Jom Art Attack - Kostum Angry Bird

Assalamualaikum wrt wbt


Sekarang ni di kebanyakan sekolah rendah di Simpang Renggam tengah sibuk dengan sukan tahunan. Macam biasa, selain melatih atlit2 rumah sukan, cikgu2 juga sibuk menyediakan pasukan perbarisan. Tak ketinggalan saya dan rakan2 guru Rumah Kuning, nak kena kekalkan title Johan Perbarisan yang dah dimenangi 2 tahun berturut2. 


Dua tahun dah rumah kami bermaskotkan Tweety..kali ni nak buat perubahan, Angry Bird yang dipilih. Kalau Tweety dulu memang dah ada dibeli kostumnya, kali ni kena buat sendiri la nampaknya. Nak beli tak tahu kedai mana ada jual. Saya pun dengan terpaksa relanya offer nak buat wlpun dalam hati mcm tak sure je boleh buat ke tak. Almaklum, bab jahit menjahit ni org perempuan lebih mahir. Saya jahit kaki seluar boleh la. (Teringat masa zaman form 4 dulu, sibuk mengecikkan kaki seluar biar nampak fit). Guna mesin jahit pernah jugak la sesekali, masa kecik2 selalu gak tengok mak saya menjahit baju.

Balik rumah, mcm biasa merujuk sifu la, siapa lagi kalau bukan Mr. Google.Hrmm..gambar kostum angry bird memang banyak, tapi mcm susah je nak buat. At last, terjumpa satu website ni yang memang dia bagi tutorial camner nak buat kostum angry bird. Cuma tak leh nak follow 100%, banyak gk steps yang saya ikut kepala sendiri je..hehe..


Jom berkongsi...


Bahan yang diperlukan : 

1. Kain kuning dan putih (kalau ikut web tu guna kain 'felt'..saya guna cotton je..tak jumpa kat kedai.)



2. Karpet lama (yang tak keras sangat)


  
3. Kain2 lama warna hitam dan coklat (untuk buat kening, jambul, ekor dan beak)

Cara nak buat :

1. Guntingkan kain kuning bentuk trapezium mcm gambar di bawah. Buat dua keping untuk bahagian depan dan belakang.
 

2. Kain putih pulak digunakan kalau nak buat dua lapis, nak bagi tebal sikit. Guntingkan bentuk yang sama.


3. Guntingkan bentuk mata, kening, beak dan mukanya seperti gambar di bawah.


 4. Dah siap gunting, terus jahitkan pada kain kuning tu.

5. Potong karpet tadi seperti gambar. Kemudian jahitkan pada dua2 kain kuning. Tujuannya nak bagi keras kat bahagian atas kepala.
 

6. Untuk bahagian bawah kostum, boleh jugak gunakan karpet tadi untuk mengeraskan bahagian tu. Tak lah nak serabut kalau ditiup angin masa perbarisan nanti.
 

7. Seterusnya, cantumkanlah kedua2 kain kuning tadi, bahagian depan dan belakang. Pastikankan tinggalkan ruangan untuk masukkan tangan. Sebaiknya, ukur dulu pada badan si pemakai.

8. Dah siap, buat pula jambul dan ekor angry bird tu. Saya gunakan karpet dan kain di belah kanan dan kiri karpet untuk bagi keras.


8. Maka, hampir siaplah kostum angry bird ni. Sebelum digunakan, buat dulu lubang untuk muka si pemakai.


Orang pertama yang merasmikan..Asyraf Wajdi. Adiknya, Iffah Nadhrah nak bergambar sama.


Update cerita pasal kostum ni...heee..bulan 9/2012 wat post ni, ari ni bulan 2/2013 baru update blog..5 bulan terbiar..


perbarisan ari tu, rumah Kuning dapat kekalkan kejuaraan utk tahun ke2 berturut2..alhamdulillah rasa puas lepas bersusah payah buat kostum tu..jom layan gambar!






Ad hoc Network

Assalamualaikum..


Jom berkongsi ilmu networking..kisahnya saya nak transfer data2 dari laptop lama (windows xp) ke laptop baru (windows 7). Mulanya nak guna thumb drive, but data size besar sgt..tak larat rasa nak cucuk dari laptop ke laptop berkali-kali. Nak guna portable hard disk, xde plak. Akhirnya saya transfer guna bluetooth..tapi nak tunggu punyalah lama nak habis transfer. Kena fikirkan cara lain ni..dulu ada gak belajar peer to peer networking, cara sambungkan 2 biji PC guna kabel UTP tapi masalahnya xde plak kabel utk peer to peer tu. Jalan lain..rujuk Mr. Google la.


At last, jumpa satu cara untuk establish peer to peer (P2P) networking gunakan wifi...i.e ad hoc network. Ada banyak gak reference kat websites pasal ad hoc ni dan saya jadi pening bila cuba nyer cuba tak menjadi..tapi alhamdulillah la lepas 3 hari mencuba akhirnya berjaya jugak establish ad hoc network ni dan transfer data2 tu dengan mudah dan pantas.


Saya kongsikan step by step. Sebelum tu, ada beberapa points yang nak kena highlightkan dulu. Dalam P2P network between 2 laptops ni, satu laptop akan jadi host dan satu g jadi client. Untuk tutorial ni, saya setkan laptop win 7 jadi host dan laptop win xp jadi client. Sebenarnya saya dah cuba set laptop win xp as host tapi tak menjadi plak network nyer. Then, kena pastikan dua2 laptop punyai workgroup name yang sama. By default, windows akan tetapkan workgroup namenya ialah WORKGROUP. So, kalau anda tak pernah ubah nama workgroup laptop tu, tak jadi masalah lah. Tapi kalau dah pernah ubah contohnya, one of them anda namakan workgroupnya RUMAH, so yang satu g namakan RUMAH jugak.

Step 1 :
Di laptop win 7, klik pada wifi icon di taskbar..then, klik Open Network and Sharing Center



Step  2:
Klik Set up a new connection or network.


Step 3 :
Klik Set up a wireless ad hoc.


 Step 4 :
Paparan macam di bawah akan keluar. Klik Next.


 Step 5 :
Taipkan Network name yang anda pilih. Pilih WEP untuk Security type dan masukkan Security key.
Panduan untuk security key adalah seperti dalam paparan di bawah. Anda boleh tick Save this network jika selepas ini anda ingin menggunakan ad hoc ini lagi. Jika anda tidak save, network ini akan hilang dan anda perlu set semula dari step awal.

 

Anda akan dapat paparan seperi berikut :


Kemudian, paparan berikut :

 

Selepas anda klik Close, laptop anda akan memaparkan status seperti di bawah :


Ini bermakna anda telah berjaya setkan laptop win 7 anda sebagai Host dalam ad hoc netwok Rumah.
Kemudian, Klik semula Open Network and Sharing Center.

Step 6 :
Klik Change advanced sharing setting.


Step 7 :
Setkan Turn off password protected sharing seperti dalam paparan di bawah.


Step 8 :
Pada laptop win xp anda, di bahagian available network list, anda akan dapati network rumah telah didetect oleh laptop anda. Lihat paparan di bawah. Pilih network Rumah tersebut dan klik Connect.


Step 9 :
Anda akan diminta memasukkan Network key ataupun security key yang telah anda setkan di laptop win 7 tadi. Selepas key in, klik Connect.


Step 10 :
Anda akan dapati laptop win xp akan memaparkan status Acquiring network address. Ini mungkin akan mengambil sedikit masa (laptop saya mengambil masa lebih 3 minit untuk acquiring network address ni).


Step 11 :
Setelah ia berjaya mendapat network address/ip address, statusnya adalah Connected seperti paparan di bawah.


 Begitu juga anda akan dapati status yang sama pada laptop win 7 anda.

 

 Sekarang, anda boleh transfer data dari kedua2 laptop dengan mudah. Anda hanya perlu sharing folder yang anda ingin pindahkan. Caranya, klik kanan pada folder tersebut dan pilih Sharing and Security pada menu yang terpapar.

Anda boleh access kedua laptop dengan cara seperti paparan di bawah. Untuk win xp, klik My Computer, kemudian klik My Network Places dan View workgroup computer.


Untuk win 7, Klik My Computer kemudian klik Network.


Sekian sesi perkongsian ilmu untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat.














Android Apps - CamScanner

Assalamualaikum wrt wbt


Dalam entri ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan satu aplikasi android dari Google Play yang baru saya gunakan. Mungkin agak ketinggalan but it's better late than never..saya kongsikan, nama aplikasi tu CamScanner. Search je kat Google Play.





Apa yang menariknya aplikasi ni? Kegunaan aplikasi ni ialah sebagai scanner. Yang lagi best, ia boleh terus convert apa yg kita scan tadi dalam format pdf. So, kalau anda cikgu macam saya, dapat je apa2 jadual, notes atau edaran mesyuarat, scan..convert ke pdf dan simpan dalam handphone untuk rujukan. Takdelah ke sana-sini mengusung kertas2 yang pelbagai tu..


Sekian..rasanya cara nak guna tu tak perlu lagi saya masukkan dalam entri ni kot. 
Selamat mencuba.

Pengikut