Selalunya bila sekolah mendapat bekalan CD berkenaan P&P, dasar atau polisi pendidikan, GPK 1 akan meminta bantuan saya membuat salinan CD tersebut untuk edaran kepada guru berkaitan. Tiga hari lepas beliau menelefon saya :"Idris, nanti tolong burnkan CD..saya letak atas meja awak. Saya bagi CD kosong sekali". Biasanya jawapan saya "OK, insya Allah". Di sekolah masa tu tak sempat nak buat, jadi saya bawa pulang ke rumah. Di rumah, bila tengok rupanya yang disuruh buat salinan adalah DVD-Video bukannya CD.
Google dalam internet jumpalah satu tutorial dalam youtube tentang ini. Isitlah yang digunakan untuk ini ialah ripping, iaitu proses menyalin video dalam DVD ke dalam harddisk. Kemudian barulah format video tersebut ditukar kepada format *.avi dan seterusnya diburn dalam CD menggunakan option making video CD (jika menggunakan nero).
Dua software diperlukan untuk proses ripping tadi iaitu DVD decrypter dan AutoGordianKnot. Sila lihat video di bawah untuk proses selanjutnya.
Merentas Desa 2017
-
Hari ni ada pertandingan merentas desa di sekolah saya. Kali ni saya dah
masuk kategori L10. Maknanya kena lumba dengan budak Tahun 4.
Kalau tahun lepas ...
Hari pertama sekolah
-
Alhamdulillah. Hari ni saya dah mula bersekolah. Untuk hari ni sampai
minggu ketiga nanti, kami ada minggu transisi. Kiranya macam minggu suai
kenal la den...
0 comments :
Catat Komen