Buat Kepak Burung


Salam semua...

Lepas buat myna head tu and that girl won zone level nyer story-telling, ada pulak request untuk buat the wings. Fuh, pening jugak nak fikirkan camana nak buat wing tu. Mula2 plan nak guna dawai untuk buat frame dia then balut ngan kain. Pastu masa buat frame tu rasa ish...susah la pulak. Kan lagi senang buat macam art attack guna kertas kotak je.

Apalagi..bila dah dapat ilham terus la mula projek. Mujur ada lagi simpan kotak oven raya tahun lepas nyer. First step, potong dulu bentuk wing cam ni.
  
 

 Pas tu, buat satu lagi utk dapatkan a pair.

 

Dah siap, potong kotak tu bentuk rectangle untuk buat tapak dia. Masa ni xpulak snap gambar..cuba imagine je la ek..then, bila dah ada tapak, ikatkan bahagian pangkal wings tadi kat tapak tu guna twist tie..guna dawai pun boleh. Kalau nak guna selotape takut tak kuat, nanti tertanggal pulak.

Orait..then, alang2 dah ada dawai tu..potong agak2 1 kaki then buat macam ni...
 

 Hasilnya akan jadi macam ni..benda ni gunanya utk hold wing tadi and at the same time, it will make the wings flapping bila orang yang pakai dia gerak2...


 Next step...mengecat da...masa buat Ugly Duckling dulu guna buncho poster colour..tapi jadi tak senonoh pulak warna dia..bila pegang melekat kat tangan...this time guna mural colour...


 Alhamdulillah...setelah siap..untuk dipakai, cari tali beg mana2..pastu buat macam pakai beg la ye..
 
 
 

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut