Jom Art Attack - Buat Tortoise Shell

Salam semua..

Lately busy ngan macam-macam kerja sekolah sampai tak sempat menjenguk blog sendiri. Entri kali ni nak kongsi pengalaman bab2 seni pulak. 4,5 entri sebelum ni banyak pasal ICT (tu pun tak sempat nak mencoret tentang ilmu pembikinan website menggunakan CMS Joomla yang saya baru belajar dengan Mr. Remy from PKG Kluang Timur).

10hb ni sek saya hantar wakil  ke story-telling competition. My Ketua Panitia asked me to prepare costume untuk our contestant. Mujur jugak tak suruh train, bab tu lemah sket. So, saya kena prepare tortoise shell. Dalam kepala teringat Qi kat Art Attack Asia (Astro 615). Pernah tengok episod yg dia buat something similar, so saya angguk je la kat KP.

So, the project began ngan bantuan anak sulung, Nabihah Husna yang excited nak menolong sampai sanggup berjaga tengah2 malam. Kita start ngan bahan dan alatannya.

 Bahan :
1. Tudung saji (thanks to my wife 4 this :-) )
2. Old newspapers

Alatan :
1. Gunting
2. Sellotape
3. Gam (Biasa art attack dia guna special gam yang white in colour, saya ambik je mana yang ada)
4. Berus
5. Twist tie
Step 1 :
Gulungkan suratkhabar, pastu balut ngan sellotape. Tu yang jadi macam keropok lekor je macam dalam gambar. 
Dah dapat 4 batang macam tu, ikatkan around tudung saji macam gambar ni.


Step 2 :
Guntingkan suratkhabar menjadi kepingan2 kecil macam Nabihah Husna buat ni.


Step 3 :
Sapukan gam pada tudung saji.

Step 4 :
Tampalkan kepingan kertas suratkhabar tadi secara bertindan pada tudung saji.

 Teruskanlah menampal dengan sabar :-)

Step 5:
Bila dah siap tampal suratkhabar (agak2 dah penuh dan tebal), biarkan gam kering dulu. Lepas tu barulah cat. Saya tak snap pulak gambar masa proses mengecat sebab asisstant saya tidur masa tu. Kalau dalam Art Attack dia guna kaler macam plaka, saya pulak kebetulan baru mengecat rumah, ada la balancenya saya sapu je. Apa yang saya buat, mula2 saya cat guna undercoat dulu, pastu baru cat hijau.

Step 6 :
Bila cat dah kering, mulakanlah proses seterusnya iaitu menconteng. Pening jugak nak melukis corak kat shell tu tapi Mr. Google kan ada. Search gambar, pastu tiru jelah.

Hasilnya :




3 ulasan :

  1. Nice.. sesuai utk maskoy rumah hijau. Tq atas perkongsian idea ni

    BalasPadam
  2. Nice.. sesuai utk maskoy rumah hijau. Tq atas perkongsian idea ni

    BalasPadam
  3. TQ miznurul :-) sesekali buat kerja2 kreatif ni seronok..

    BalasPadam

Pengikut