Bayi Tersedak Susu - Yang Perlu Kita Ketahui

Kes bayi tersedak susu ni boleh dikatakan kerap tersiar di media massa. Bagi yang mempunyai bayi, pastinya terasa bimbang akan keselamatan si kecil terutamanya ketika mereka ini ditinggalkan di pusat asuhan mahupun rumah pengasuh. Maklumlah, cara orang lain menjaga si kecil tak kan sama seperti ibu bapa menjaga anak sendiri. Mari kita baca sedikit info berikut :

Kenapa bayi tersedak?

1) Botol dibiarkan di mulut bayi yang sedang tidur - susu terus mengalir hingga memasuki salur pernafasan 
2) Lubang puting botol terlalu besar
3) Bayi ditinggalkan tanpa pengawasan ketika menyusu

Cara menyusukan yang betul:

1) Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
2) Botol susu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah
3) Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
4) Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
5) Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
6) Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Rawatan kecemasan yang perlu kita ketahui

  

Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.


Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar , dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan


Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut