Frog VLE : Hantar site ke MOE Repository

Satu kelemahan yang masih belum diperbaiki (sehingga artikel ini ditaip) oleh Frogasia berkaitan Frog VLE ialah apabila seseorang guru berpindah sekolah, hanya YES ID nya sahaja yang akan dipindahkan manakala semua hasil kerja site yang dibina tidak akan dipindahkan mengikut ID guru tersebut. Jadi, guru itu terpaksa bermula dari kosong di sekolah baharu nanti untuk membina semula site.

Satu cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara menghantar site ke MOE Repository untuk disenaraikan di dalam Frogstore. Kemudian, guru yang bepindah tadi boleh memnuatturun semula sitenya dari Frogstore. Bagaimanapun, cara ini tertakluk kepada kelulusan MOE. Jika MOE tidak meluluskan sesuatu site itu untuk diletakkan di dalan Frogstore, maka hanya tinggal kenangan sahajalah site tersebut di sekolah lama.

Berikut adalah cara untuk menghantar site ke MOE Repository.







PLuG TMK Tahun 5 - Edit Template Blog

Cara-cara untuk ubahsuai Template blog anda di blogger.com.

1. Klik di sini. (Lihat gambar di bawah)
2. Klik Template.



Paparan dalam (1) adalah template blog anda sekarang.
Bahagian (2) dan ke bawah adalah pilihan template yang anda boleh pilih untuk digunakan pada blog anda.



Terdapat dua cara untuk menukar template blog. Cara pertama seperti gambar di bawah. Gerakkan kursor mouse ke atas template yang anda ingin pilih, kemudian link Apply To Blog akan muncul di bawahnya. Klik pada link tersebut.



Perhatikan gambar di bawah. Template blog telah bertukar mengikut pilihan yang diklik tadi.


Cara kedua untuk menukar template ialah, instead of klik pada Apply To Blog, anda boleh klik pada link Customise.


Paparan seperti di bawah akan muncul. Kelebihan anda mengubahsuai menggunakan link Customise berbanding Apply To Blog adalah di sini jika anda tidak berpuas hati dengan selection anda, anda boleh terus pilih dari pilihan yang ada dan ini akan menjimatkan masa anda.

Bahagian satu adalah kategori Template samada Simple, Dynamic, Pictorial dan sebagainya dan Bahagian (2) adalah template mengikut kategori yang anda boleh pilih. Hanya buat pilihan anda dengan cara klik pada template yang anda sukai.


Anda juga boleh mengubah warna tema blog anda.

1. Klik pada Background.
2. Buat pilihan warna tema anda.


Lebih menarik, anda boleh menukar background image blog anda.

1. Klik seperti dalam gambar di bawah.
2. Buat pilihan background image anda. Anda juga boleh memuatnaik image anda sendiri dengan klik pada option Upload image.


Dalam gambar di bawah, anda boleh mengubah kelebaran paparan blog anda dengan option Adjust widths, Hanya gerakkan slider ke kanan atau ke kiri atau masukkan amau kelebaran piksel yang diperlukan.


Untuk menukar layout (susunatur blog post, header dan gadgets) klik pada option Layout dan klik pada pilihan anda.


Akhir sekali, untuk lebih menarik anda boleh mengubahsuai melalui option Advanced. Di sini terdapat lebih banyak yang anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda.

Frog VLE : Masukkan Slaid Powerpoint Ke dalam Site

Maaf..Tutorial ini tidak lagi boleh digunakan kerana updates pada Google Drive dan Frog. Sila klik pada Frog VLE | Cara masukkan Powerpoint ke dalam Site | 2015 untuk tutorial terkini.


Tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk memasukkan (embed) slaid persembahan Powerpoint ke dalam site Frog VLE yang kita bina.

Langkah 1
Log masuk Frog VLE anda seperti biasa.


Langkah 2

1. Klik pada icon Quick Launch.
2. Klik Google Drive. Kita perlu muatnaik (upload) slaid Powerpoint kita dahulu ke dalam Google Drive.


Langkah 3
Klik pada lambang dan klik Files.


Langkah 4
Pilih slaid powerpoint yang anda ingin upload dan klik Open.


Langkah 5
Kotak dialog seperti di bawah akan muncul. Klik Start upload.


Langkah 6
1) Anda akan dapati Slaid Powerpoint tadi akan diupload ke dalam Google Drive anda.
2) Sekarang, klik pada nama Slaid Powerpoint untuk membukanya.


Langkah 7
Paparan slaid anda mungkin berbeza di Google Drive dari aspek jenis font. Jika anda ada masukkan audio ke dalam slaid, audio tersebut akan hilang apabila diupload. 



Langkah 8
Sekarang, klik File dan pilih Publish to the web. Rujuk gambar di bawah.



Langkah 9
Klik pada Start Publishing seperti gambar di bawah.


Langkah 10
Setelah itu, akan terpapar seperti di bawah. Perhatikan pada bahagian Embed code. Sila highlightkan dan Copy code tersebut.


Langkah 11
Sekarang, untuk memudahkan, anda boleh paste code tadi ke dalam word dokumen ataupun notepad. Ini kerana anda perlu edit sedikit code tersebut. Jika sudah mahir, anda boleh langkau Langkah ini dan terus ke langkah 14


Langkah 12
Sila edit code dengan memadam sebahagiannya dan tinggalkan seperti di bawah. 


Langkah 13
Highlight dan copy code yang telah anda edit tadi. Lihat di bawah.


Langkah 14
Sekarang, buka site yang anda bina. Drag and drop widget Embed Website ke dalam site seperti di bawah.



Langkah 15
Pada kotak Enter URLpaste code yang telah anda edit tadi.


Langkah 16
Anda boleh menetapkan ketinggian paparan slaid anda dalam site dalam kotak Enter Height.
Setelah selesai, klik Save Changes dan klik X.




Langkah 17
Tahniah!!! Anda telah berjaya memasukkan slaid powerpoint ke dalam site Frog VLE anda. 

Install Telegram App di laptop

Telegram adalah satu aplikasi messenger yang semakin popular menyaingi Whatsapp bagi pengguna smartphone dan tablet. Tahukah anda bahawa aplikasi Telegram ini boleh juga digunakan di laptop/PC anda? Memandangkan aplikasi ini membolehkan anda berkongsi dokumen (berbanding Whatsapp hanya gambar dan video) seperti minit mesyuarat dalam format word, excel dan lain-lain, maka amat mudah untuk anda menghantar dokumen tersebut kepada rakan melalui laptop/PC berbanding telefon anda.

Di bawah adalah cara untuk memasang Telegram di laptop anda.

Langkah 1


Langkah 2



Langkah 3



Langkah 4



Langkah 5



Langkah 6




Langkah 7


Langkah 8


Langkah 9



Langkah 10



Langkah 11


Langkah 12



MS Powerpoint : Audio tetap dimainkan walaupun slaid dibuka kali kedua


Dalam perisian MS Powerpoint, tentunya anda pernah mengalami situasi seperti dalam video di bawah.


Kita telah setkan satu slaid sebagai respon kepada jawapan yang dipilih dan di slaid tersebut kita masukkan audio file. Namun, apabila kita klik soalan berikutnya dan jawapan dipilih, slaid akan terpapar tetapi audionya tidak dimainkan secara otomatik.


Bagaimana untuk menyelesaikannya?

Caranya :

Gambar di bawah menunjukkan slaid respon kita kepada jawapan yang dipilih. Ke sinilah kita hyperlinkkan untuk pilihan jawapan yang betul.


Sekarang, kita perlu tambah satu slaid sebelum slaid respon tadi.
1. Klik New Slide
2. Pilih Blank


1. Sekarang kita akan nampak satu slaid baru sebelum slaid respon tadi.
 2. Pastikan kita berada pada Tab Animation
3. Untick On Mouse Click dan Tick Automatically after. Pastikan duration adalah 00.00


Kemudian, anda perlu pastikan semua hyperlink ke slaid respon tadi ditukar ke slaid kosong sebelum slaid respon.

Semoga berjaya!



PdP Frog VLE - Belajar Membaca

Alhamdulillah setelah 3 hari mengadap laptop belajar benda baru, akhirnya berjaya menyiapkan satu site dalam Frog VLE untuk Bahasa Inggeris Tahun 4. Apa yang barunya? Buat site hanya skill biasa-biasa saja. Yang lainnya dalam site kali ini ialah satu bahan berbentuk flash interaktif yang dihasilkan menggunakan software Swishmax.


 How does it work? Biasanya untuk mengajar murid-murid kelas belakang ni perlukan masa dan pauses between words. Kadang-kadang satu ayat / perkataan perlu diulang berkali-kali bagi memastikan sebutan mereka betul. Jadi, site ini membolehkan murid klik pada frasa-frasa dalam ayat dan mereka akan mendengar bagaimana sebutannya yang betul. Jadi, mereka dapat belajar secara independant dan guru dapat kecilkan fokus kepada murid yang agak lemah.



Pengikut