Pengalaman first time guna Frog VLE

Hari ni kelas tambahan cuti sekolah. Rasa2 dah sedia nak dedahkan murid2 dengan Frog VLE. So, malam tadi sempat create satu site yg bertajuk Let's Learn Pronounciation. Ada 4 page dlm site tu. 1st page masukkan notes tentang types of pronounciation marks. 2nd page embed video berkaitan tajuk dari youtube. 3rd page embedkan webpage yg ada flash games ttg pronounciation. 4th page saya letakkan external link ke website zoom A.




Sesi dimulakan dengan penerangan nota pronounciation mark menggunakan LCD projector. Kemudian, murid ditayangkan dengan video dlm site tadi. Video yg boleh dipause dan play membolehkan saya memberikan penerangan tambahan kepada murid2.


Selepas itu, murid2 diberi chromebook setiap seorang. Setelah mereka mengisi log penggunaan chromebook yg berupa google form, mereka diajar untuk log in ke laman frog menggunakan Yes ID dan password masing2.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama mereka menggunakan chromebook dan akses ke laman frog, ianya agak memakan masa yg lama tambahan pula kelas hari ini merupakan kelas ranking ketiga. Walaupun begitu, ia tidak mendatangkan banyak masalah kerana budak2 sekarang memang sedia terdedah dengan teknologi ict.


Cara Log Masuk Ke Laman Frog VLE

Terdapat 2 URL (alamat) yang boleh digunakan untuk log masuk ke laman Frog VLE.

Cara Pertama
1. Taipkan yes.my dalam kotak address di browser anda. Jangan taip dalam kotak search.

2. Klik pada 1BestariNet.


3. Klik LOGIN.


4. Isikan Yes ID dan password anda.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Kedua :
1. Taipkan https://kodsekolah.1bestarinet.net  dalam kotak address di browser anda. Jangan taip dalam kotak search. Contohnya https://jba2038.1bestarinet.net

2. Anda akan dibawa terus ke page seperti di bawah. Isikan Yes ID dan password anda.



Update 1 Julai 2015

Untuk makluman anda, tutorial di atas saya buat pada tahun 2013 semasa Frog VLE mula-mula diperkenalkan. Bagi cara pertama di atas, paparan website yes.my kini telah berubah dan paparan gambar di atas adalah tidak lagi tepat untuk situasi kini.

Walaubagaimanapun, Cara kedua adalah cara paling mudah untuk anda log in ke dashboard Frog anda. Maafkan kelemahan saya mungkin anda kurang faham dengan pengolahan bahasa say dalam entri ini.

Cara Kecilkan Saiz Dokumen MS Word Yang Mengandungi Gambar

Kadang-kadang kita menghasilkan dokumen menggunakan MS Office Word yang mengandungi gambar yang bersaiz besar. Ini menyebabkan saiz fail dokumen kita akan menjadi besar dan itu menyukarkan jika kita hendak menghantarnya melalui emel kepada orang lain. Di sini saya kongsikan bagaimana caranya untuk mengecilkan saiz fail dokumen kita tadi.

Katakan saya mempunyai satu dokumen yang mengandungi dua gambar seperti di bawah.


 Nama fail tersebut ialah Cara Kecilkan Saiz Fail Word Bergambar.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita lihat berapakah saiz fail tersebut.

 Saiznya ialah 4.165 KB

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK. Sekarang, buka semula dokumen tersebut.
(1) Klik pada salah satu gambar.
(2) Pastikan kita berada di tab Format.
(3) Klik pada Compress Picture


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog box berikut akan terpapar.


Klik pada Options.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Seterusnya, pada Target output : Pilih E-mail


Seterusnya klik OK.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan klik OK seperti gambar di bawah.
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seterusnya, langkah terakhir Save dokumen anda. Anda akan dapati saiz failnya telah mengecil.
 

Selamat Berjaya!

LDP ICT 2013

Tarikh           : 21 November 2013
Hari              : Khamis
Masa            : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat         : Makmal Komputer
Penceramah   : En. Md. Idris Shafie bin Md. Salleh
                    (Guru Penyelaras Bestari SKKDIM)

Slot dan peruntukan masa kursus

Butiran :
 Objektif Slot 1.

 Objektif Slot 2

 Objektif Slot 3

Objektif Slot 4

Rumusan :
Objektif untuk semua slot tercapai kecuali objektif 4 dan 5 untuk slot Frog VLE. Satu sesi lanjutan kursus akan dijalankan kelak.


LDP - Taklimat Pengisian Markah Ko-kurikulum Murid

Tarikh : 7 November 2013
Hari    : Khamis
Masa   : 1.30 petang


Butiran :
Sesi taklimat untuk menerangkan kepada guru-guru cara mengisi Sistem Pemarkahan Ko-kurikulum Murid atau lebih dikenali sebagai Easy Ko-ku 2013. Sebelum ini, pengisian dibuat secara offline tetapi timbul masalah untuk menggabungkan data-data yang telah diisi. Jadi, pada tahun ini, pengisian dijalankan secara online menggunakan spreadsheet dalam Google Drive. Satu spreadsheet telah diupload ke Google Drive dan guru-guru menggunakan Yes ID mereka untuk mengisi data-data yang diperlukan.

 Laman utama memaparkan markah keseluruhan murid untuk ketiga-tiga unit ko-kurikulum

 Laman unit Badan Beruniform


 Gambar semasa sesi taklimat

 Gambar semasa sesi taklimat

Manual Pengisian Markah Kokurikulum Murid


Manual untuk Guru-guru SK Kg Dato Ibrahim Majid.
Manual Pengisian Markah Kokurikulum Murid Menggunakan Sistem Easy Ko-ku


Langkah 1:
Log in seperti biasa, masukkan Yes ID dan password dalam kotak dialog 1BestariNet seperti di bawah. Selepas itu, klik Login.


Di bawah adalah link untuk masuk ke Frog VLE
https://jba2038.1bestarinet.net/

Langkah 2:
Selepas itu, anda akan dibawa ke Dashboard Frog anda.
(1) Klik pada Quick Launch seperti gambar di bawah.
(2) Klik pada Email.



Langkah 3
Anda akan dibawa ke inbox emel anda. Cari emel yang bertajuk Easy Ko-ku 2014. Klik pada tajuk emel tersebut.





Langkah 4
Paparan seperti di bawah akan dibuka. Link (1) adalah Sistem Easy Ko-ku 2014. Klik link tersebut untuk mengisinya.
Link (2) adalah pautan ke tutorial ini.
Klik Easy Ko-ku 2014 sekarang.



Langkah 5:
Satu tab baru akan dibuka yang memaparkan satu spreadsheet (berbentuk Excel). Terdapat TIGA sheet/helaian pada fail tersebut iaitu BADAN BERUNIFORM, KELAB & PERSATUAN DAN KELAB PERMAINAN.

Anda perlu mengisi samada BADAN BERUNIFORM (1), KELAB & PERSATUAN (2) atau KELAB PERMAINAN (3) mengikut unit yang anda pimpin.



Contohnya, jika anda adalah Guru Pemimpin bagi Badan Beruniform, klik pada Tab BADAN BERUNIFORM di bawah dan paparan seperti berikut akan ditunjukkan.



Sila isikan maklumat pada medan yang TIDAK BERWARNA sahaja.
(1) Pilih Badan beruniform dari drop down menu.
(2) Isikan bilangan murid tersebut hadir ke perjumpaan.
(3) Sekiranya murid tidak hadir ke perjumpaan TETAPI mempunyai alasan yang munasabah dan dibenarkan, isikan bilangannya.
(4) Pilih peringkat penglibatan murid dari drop down menu.
(5) Pilih peringkat pencapaian murid dari drop down menu.
(6) Pilih jawatan murid dari drop down menu.

NOTA PENTING :
1. Jawatan disandang murid - sila pilih minimum sebagai Ahli Aktif
2. Peringkat PENGLIBATAN dan PENCAPAIAN - nilai default ialah Sekolah dan Penyertaan Sekolah. Guru yang membawa murid ke pertandingan adalah BERTANGGUNGJAWAB untuk mengisi medan ini.
3. Jika murid menyertai lebih daripada satu pertandingan, guru yang mengiringi murid tersebut ke peringkat TERTINGGI perlu mengisi medan ini.
4. Pengisian markah ini tidak perlu diSAVE kerana ianya adalah AUTOSAVE.

* Update on 26 Januari 2015
Oleh kerana ramai pengunjung yang minta saya sharekan aplikasi ini, saya kongsikan di link berikut
https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0Apbl_qaUVBuUdFFLWXNHWThaa01QOUw0WkZodDJVa2c&usp=sharing

Walaubagaimanapun, mungkin aplikasi ini tidak lagi sesuai untuk tahun 2015 ke atas kerana cara pemarkahan sudah berbeza. Apapun, saya sharekan juga kot2 boleh bagi idea kepada rakan2.

Pengikut