Art Attack lagi - The Ugly Duckling

Assalamualaikum..

If entri sebelum ni saya citer pasal buat tortoise shell, kali ni entri yg lebih kurang sama..saya buat kepala anak itik pulak. Kali ni untuk story telling peringkat daerah Kluang pulak. Task saya untuk sediakan kepala anak itik untuk cerita yang bertajuk "The Ugly Duckling". Dalam cerita tu, anak itik tu warnanya grey tapi untuk competition ni kami tukar ke warna black. Jom tengok apa yang saya buat. 


1. Mula-mula kena sediakan cap yang sesuai, yang keras supaya senang kerja nanti.











2. Lukiskan ruang untuk mata dulu.

3. Sapukan gam kemudian lekatkan cotton wool, konon2 macam bulu duck la. :-)

4. Macam nilah bila dah selesai menampal kapas tadi.




5. Next step, trim dulu kapas tadi supaya sama tebal. Sebelum tu, untuk beak dia, saya gunakan teknik macam buat tortoise shell dulu, gunakan suratkhabar untuk buat bentuk beak tu.

6. Then, step seterusnya ialah mewarna. Kali ni saya terpaksa warna terus tanpa tunggu gam kering sebab kesuntukan masa. Ada masa sepetang je untuk siapkan. Lepas sapu cat, saya gantung kat kipas dinding sampai la kering..dekat tengah malam jugak baru kering.

Inilah hasilnya..memang ugly lah..hehe..kali ni xde reference mana2..tgk dalam website art attack punxde, so saya main hantam jelah buat.










Gambar dari depan pulak.

Nilah gambar murid saya yang masuk story telling tu.Syukurlah the cap fits her. 

Jom Art Attack - Buat Tortoise Shell

Salam semua..

Lately busy ngan macam-macam kerja sekolah sampai tak sempat menjenguk blog sendiri. Entri kali ni nak kongsi pengalaman bab2 seni pulak. 4,5 entri sebelum ni banyak pasal ICT (tu pun tak sempat nak mencoret tentang ilmu pembikinan website menggunakan CMS Joomla yang saya baru belajar dengan Mr. Remy from PKG Kluang Timur).

10hb ni sek saya hantar wakil  ke story-telling competition. My Ketua Panitia asked me to prepare costume untuk our contestant. Mujur jugak tak suruh train, bab tu lemah sket. So, saya kena prepare tortoise shell. Dalam kepala teringat Qi kat Art Attack Asia (Astro 615). Pernah tengok episod yg dia buat something similar, so saya angguk je la kat KP.

So, the project began ngan bantuan anak sulung, Nabihah Husna yang excited nak menolong sampai sanggup berjaga tengah2 malam. Kita start ngan bahan dan alatannya.

 Bahan :
1. Tudung saji (thanks to my wife 4 this :-) )
2. Old newspapers

Alatan :
1. Gunting
2. Sellotape
3. Gam (Biasa art attack dia guna special gam yang white in colour, saya ambik je mana yang ada)
4. Berus
5. Twist tie
Step 1 :
Gulungkan suratkhabar, pastu balut ngan sellotape. Tu yang jadi macam keropok lekor je macam dalam gambar. 
Dah dapat 4 batang macam tu, ikatkan around tudung saji macam gambar ni.


Step 2 :
Guntingkan suratkhabar menjadi kepingan2 kecil macam Nabihah Husna buat ni.


Step 3 :
Sapukan gam pada tudung saji.

Step 4 :
Tampalkan kepingan kertas suratkhabar tadi secara bertindan pada tudung saji.

 Teruskanlah menampal dengan sabar :-)

Step 5:
Bila dah siap tampal suratkhabar (agak2 dah penuh dan tebal), biarkan gam kering dulu. Lepas tu barulah cat. Saya tak snap pulak gambar masa proses mengecat sebab asisstant saya tidur masa tu. Kalau dalam Art Attack dia guna kaler macam plaka, saya pulak kebetulan baru mengecat rumah, ada la balancenya saya sapu je. Apa yang saya buat, mula2 saya cat guna undercoat dulu, pastu baru cat hijau.

Step 6 :
Bila cat dah kering, mulakanlah proses seterusnya iaitu menconteng. Pening jugak nak melukis corak kat shell tu tapi Mr. Google kan ada. Search gambar, pastu tiru jelah.

Hasilnya :




Tutorial Aplikasi SBOA/PLBS

Assalamualaikum..

Sila klik di sini untuk download aplikasi SBOA

Kali ni saya sharekan tutorial untuk pengisian skor dalam aplikasi School Based Oral Assessment (SBOA) untuk Bahasa Inggeris. Untuk guru-guru Bahasa Melayu,anda boleh rujuk tutorial ini juga kerana aplikasi Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) untuk Bahasa Melayu adalah sama cuma bahasanya berbeza.


1. Pastikan anda berada pada Tab Add-Ins (jika anda menggunakan Microsoft Access 2007 atau 2010). Jika versi anda MS Access 2003 tiada masalah dengan step ini.
(Kita mulakan dengan pendaftaran sekolah)
2. Klik Register.
3. Klik School.


4.Pilih jenis sekolah.
5. Isikan kod sekolah, nama sekolah dan tahun akademik.
6. Klik Close.


(Sekarang kita akan daftarkan nama guru yang bertindak sebagai Pentaksir Sekolah)
7. Klik Register.
8. Klik Teacher.

9. Isikan no. IC dan nama guru.
10. Klik Close.


(Seterusnya, kita perlu daftarkan kelas dan guru yang mencerap murid kelas tersebut.)
11. Klik Register.
12. Klik Class & Teacher.


13. Taipan nama kelas.
14. Pilih nama guru dari senarai (jika ada lebih dari seorang guru)
15. Klik Close.


(Selepas itu, langkah seterusnya ialah pendaftaran murid)
16. Klik Register.
17. Klik Pupils.


18. Taipkan no. surat beranak/no.mykid, nama murid dan pilih kelas.
19. Klik Close.

(Sekarang kita dah sedia untuk masukkan skor untuk murid)
20. Pilih Kelas.


21. Pilih murid.

22. Pilih Model dan Aktiviti, masukkan tarikh pencerapan dan isikan skor murid.

Sekian. 

Pengikut