Kostum 'Ant'

Tahun ni dapat task untuk buat kostum semut. Setelah menjelajah internet untuk mendapatkan idea, akhirnya dapat jugalah lakaran dalam kepala bentuk kostum tu.

First step, kena pergi cari material dulu. Kali ni advanced sikit nak guna kain felt. Itupun sebab masa buat projek yang lepas-lepas, bila guna kain cotton kostumnya lembik dan nampak tak professional..hehe..(pro la sangat!) Rupanya kain felt ni boleh dibeli di kedai jual bunga hiasan ataupun kedai barang pengantin. Akhirnya dapatlah barang-barang ni.


Maka bermulalah projek menggunting dan menjahit....


Sarung dah siap. Sekarang kena letak something di dalamnya supaya nampak kembung. Cari punya cari, yang nampaknya anak punya toy. Mula-mula cuba sumbat teddy bear, macam kecil sangat. Akhirnya spongebob yang jadi mangsa.


Taraa....
  

Now, buat kepala dia pulak.
  Taraa...


First time fitting test, ramai pulak yang komen nampak macam kumbang. Yang cakap nampak macam bee pun ada.

Mujur ada dua hari lagi sebelum English Festival. Kena remodify la jawabnya.


 The next day, buat final rehearseal.




The boy was on the competition day. Alhamdulillah! He claimed the first place.


0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut