Pengalaman first time guna Frog VLE

Hari ni kelas tambahan cuti sekolah. Rasa2 dah sedia nak dedahkan murid2 dengan Frog VLE. So, malam tadi sempat create satu site yg bertajuk Let's Learn Pronounciation. Ada 4 page dlm site tu. 1st page masukkan notes tentang types of pronounciation marks. 2nd page embed video berkaitan tajuk dari youtube. 3rd page embedkan webpage yg ada flash games ttg pronounciation. 4th page saya letakkan external link ke website zoom A.




Sesi dimulakan dengan penerangan nota pronounciation mark menggunakan LCD projector. Kemudian, murid ditayangkan dengan video dlm site tadi. Video yg boleh dipause dan play membolehkan saya memberikan penerangan tambahan kepada murid2.


Selepas itu, murid2 diberi chromebook setiap seorang. Setelah mereka mengisi log penggunaan chromebook yg berupa google form, mereka diajar untuk log in ke laman frog menggunakan Yes ID dan password masing2.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama mereka menggunakan chromebook dan akses ke laman frog, ianya agak memakan masa yg lama tambahan pula kelas hari ini merupakan kelas ranking ketiga. Walaupun begitu, ia tidak mendatangkan banyak masalah kerana budak2 sekarang memang sedia terdedah dengan teknologi ict.


0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut