Bayi Tersedak Susu - Yang Perlu Kita Ketahui

Kes bayi tersedak susu ni boleh dikatakan kerap tersiar di media massa. Bagi yang mempunyai bayi, pastinya terasa bimbang akan keselamatan si kecil terutamanya ketika mereka ini ditinggalkan di pusat asuhan mahupun rumah pengasuh. Maklumlah, cara orang lain menjaga si kecil tak kan sama seperti ibu bapa menjaga anak sendiri. Mari kita baca sedikit info berikut :

Kenapa bayi tersedak?

1) Botol dibiarkan di mulut bayi yang sedang tidur - susu terus mengalir hingga memasuki salur pernafasan 
2) Lubang puting botol terlalu besar
3) Bayi ditinggalkan tanpa pengawasan ketika menyusu

Cara menyusukan yang betul:

1) Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
2) Botol susu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah
3) Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
4) Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
5) Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
6) Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Rawatan kecemasan yang perlu kita ketahui

  

Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.


Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar , dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan


Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

1BestariNet: Panduan Persediaan Awal Sebelum Pemasangan

Projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah di seluruh negara untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).


Sekolah akan dapat mengakses internet dengan menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) yang dibekalkan oleh syarikat YTL.  CPEnya adalah terdiri daripada Zoom (3+1 unit) dan 4G dongle (20 unit).  Semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentabdbiran sekolah, pusat sumber,  dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah.

Skop projek juga adalah termasuk membuat dan memastikan Rangkaian Dalaman Setempat atau LAN sedia ada disambungkan ke CPE dan boleh berfungsi serta dapat mencapai internet. Di samping itu, pihak syarikat juga perlu memastikan peralatan komputer sekolah yang tidak termasuk dalam sistem LAN sedia ada juga dapat mencapai Internet dengan menggunakan penyelesaian syarikat sendiri berdasarkan dapatan kajian mereka.

Semua komputer dalam dan bukan dalam rangkaian LAN perlu boleh mengakses internet serta wajib juga ke Virtual Learning Enviroment (VLE).
Sebagai langkah proaktif, sekolah bolehlah bersedia lebih awal dengan:

1. melantik seorang guru atau kakitangan yang akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan.  Guru/kakitangan ini perlu memahami semua keperluan dan merangka pelan tindakan yang meliputi dari kerja pemasangan hinggalah penggunaan.
2. menentukan lokasi-lokasi untuk ditempatkan Zoom agar kawasan utama termasuk dalam lingkungan cakupan akses internet.
3. mengenal pasti punca sambungan elektrik bagi memudahkan pemasangan ZOOM. Sila pastikan bahawa pihak kontraktor menggunakan sambungan (extension cable sendiri) dari punca kuasa yang tidak dikongsi dengan peralatan lain atau dedicated switch atau extension switch berasingan


Sumber : MGB Sepang, credited to Mr Sukimin

Phonics Song



A phonics song by KidsTv123.

Pengikut