Tak boleh defrag netbook?

  Semalam dapat task baru dari seorang rakan guru di sekolah. Biasalah sebagai seorang Guru Penyelaras Bestari (GPB) sekolah, apa-apa masalah berkaitan ICT, dari masalah monitor tak hidup (yang sebenarnya kabel longgar) hinggalah serumit2 masalah software mahupun hardware..orang akan rujuk pada kita. 
 
Walaupun dalam banyak keadaan saya tak punyai solution untuk menjawab persoalan rakan-rakan, saya anggukkan kepala nyatakan persetujuan untuk cuba membantu..dengan kepercayaan saya akan dapat sesuatu ilmu yang baru bila membantu rakan2. Dan alhamdulillah, sememangnya what we give we'll get back..banyak ilmu yang saya dapat dan biasanya bila ada masa saya coretkan dalam blog supaya senang dirujuk pada masa depan. Terima kasihlah pada Mr. Google yang selalu membantu saya mencari solution kepada permasalahan yang ada.




 Rakan saya ni, netbooknya jadi slow dan selalu hang. Biasalah netbook ni memang cantik dipandang dan senang dibawak ke mana2..tapi bila netbook dilayan seperti notebook (baca beza notebook dan netbook di sini) , samalah macam kita suruh budak darjah 1 buat kerja budak darjah 6. So, sebelum beli pastikan mana yang terbaik untuk kerja kita, bukannya mana yang cantik saja.
Biasanya kalau laptop atau komputer jadi slow ni apa yang saya buat ialah saya clearkan sampah2 dalam tu dan susun semula fail2nya. Dulu guna windows punya system cleanup untuk buang fail2 yang tak perlu. Sekarang saya lebih suka pakai CCleaner je. Lepas buang, saya cuba defrag hard disk untuk susun balik sektor2 dalam tu.
Kali ni, saya cuba la defrag netbook kawan ni. Jenuh mengklik option defrag..tak boleh2. After sometimes, lepas menggoogle..barulah tahu kenapa tak boleh defrag. Rupanya netbook tadi tak guna hard disk biasa tapi SSD ataupun solid state drive. Baca apa kata wikipedia ttg SSD di sini.

So, bila windows detect netbook tadi guna SSD, secara automatik option defragmentation akan disabled. Patutlah...Banyak artikel dalam web yang menyatakan tak perlu (ada yang kata tak boleh) defrag SSD ni sebab ianya membolehkan data diakses pada mana2 sektor dalam drive tu pada satu2 masa, berlainan dengan hard disk biasa. Lagipun, setiap sektor dalam SSD ni had untuk prosess write data adalah terhad..bila kita defrag lagi cepat SSD tu sampai had writesnya..dalam bahasa mudahnya kong lah.

2 ulasan :

  1. Owh..mcm tu. Saya pun baru plan nk beli netbook. Mungkin kena review balik lah.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, na tanye dua perkara
    1)saya ada netbook, mule2 saya bukak mau,pas tuh dy jd hang, mause je mau gerak,tp ta bleh nak klik pape

    2)saya ada laptop lenovo, tp dy tak mau bukak,kdg2 je mau,pas tuh dy padam blek,,,

    mintak cikgu idris boleh bagitau camner erk,,,terima kasih assalamualaikum

    BalasPadam

Pengikut