7 langkah pengundian


  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
  2. Serahkan dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak kehadapan kerani pengundian kedua, letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi kedalam peti undi masing-masing untuk dewan undangan negeri dan parlimen
  7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Sumber

Buat Kepak Burung


Salam semua...

Lepas buat myna head tu and that girl won zone level nyer story-telling, ada pulak request untuk buat the wings. Fuh, pening jugak nak fikirkan camana nak buat wing tu. Mula2 plan nak guna dawai untuk buat frame dia then balut ngan kain. Pastu masa buat frame tu rasa ish...susah la pulak. Kan lagi senang buat macam art attack guna kertas kotak je.

Apalagi..bila dah dapat ilham terus la mula projek. Mujur ada lagi simpan kotak oven raya tahun lepas nyer. First step, potong dulu bentuk wing cam ni.
  
 

 Pas tu, buat satu lagi utk dapatkan a pair.

 

Dah siap, potong kotak tu bentuk rectangle untuk buat tapak dia. Masa ni xpulak snap gambar..cuba imagine je la ek..then, bila dah ada tapak, ikatkan bahagian pangkal wings tadi kat tapak tu guna twist tie..guna dawai pun boleh. Kalau nak guna selotape takut tak kuat, nanti tertanggal pulak.

Orait..then, alang2 dah ada dawai tu..potong agak2 1 kaki then buat macam ni...
 

 Hasilnya akan jadi macam ni..benda ni gunanya utk hold wing tadi and at the same time, it will make the wings flapping bila orang yang pakai dia gerak2...


 Next step...mengecat da...masa buat Ugly Duckling dulu guna buncho poster colour..tapi jadi tak senonoh pulak warna dia..bila pegang melekat kat tangan...this time guna mural colour...


 Alhamdulillah...setelah siap..untuk dipakai, cari tali beg mana2..pastu buat macam pakai beg la ye..
 
 
 

Musim buat kostum kembali : Myna head

Bismillahir Rahmanir Rahim

If last year saya buat tortoise shell dan duck head untuk murid sek saya yang masuk storytelling competition, this year cikgu yang latih budak tu minta saya buat myna head pulak. Let me share it here. Moga ada manfaatnya.

Step 1 :
Kena cari panduan dulu sebelum buat. Cari gambar yang sesuai kt internet then edit sket utk gambaran lebih jelas.

Step 2 : Lukiskan gambar tadi pada kain dan potong.


Step 3 : Jahit bahagian mana yang perlu dijahit.


Step 4 : Ambil isi bantal yang tak digunakan, kemudian sumbatkan dalam sarung kepala myna tadi.



 

Hasilnya setelah siap.
 

Pengikut