Folder hilang dalam pen drive

Assalamualaikum..

Pada tahun 2009 dulu, ramai rakan guru di sekolah mengadu fail dan folder dalam pen drive (thumb drive) mereka tiba-tiba hilang. Masa tu setelah didiagnos rupa-rupanya bukan hilang cuma status fail dan folder2 tersebut menjadi hidden. Kalau kita tick Show hidden files and folders macam kat diagram bawah ni, kita akan nampak fail2 dan folder2 tu. 

 

Cara nak tick Show hidden files and folders -  
1. Klik menu Tools di windows explorer ---->
2. Klik Folder Option ---->
3. Klik View Tab ----->
4. Tick Show hidden files and folders ---->
5. Klik Apply ---> OK

Baru2 ni pulak, seorang rakan guru mengadu masalah yang lebih kurang sama cuma kali ni katanya semua folder dalam pen drive bertukar menjadi shortcut. Saya cuba tick Show hidden files and folders (macam dalam steps kat atas) namun tak berhasil.

Kemudian, saya cuba untick Hide protecting system files macam kat diagram bawah ni.


dan saya dapat warning macam kat bawah...


Saya klik Yes. Hasilnya, muncullah folder2 asal yang menjadi Shortcut tadi. Tengok diagram kat bawah. Nampak kan folder banyak yang warnanya blur tu.


So, rupanya selain folder2 tadi menjadi hidden, statusnya juga menjadi system dan hidden..dan bila saya klik properties folder2 tu...


Saya dapat macam ni...

Saya tak boleh untick status hidden folder tu. So, macam mana nak kembalikan status asal folder2 tu supaya ianya tidak hidden?

Caranya...
1.Klik  Start -----> Run
2. Taip cmd dan klik ok
3. Taipkan direktori pen drive anda. Contohnya jika pen drive berada di E, maka taip E:
4. Taip attrib -s -h -r "nama folder berkenaan" -----> Tekan Enter

Insya Allah, folder tersebut akan kembali ke asal. 

SELAMAT MENCUBA!

* Saya tak jumpa cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. Bayangkan jika kita ada 100 folder..takkan kita nak ulang buat steps kat atas tu 100 kali? kecualilah tiada pilihan lain..kalau ada pembaca yang tahu, bolehlah berkongsi ya...TQ

UPDATE :
Cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. 

1. Plug pendrive pada usb port, tengokkan drivenya, cth F:
2. Klik start - run, taip “cmd“. Ok.
3. taip "F:" dan enter
4. taip attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan enter

Terima kasih kepada cikgu Ammar dalam komen di bawah.


41 ulasan :

  1. ni kes kena virus sbb cucuk pendrive merata2 tempat ni.. kena versi cybercafe lagi teruk, huh...

    BalasPadam
  2. Gunakan arahan attrib jugak :
    1. Plug pendrive pada usb port, tengokkan drivenya, cth F:
    2. Klik start - run, taip “cmd“. Ok.
    3. Masukkan arahan ni, attrib -s -h -r f:/*.* /s /d

    * Semua folder akan dipulihkan sekaligus

    BalasPadam
  3. Caliph
    Mmm...mmg la kes virus ni..

    TokNabe

    TQ..aritu cuba jugak attrib -s -h -r *.* /s /d tp masuk direktori pen drive dulu..tak menjadi..lain kali boleh cuba la cara ni

    BalasPadam
  4. Cuba arahan ni..
    Sama macam TokNabe
    1. Plug pendrive pada usb port, tengokkan drivenya, cth F:
    2. Klik start - run, taip “cmd“. Ok.
    3. taip "F:" dan enter
    4. taip attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan enter

    Semua file dan folder akan dipulihkan
    Lepastu :
    1. Masuk balik dalam pendrive dari My Computer
    2. Delete semua fail yang jadi shorcut
    3. Delete folder bernama pelik. Contoh Aolsd93rehdap
    4. Delete autorun.inf

    BalasPadam
  5. TQ Cikgu Amar :-)

    BalasPadam
  6. cikgu,,autorun xblh delete...knp?...kena try againt..

    BalasPadam
  7. bila sy cabut pen drive dan cucuk semula dia jd blk shotcut..ape yg perlu sy bt?

    BalasPadam
  8. cikgu,,autorun xblh delete...knp?...kena try againt..

    BalasPadam
  9. tankiu Cikgu, baru je saye test ngan pendrive yg baru beli dari www.usbdrawer.com cute giler

    BalasPadam
  10. TERIMA KASIH BYK2..DAH JUMPE BALIK FOLDER ASSIGMNETYG DISANGKA2 HILANG!!! THANKS.SEMOGA ALLAH MERAHMATI CIKGU =)

    BalasPadam
  11. kat *.* tu kne letak file name ke?mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..
      lengkuas88@gmail.com atau hubungi mlalui wasap..01116500612

      Padam
  12. Dah try guna command attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
    Memang jd.... Mesti taip betul2.... Pastu enter..
    tunggu sekejap pastu fail akan dipulihkan.
    x kire brape byk fail yg hidden pn akan pulih smule.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tak ajar nak letak kat mana? Tak reti dari mula start run tuh --'

      Padam
    2. Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..
      lengkuas88@gmail.com atau hubungi mlalui wasap..01116500612

      Padam
  13. Jgn lupe format atau scan thumdrive.
    Scan menggunakan antivirus yang sentiasa dikemaskini.
    Bleh bli antivirus or download free trial antivirus.
    Pape pun jgn sesuka hati cucuk thumbdrive kt komputer yg dijangkiti virus.... nanti merana diri he..he...

    BalasPadam
  14. Together with electronic cigarettes, most people are pleased with a couple
    of puffs, conserving the rest for after.
    E-cigarettes tend to be cheaper than standard smoking.

    Determined by where you live, a new bunch of regular
    cigarettes could cost between $5 and also $12
    a new group.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. terima kasih atas share ilmu ini.. dpt semula semua folder. cuba antar ke kedai komputer. diorg nak charge RM50 utk buat data recovery. Padahal caranya amat mudah. saya yg x celik IT ni pun boleh buat.. Thanks a lot.. Tp nak tanya, virus tu sebenarnya dah ilang ke?

    BalasPadam
  16. http://einsync.googlepages.com/unhidehiddenfolder.zip..saya baru cuba dan ia menjadi pada pendrive saya..mungkin tuan puan boleh guna..terima kasih..

    BalasPadam
  17. terima kasih Cikgu Idris...cara cikgu yang pertama tersebut sangat membantu saya...
    :D

    BalasPadam
  18. cikgu, guna software Virus Shorcut Remover yang dibuat oleh UiTM ... memang berkesan 1000% .. saya nak copy entry cikgu ye .. huhuhu

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. macam mene pulak kalau kita buat masuk gambar dalam satu fail lepas tu kita boleh lihat separuh je gambar tersebut dan separuh lagi tak boleh lihat langsung???

    harap sagat cikgu boleh ajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau situasi macam tu, rasanya gambar tu belum habis loading lagi tapi dah disave. Tu sebab jadi macam tu.

      Padam
    2. urm... tapi saya dah ceht semua dah habis loading, macam mane nim...

      Padam
  21. alhamdulillah.. lega, dapat balik fail lama. tq so much

    BalasPadam
  22. cikgu..kalau windows 10 macam mana?saya dah try tapi tak jadi..file di pendrive jd shortcut dan tak boleh buka juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya versi windows tak menjadi masalah. Mungkin ada kesilapan semasa menaip attrib tu. Cuba rujuk entri terkini berkaitan
      http://www.cikguidris.com/2015/08/bagaimana-kembalikan-fail-hilang-dalam.html

      Padam
  23. Assalam .. mcm nk buat kalau pendrive saya disuruh format semula. Semua fail x ada.. adakah ini virus.. tq kpd sifu yang sudimenjawab

    BalasPadam
  24. Lec sye de masukkn keje dlm pendrive sye..then sye da la wat step dia atas.semua sekali.tak.boleh juga.kenapa ye

    BalasPadam
  25. Lec sye de masukkn keje dlm pendrive sye..then sye da la wat step dia atas.semua sekali.tak.boleh juga.kenapa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..
      lengkuas88@gmail.com atau hubungi mlalui wasap..01116500612

      Padam
  26. Sya tetap xboleh buat jgak, aduh mcm mna nie cikgu idris

    BalasPadam
  27. Sya tetap xboleh buat jgak, aduh mcm mna nie cikgu idris

    BalasPadam
  28. Assalam cikgu dah cuba bnyk x tak jd...

    BalasPadam
  29. Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..
    lengkuas88@gmail.com atau hubungi mlalui wasap..01116500612

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum. Kenapa lepas say type macam cikgu Idris tunjukkan ada access denied? Apa patut saya buat?

    BalasPadam

Pengikut