Apa lah faedah main mercun..

Malam ni malam ke-20 Ramadhan. Jangkamasa 10 malam terakhir Ramadhan ni  kita disarankan untuk mempertingkatkan amalan dan mencari lailatul qadr. Sebaliknya lain pula yang berlaku dalam sebahagian masyarakat kita. Tadi solat tarawaikh di masjid, baru saje para jamaah nak mengangkat takbir memulakan tarawikh tiba-tiba..pommm!! bunyi mercun betul-betul dalam kawasan masjid. Akibatnya, ramai yang terpaksa ulangi semula takbir. 

Ni semua mesti kerja budak-budak yang pergi ke masjid bukan nak solat tarawikh ni. Walaupun dah diingatkan berkali-kali namun umpamanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Lepas tarawikh pulak makin hebat pesta mercun berdentum sana-sini. Apalah faedahnya main mercun tu? Dalam media, tv dan suratkhabar ada saja berita tentang kes kemalangan akibat mercun ni tapi mereka ni masih jugak bermain mercun. Ada faedah ke main mercun ni? Seronok sangat ke?

8 ulasan :

  1. Main mercun langsung tidak berfaedah, walaupun boleh memeriahkan suasana namun mampu juga mencederakan. Lagi satu membazirkan duit je...yer tak

    BalasPadam
  2. xde pekdah pun..cuma rasa seronok..bila ade benda buruk baru nak teriak..hu2

    BalasPadam
  3. mmg buang duit perabis beli mercun ni.. dh tau bahaya still nk amik risiko main mercun jgak...

    BalasPadam
  4. Saya setuju ngan puteri kasih, ChaCha dan caliph shuriken :-)

    BalasPadam
  5. Aduhai jari tu...sangat ngeri la c.i. mana ada faedah bermercun ni...mcm manusia yg merokok juga, semuanya membawa padah...tapi, itulah yg mereka suka buat...

    BalasPadam
  6. Tahun ni nak buat rekod tak nak bakar mercun... boleh ke tak?

    BalasPadam
  7. mercun!!!
    best3..hehe c[=
    tp ucu x pndai men mercun..cme ske tngok org men..
    sbb abg ucu tiap2 taun bli mercun yg dalam 1 koak de bnyk2 das 2..
    yg cm ari merdeka pnye 2..
    hehe..
    bahaye x mercun cm 2?
    hehe..
    cikgu,jgn mara...ucu cme ckp je ^____^hehe..
    tp pade ucu,klu pndai care men nye,jadik ok la kan..hehe
    klu bdk2 yg men,bek tok sah la kan..
    yg depa nk bawok p masjid 2 wat pe la..
    adoyai..ksian para jemaah..
    ish3...

    BalasPadam
  8. sonoknye maen mercun mancis... masuk dalam air,,,, pop!

    BalasPadam

Pengikut