On demand tutorial - Tukar website header on Joomla

Salam Ramadhan Kareem...

Tutorial kali ni adalah request seorang rakan blogger yang sama2 dalam proses belajar bina website menggunakan CMS Joomla. Saya tak pasti samada cara yang saya buat ni adalah cara yang betul, saya just gunakan experience yg ada dalam membina laman web menggunakan CMS PHP Fusion untuk bantu rakan saya tadi menukar header (ada org panggil banner) di website beliau.

Kami berdua sama2 sedang membangunkan laman web unit Sains Kemasyarakatan PPD Kluang. Saya membina untuk JKD PJPK dan beliau, JKD PSV. Tapak (webhosting) telah disediakan oleh PPD dan CMS Joomla telah siap sedia diinstall disubdirektori domain name http://uskppdkluang.edu.my. Kami tidak diberi akses melalui ftp, jadi satu cara yang tinggal untuk upload image adalah melalui media manager. 


Ini adalah website rakan tadi. Perhatikan urlnya ialah uskppdkluang.edu.my/psvsr/



Ok..sekarang kita mulakan tutorialnya. First step yang saya buat ialah saya nak tahu dimanakah lokasi header ini disimpan. Caranya, klik kanan dan pilih View Background Image.
 
 Browser akan memaparkan image header tadi dan lokasinya. Perhatikan, 
uskppdkluang.edu.my/psvsr/templates/swimtime/images/bkg_header.jpg

So, nama header tadi ialah bkg_header.jpg dan lokasinya didirektori template. Jika kita menggunakan media manager, lokasi image yang kita upload ialah /psvsr/images. Kita tidak boleh masuk ke direktori /templates/images melalui media manager.


So, kita kena edit lokasi header tadi ke direktori /psvsr/images untuk memudahkan kita upload header baru menggunakan media manager. Camne nak buat?

Klik Extensions ---->Template Manager
Pilih template yang kita gunakan, contoh di sini Swimtime. Kemudian, klik Edit CSS ----> pilih bue.css untuk diedit. Untuk memudahkan pencarian, tekan Ctrl+F dan taipkan bkg_header (nama header tadi)..tukarkan linknya dari (../images/bkg_header.jpg) kepada (/psvsr/images/bkg_header.jpg)..kemudian klik Save.



Langkah terakhir, buat satu header baru dan save as bkg_header.jpg. Uploadkan melalui media manager. Refresh website anda dan lihat hasilnya.


Selamat mencuba! 
* Kepada sifu2 Joomla atau webmaster, please correct me if cara ni tak betul ya. Thanks.

Pengikut