Panduan Sebelum Download Aplikasi dari Google Play/Android Market

Saya percaya ramai yang menggunakan platform android sekarang ni. Saya pun dah cuba guna baru 5 bulan lepas dengan Galaxy Mini yang saya upgrade dari froyo ke gingerbread. Memang pengalaman yang menarik jugak walaupun mula2 ada rasa menyesal bertukar ke touch screen. Salah satu yang menariknya ialah boleh download macam2 aplikasi percuma dari Android market (sekarang ni dikenali sebagai Google Play).

Walaupun begitu, sebagai pengguna kita kena gak berhati2 sebelum download sesuatu aplikasi tu. Bukannya apa, takut2 terkena virus ke..spyware ke. Basic principle nye setahu saya android ni adalah sefamily ngan linux yang biasanya selamat dari virus tapi kita biasa dengar sediakan payung sebelum hujan, so kena la berhati2. Saya nak kongsikan beberapa panduan yang saya baca dari satu artikel berkaitan, apa yang kita perlu buat sebelum download sesuatu aplikasi :

1) Kita kena baca dulu komen2 mereka yang dah pernah download dan gunakan aplikas itu. Biasanya 3 komen akan dipaparkan selebihnya hidden,kita kena klik see all. So, jangan baca 3 komen yang pertama saje sebaiknya bacalah banyak2 agar kita puas hati. Satu lagi, ada juga aplikasi yang disertakan dengan fake comments yang memuji kelebihan aplikasi tu..so, baca dan make your judgement lah.

2)  Tengok rating yang dipaparkan untuk aplikasi tu.Biasanya, aplikasi yang baik ratingnya ialah antara 3 hingga 5 bintang. Kalau Ratingnya setakat 1 star, baiklah tak payah download.


3) Baca permission yang dipaparkan. Setelah kita klik download, biasanya beberapa permission akan dipaparkan untuk kita accept. Kita kena BACA dan cuba fahami betul2. Kadang2 ada permission yang tak logik, contohnya kita nak download game untuk anak tapi permissionnya nak baca kita punya contact. Apa kaitannya game dengan senarai contact kita?


Tulah 3 tips yang dapat saya kongsikan. Semoga berfaedah :-)

Tak boleh defrag netbook?

  Semalam dapat task baru dari seorang rakan guru di sekolah. Biasalah sebagai seorang Guru Penyelaras Bestari (GPB) sekolah, apa-apa masalah berkaitan ICT, dari masalah monitor tak hidup (yang sebenarnya kabel longgar) hinggalah serumit2 masalah software mahupun hardware..orang akan rujuk pada kita. 
 
Walaupun dalam banyak keadaan saya tak punyai solution untuk menjawab persoalan rakan-rakan, saya anggukkan kepala nyatakan persetujuan untuk cuba membantu..dengan kepercayaan saya akan dapat sesuatu ilmu yang baru bila membantu rakan2. Dan alhamdulillah, sememangnya what we give we'll get back..banyak ilmu yang saya dapat dan biasanya bila ada masa saya coretkan dalam blog supaya senang dirujuk pada masa depan. Terima kasihlah pada Mr. Google yang selalu membantu saya mencari solution kepada permasalahan yang ada.




 Rakan saya ni, netbooknya jadi slow dan selalu hang. Biasalah netbook ni memang cantik dipandang dan senang dibawak ke mana2..tapi bila netbook dilayan seperti notebook (baca beza notebook dan netbook di sini) , samalah macam kita suruh budak darjah 1 buat kerja budak darjah 6. So, sebelum beli pastikan mana yang terbaik untuk kerja kita, bukannya mana yang cantik saja.
Biasanya kalau laptop atau komputer jadi slow ni apa yang saya buat ialah saya clearkan sampah2 dalam tu dan susun semula fail2nya. Dulu guna windows punya system cleanup untuk buang fail2 yang tak perlu. Sekarang saya lebih suka pakai CCleaner je. Lepas buang, saya cuba defrag hard disk untuk susun balik sektor2 dalam tu.
Kali ni, saya cuba la defrag netbook kawan ni. Jenuh mengklik option defrag..tak boleh2. After sometimes, lepas menggoogle..barulah tahu kenapa tak boleh defrag. Rupanya netbook tadi tak guna hard disk biasa tapi SSD ataupun solid state drive. Baca apa kata wikipedia ttg SSD di sini.

So, bila windows detect netbook tadi guna SSD, secara automatik option defragmentation akan disabled. Patutlah...Banyak artikel dalam web yang menyatakan tak perlu (ada yang kata tak boleh) defrag SSD ni sebab ianya membolehkan data diakses pada mana2 sektor dalam drive tu pada satu2 masa, berlainan dengan hard disk biasa. Lagipun, setiap sektor dalam SSD ni had untuk prosess write data adalah terhad..bila kita defrag lagi cepat SSD tu sampai had writesnya..dalam bahasa mudahnya kong lah.

Folder hilang dalam pen drive

Assalamualaikum..

Pada tahun 2009 dulu, ramai rakan guru di sekolah mengadu fail dan folder dalam pen drive (thumb drive) mereka tiba-tiba hilang. Masa tu setelah didiagnos rupa-rupanya bukan hilang cuma status fail dan folder2 tersebut menjadi hidden. Kalau kita tick Show hidden files and folders macam kat diagram bawah ni, kita akan nampak fail2 dan folder2 tu. 

 

Cara nak tick Show hidden files and folders -  
1. Klik menu Tools di windows explorer ---->
2. Klik Folder Option ---->
3. Klik View Tab ----->
4. Tick Show hidden files and folders ---->
5. Klik Apply ---> OK

Baru2 ni pulak, seorang rakan guru mengadu masalah yang lebih kurang sama cuma kali ni katanya semua folder dalam pen drive bertukar menjadi shortcut. Saya cuba tick Show hidden files and folders (macam dalam steps kat atas) namun tak berhasil.

Kemudian, saya cuba untick Hide protecting system files macam kat diagram bawah ni.


dan saya dapat warning macam kat bawah...


Saya klik Yes. Hasilnya, muncullah folder2 asal yang menjadi Shortcut tadi. Tengok diagram kat bawah. Nampak kan folder banyak yang warnanya blur tu.


So, rupanya selain folder2 tadi menjadi hidden, statusnya juga menjadi system dan hidden..dan bila saya klik properties folder2 tu...


Saya dapat macam ni...

Saya tak boleh untick status hidden folder tu. So, macam mana nak kembalikan status asal folder2 tu supaya ianya tidak hidden?

Caranya...
1.Klik  Start -----> Run
2. Taip cmd dan klik ok
3. Taipkan direktori pen drive anda. Contohnya jika pen drive berada di E, maka taip E:
4. Taip attrib -s -h -r "nama folder berkenaan" -----> Tekan Enter

Insya Allah, folder tersebut akan kembali ke asal. 

SELAMAT MENCUBA!

* Saya tak jumpa cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. Bayangkan jika kita ada 100 folder..takkan kita nak ulang buat steps kat atas tu 100 kali? kecualilah tiada pilihan lain..kalau ada pembaca yang tahu, bolehlah berkongsi ya...TQ

UPDATE :
Cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. 

1. Plug pendrive pada usb port, tengokkan drivenya, cth F:
2. Klik start - run, taip “cmd“. Ok.
3. taip "F:" dan enter
4. taip attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan enter

Terima kasih kepada cikgu Ammar dalam komen di bawah.


Jadual Gaji Minimum Maksimum DG41 P2 SSM 2012

Salam buat semua..

Sekarang ni rasanya ramai penjawat awam yang melayari internet untuk mencari jadual gaji SSM baru. Pekeliling pun dah dikeluarkan di laman web JPA pada 30 Mac yang lalu namun jadual gaji minimum maksimum tu masih kabur (pada saya..)

Lepas download dan baca pekeliling tu, tergerak pulak tangan ni nak main kira-kira ngan Excel. So, saya kongsikan hasil kiraan saya untuk cikgu-cikgu yang berada di Gred DG41 P2. Kenapa saya buat P2? Sebabnya saya tak jumpa pun blog yang berkongsi untuk P2 ni.. Kebanyakannya untuk P1. Nak buat untuk semua gred tak sempat rasanya (saya mohon maaf)..

p/s : maaf kalau jadual yang saya buat salah. Saya hanya ikut pekeliling dan contoh di blog2 lain. 


Apapun keadaannya..ingatan buat diri saya dan rakan2 guru..kenaikan gaji bukanlah segalanya, biarlah keberkatan gaji yang lebih kita utamakan. Selamat mendidik buat semua warga guru.
  

Pengikut