapi sebelum tu anda mesti pastikan yang anda telah menukar alamat kediaman terkini dalam MyKad anda. Jangan nanti penat-penat beratur lama di pejabat pos, bila sampai giliran anda tak boleh tukar pusat mengundi pulak.

So, prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.   

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

    Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00
   
    Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  



Ok. Selepas sebulan, anda boleh ambil MyKad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Hanya tunjukkan MyKad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan key in maklumat terkini anda dalam Borang A pendaftaran pemilih 2002. (anda akan diberikan salinannya)
Contoh Borang A. Thanks to Google.
Selamat bertukar pusat mengundi & selamat mengundi. Gunakan hak anda dengan bijaksana.

Perkongsian Ramadhan - Pendapatan GA dan Nuffnang

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan. Bagi mereka di negeri Johor, semalam adalah hari cuti. Hari ni baru mula bekerja semula. Pagi ni teringat perbincangan dengan orang rumah tentang perkara yang membatalkan puasa khususnya tentang ' memasukkan sesuatu ke dalam rongga '. Banyak persoalan yang timbul dari kes mengorek hidung, cabut gigi hinggalah hukum memakai konteks lens berkaitan memasukkan sesuatu ke dalam rongga ni. Bila surfing di internet, banyak pendapat, pandangan dan sebagainya tersiar di blog dan laman web. Namun, hanya ada beberapa saja yang menyiarkan artikel yang cukup bagus bersandarkan dalil terperinci. Salah satunya ialah blog ibnuinsan.

Kemudian, bila membaca persoalan agama di laman web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, terjumpa pula artikel bertajuk Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah? Kepada yang berminat nak membaca, sila klik di sini.

Sama-sama kita perbaiki diri kita bermula Ramadhan ini.

Pengikut