Tutorial gabungkan dua clipart menjadi satu

Anda mempunyai dua gambar (clipart) dan anda ingin menjadikannya satu? Jawapannya ada dalam tutorial ini. Sebelum itu, apakah clipart?




Klik untuk paparan penuh

Tutorial Print Screen Gambar dari Video

Semasa melayari internet untuk mencari gambar untuk bahan bantu mengajar yang sesuai, mungkin
ada kalanya anda terjumpa bahan yang menarik tetapi tidak dapat downloadnya kerana ianya dalam
format seperti flash ataupun video.

Jadi, bagaimanakah untuk anda menggunakan gambar tersebut? Tutorial ini akan membantu untuk
menyelesaikan masalah anda.



Untuk download, klik di sini

Frog VLE : Tutorial Copy Site

Saya ingin berkongsi tutorial bagaimana untuk menyalin site Frog VLE yang ada di dalam Frogstore untuk kita gunakan dalam PdP kita.

Kebetulan lagi...catatan 4 tahun sekali sempena World Cup

Tahun 2014...World Cup telahpun berakhir pagi tadi...Juara baru edisi 4 tahun sekali telahpun ditentukan. Pelbagai cerita-ceriti, asam garam rencah kejohanan dilaporkan di media sepanjang sebulan ini. Kalau ikutkan, lama sangat dah tak menaip entry 'saja-saja' macam kali ni. Masa semakin menghambat..tambahan pula teknologi blog mungkin dah semakin dilupakan..kalah dengan Facebook, twitter, whatsapp dsb. Terasa nak mencoret..kenangan 4 tahun sekali.

Tahun 2010..sebelum kejohanan berakhir pada 11 Julai, saya mencatat satu entri World Cup 2010 - Spain juara? 
Kebetulan..betul2 Sepanyol jadi juara pada tahun itu. Semuanya cerita tentang baju..

Tahun ni..baju pasukan mana saya beli? Hmm..ni jawapannya, siap tukar profil picture Facebook lagi..


Kali ni lebih awal pilih pasukan pilihan..sebelum kejohanan mula dah beli jersi Germany...
hmm....semuanya KEBETULAN...

Photoshop - Tukar Gambar Warna kepada Outline

Sebagai cikgu, banyak keaadaannya di mana kita perlu scan gambar dari buku teks untuk kegunaan PdP. Kadang-kadang kita perlukan gambar tersebut untuk aktiviti mewarna. Masalahnya bagaimana untuk mengubahsuai gambar bewarna kepada gambar hitam putih yang sesuai untuk aktiviti mewarna.

1. Run Photoshop dan buka gambar yang telah discan.



2. Pilih Menu Image ------> auto Tone
 

3. Tukar gambar kepada Grayscale.


4. Adjust Level supaya outline gambar nampak lebih jelas.


 5. Tips - gerakkan slider ke kiri.


6. Sekarang, pilih Filter ----> Sketch ----> Photocopy


7. Adjust slider untuk Detail dan Darkness.


8. Akhirnya, gunakan tools lain seperti eraser untuk lebih mencantikkan gambar anda.

Pengikut