Pindahkan Fail Dari Laptop Windows 7 ke Laptop Windows 8

Alhamdulillah hari ni tercapai hasrat untuk beli laptop baru, sebabnya kurang puas hati dengan performance laptop yang digunapakai sekarang. Laptop sekarang, Asus A43S, guna processor i5-2450M, windows 7 Home Premium. Laptop baru, HP Pavilion 14-e019tx, berprocessor i5-3230M, Windows 8.


Apapun, nak kongsikan ialah cara nak pindahkan fail dari laptop lama ke laptop baru. Mulanya, cuba gunakan wifi connection untuk sambungkan kedua laptop. Caranya mudah, sharekan folder yang hendak dipindahkan di laptop lama. Kemudian, dapatkan nombor ip laptop, guna command prompt, taip ipconfig. Selepas itu, di laptop baru, jalankan program run, taipkan \\no. ip laptop lama.  Tapi entah kenapa tak menjadi pulak cara ni.

Teringat ada cross cable dalam laci. Palamkan cross cable pada kedua port networking di kedua laptop. Lepas tu, ikut tutorial ni..

1. Setkan di Win7 Control Panel --> Network setting -->adapter. Set IP4 static address sebagai 192.168.0.1, subnet mask 255.255.255.0

2. Di Win8 Control Panel --->Network and Sharing Centre --> Ethernet ---> IP4 properties kepada 192.168.0.2, subnet mask 255.255.255.0

3. Cuba ping gunakan command prompt di salah satu laptop. Kalau boleh ping maksudnya dah ok la.

4. Buka windows explorer di laptop baru, kemudian klik network. Folder yang telah dishare pada laptop lamaakan terpapar di situ.

5. Just copy dan paste je folder tersebut ke laptop baru.

Proses pemindahan fail sedang berjalan...berselirat cross cable tu...

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut