MS Powerpoint : Audio tetap dimainkan walaupun slaid dibuka kali kedua


Dalam perisian MS Powerpoint, tentunya anda pernah mengalami situasi seperti dalam video di bawah.


Kita telah setkan satu slaid sebagai respon kepada jawapan yang dipilih dan di slaid tersebut kita masukkan audio file. Namun, apabila kita klik soalan berikutnya dan jawapan dipilih, slaid akan terpapar tetapi audionya tidak dimainkan secara otomatik.


Bagaimana untuk menyelesaikannya?

Caranya :

Gambar di bawah menunjukkan slaid respon kita kepada jawapan yang dipilih. Ke sinilah kita hyperlinkkan untuk pilihan jawapan yang betul.


Sekarang, kita perlu tambah satu slaid sebelum slaid respon tadi.
1. Klik New Slide
2. Pilih Blank


1. Sekarang kita akan nampak satu slaid baru sebelum slaid respon tadi.
 2. Pastikan kita berada pada Tab Animation
3. Untick On Mouse Click dan Tick Automatically after. Pastikan duration adalah 00.00


Kemudian, anda perlu pastikan semua hyperlink ke slaid respon tadi ditukar ke slaid kosong sebelum slaid respon.

Semoga berjaya!



PdP Frog VLE - Belajar Membaca

Alhamdulillah setelah 3 hari mengadap laptop belajar benda baru, akhirnya berjaya menyiapkan satu site dalam Frog VLE untuk Bahasa Inggeris Tahun 4. Apa yang barunya? Buat site hanya skill biasa-biasa saja. Yang lainnya dalam site kali ini ialah satu bahan berbentuk flash interaktif yang dihasilkan menggunakan software Swishmax.


 How does it work? Biasanya untuk mengajar murid-murid kelas belakang ni perlukan masa dan pauses between words. Kadang-kadang satu ayat / perkataan perlu diulang berkali-kali bagi memastikan sebutan mereka betul. Jadi, site ini membolehkan murid klik pada frasa-frasa dalam ayat dan mereka akan mendengar bagaimana sebutannya yang betul. Jadi, mereka dapat belajar secara independant dan guru dapat kecilkan fokus kepada murid yang agak lemah.



LCD Projektor

Alhamdulillah, setelah 10 tahun bertugas sebagai guru akhirnya pada hari ini dapat rezeki untuk mempunyai LCD projektor sendiri untuk kegunaan P&P. Sejak awal tahun 2014 lagi dah berkira-kira untuk beli sendiri projektor. Almaklumlah sejak program PPSMI diberhentikan, tiada lagi supply baru projektor untuk sekolah-sekolah manakala projektor yang sedia ada di sekolah dah menghampiri jangka hayat lamp life nyer. Lebih separuh dah terperuk dalam stor sahaja kerana rosak. Nak mengharapkan ianya dibaiki nampak gaya laporan kerosakan hanya atas kertas sahaja.

Sebelum pergi ke Danga City Mall tadi sempat la google maklumat berkaitan dan terjumpa satu artikel yang saya kira sangat berguna di blog cikgu Romie. Saya recommend anda baca artikel ni sebelum anda membeli set projektor anda.

Di Danga tadi, setelah survey kedai-kedai yang menjual projektor yang mampu dibeli serta pada saya berbaloi dimiliki, akhirnya projektor ini menjadi pilihan.


Sebab utamanya ialah mestilah harganya. Kalau ikutkan price tag dia tadi, kedai tu letakkan RM1299. Rupanya harga tu termasuk aksesori iaitu presenter dan screen. Rasa macam tak perlukan aksesori tu, so dapatlah RM1145.

 Set projektor + bag

 Design ok la dengan bajet..

Not bad....3000 lumens, sesuai la dengan kecerahan dalam classroom...
mudah-mudahan anak-anak murid mudah menerima ilmu yang akan disampaikan.

Kalau nak tau detail tentang projektor ni...sila klik di sini.

Kostum 'Ant'

Tahun ni dapat task untuk buat kostum semut. Setelah menjelajah internet untuk mendapatkan idea, akhirnya dapat jugalah lakaran dalam kepala bentuk kostum tu.

First step, kena pergi cari material dulu. Kali ni advanced sikit nak guna kain felt. Itupun sebab masa buat projek yang lepas-lepas, bila guna kain cotton kostumnya lembik dan nampak tak professional..hehe..(pro la sangat!) Rupanya kain felt ni boleh dibeli di kedai jual bunga hiasan ataupun kedai barang pengantin. Akhirnya dapatlah barang-barang ni.


Maka bermulalah projek menggunting dan menjahit....


Sarung dah siap. Sekarang kena letak something di dalamnya supaya nampak kembung. Cari punya cari, yang nampaknya anak punya toy. Mula-mula cuba sumbat teddy bear, macam kecil sangat. Akhirnya spongebob yang jadi mangsa.


Taraa....
  

Now, buat kepala dia pulak.
  Taraa...


First time fitting test, ramai pulak yang komen nampak macam kumbang. Yang cakap nampak macam bee pun ada.

Mujur ada dua hari lagi sebelum English Festival. Kena remodify la jawabnya.


 The next day, buat final rehearseal.




The boy was on the competition day. Alhamdulillah! He claimed the first place.


Pengikut