Cara Kecilkan Saiz Dokumen MS Word Yang Mengandungi Gambar

Kadang-kadang kita menghasilkan dokumen menggunakan MS Office Word yang mengandungi gambar yang bersaiz besar. Ini menyebabkan saiz fail dokumen kita akan menjadi besar dan itu menyukarkan jika kita hendak menghantarnya melalui emel kepada orang lain. Di sini saya kongsikan bagaimana caranya untuk mengecilkan saiz fail dokumen kita tadi.

Katakan saya mempunyai satu dokumen yang mengandungi dua gambar seperti di bawah.


 Nama fail tersebut ialah Cara Kecilkan Saiz Fail Word Bergambar.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita lihat berapakah saiz fail tersebut.

 Saiznya ialah 4.165 KB

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK. Sekarang, buka semula dokumen tersebut.
(1) Klik pada salah satu gambar.
(2) Pastikan kita berada di tab Format.
(3) Klik pada Compress Picture


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog box berikut akan terpapar.


Klik pada Options.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Seterusnya, pada Target output : Pilih E-mail


Seterusnya klik OK.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan klik OK seperti gambar di bawah.
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seterusnya, langkah terakhir Save dokumen anda. Anda akan dapati saiz failnya telah mengecil.
 

Selamat Berjaya!

1 ulasan :

Pengikut